F1 Hungary 2010: Webber Juara!

Lotus Racing Hungary 2010.01

Kelmarin adalah perlumbaan yang memuaskan hati dan paling cemerlang untuk tim Lotus Racing, daripada 19 pelumba Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke 14 & 15. Tiada masalah hidraulik, tiada pelanggaran dan perlumbaan yang bersih untuk mereka.

Mercedes GP Petronas Hungary 2010.01

Lain pula cerita dengan tim Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah sama yang dialami oleh Michael Schumacher pada awal perlumbaan, selepas hentian pit nut roda kanan belakang kereta Rosberg tercabut dan tayar keretanya terkena mekanik Williams!  Schumi pula pada pusingan ke 66 dipintas oleh bekas rakan dari Ferrari dulu, Rubens Barrichello selepas bersaing sengit dan Schumi tidak membiarkan Barrichello senang-senang untuk memotong apabila beliau menghalang Barrichello dan hampir melanggar dinding, Schumi menamatkan perlumbaan di tempat ke 11 di belakang Barrichello dan akan disiasat kerana tindakan ‘tidak cermat’nya.

Lotus Racing Hungary 2010.03

Juara perlumbaan pula tidak lain tidak bukan tim RedBull. Mark Webber berjaya menjadi juara selepas Sebastian Vettel dikenakan penalti kerana gagal mengikuti peraturan jarak 10 buah kereta apabila kereta keselamatan keluar, sebenarnya Vettel menghalang Fernando Alonso daripada Webber dan saya rasa dengan ini hutang Vettel dengan Webber telah langsai. Vettel tetap menaiki podium tetapi di tempat ketiga di belakang Alonso.

Tempat keempat pula dimenangi oleh Felipe Massa dari Ferrari dan mengejutkan apabila Vitaly Petrov yang memandu Renault di tempat kelima.

Sumber & Foto: Lotus Racing & Daimler

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

  1. Pergh…gua mmg puas ati tgk Barrichello tak over Maikel smlm…tp Maikel plak buat tindakan mcm nak bunuh org…giler hape…yg pasti kete Mercedes Petronas GP tak cukup power..terima la hakikat Maikel oii…

  2. rubens dgn schumacher mmg gila…….bgi gua itu highlight race smlm……

    oh….mak uia….xde cover sepang drag ke….?….ksian org dduk jauh mcm gua ni……

  3. gua tgk resing F1 sekerat pastu tdo………….samala mcm sekrg…hehehehe.

    sekian. babai.

    • hafidz on 04/08/2010 at 12:59 PM
    • Reply

    maikel ngan rubens mmg giller…nengok mase rubens nak potong maikel mmg suspens…

Leave a Reply to hafidzCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.