Hari yang mengecewakan untuk tim Lotus Racing apabila kedua pemandunya gagal menamatkan perlumbaan di GP Jerman. Walaupun seperti biasa mendahului tim baru lain semasa ujian kelayakan itu tidak mencukupi untuk terus di hadapan. Jarno Trulli bermula dengan baik dan menduduki tempat kelimabelas dan terpaksa memasuki pit pada pusingan keempat selepas gear dua mengalami masalah, beliau kembali berlumba dan masih gagal seterusnya terpaksa bersara. Lain pula dengan rakan sepasukan, Heikki Kovalainen memandu dihadapan tim baru lain hinggalah pusingan 56 apabila dilanggar dari belakang oleh Pedro de la Rosa dari Sauber. Kemalangan tersebut bukan berpunca dari de la Rosa tetapi Heikki yang menghalang laluan de la Rosa kerana ingin memberi laluan kepada pemandu Williams.
Kedua pemandu Mercedes GP Petronas pula berjaya membawa pulang mata untuk tim dengan Nico Rosberg di tempat kelapan manakala Michael Schumacher di tempat kesembilan. Kereta Mercedes GP mempunyai banyak perubahan untuk perlumbaan kali ini tetapi nampaknya segalanya tidak berfungsi dengan harmoni antara satu sama lain.
Sifir tim Ferrari nampaknya menjadi untuk perlumbaan kali ini, mereka menang berganda apabila mendapat podium 1-2 dengan Fernando Alonso menjadi juara manakala Felipe Massa naib juara. Mereka berdua berjaya mengekang Sebastian Vettel dari Red Bull yang menduduki tempat ketiga.
Pada awal perlumbaan Alonso dan Massa menjadi tag-team tidak dirancang dan memancung Vettel. Peristiwa tersebut mungkin tidak dirancang tetapi jika sekutu mengikuti radio tim amat jelas mereka merancang kemenangan Alonso, suatu yang diharamkan. Ferrari didenda USD100,000 dan mungkin ada lagi denda lain.
Foto: Daimler & Lotus Racing [Gambar ujian bebas & kelayakan]
-Mak Uia-
ps: Gambar lain bakal menyusul.
6 comments
Skip to comment form
spt biasa..tim lotus kena sorong kete masuk pit ..
Ferrari kompom kena denda USD100K sbb suh Massa bg Alonso potong dier untuk menang…ceh main taktik kotor rupenyer…
biase la..ni semua konspirasi murahan je
alahai lotus….
USD100k celah gigi jer ferrari campak atas table..
ferarri suruh alonso potong sbb massa lagi slow.