F1: GP Sepanyol 2010: Michael Schumacher Keempat!

Mercedes GP Petronas

Encik ‘Sipuluh’ Michael Schumacher dan rakannya, Nico Rosberg menggunakan kereta dengan semakan baru di GP Sepanyol dan nampaknya perubahan tersebut ternyata memberi kelebihan kepada Schumacher berbanding Rosberg. Schumi melepasi bendera penamat di tempat keempat manakala Rosberg ditempat 13. Kedudukan terbaik buat Schumi dan terburuk untuk Rosberg setakat ini. Schumi sebenarnya berada di tempat kelima sebelum Lewis Hamilton  yang mendahului perlumbaan di tempat kedua terkeluar pada pusingan ke 65, tinggal hanya satu pusingan untuk tamat apabila tayar depan belah kirinya pancit dan beliau terus terbabas keluar.

Mercedes GP Petronas

Prestasi cemerlang tim RedBull makin signifikan pada perlumbaan ini apabila Mark Webber dan Sebastien Vettel masing-masing di tempat pertama dan ketiga seterusnya menyaksikan kedua pelumba RedBull menaiki podium. Pemandu tuan rumah iaitu Fernando Alonso pula memberi keceriaan kepada peminat lokal dan Ferrari dengan kedudukan kedua manakala Felipe Massa pula di tempat keenam.

Tim negara, Lotus Racing pula gagal untuk menyerlah sepenuhnya apabila Heikki Kovalainen mengalami masalah kotak gear sebelum perlumbaan berlumba, sistem elektronik kereta memilih dua gear serentak dan kru gagal untuk menghantar kembali Heikki ke dalam litar walaupun berhempas pulas berusaha. Jarno Trulli pula memberi sedikit keceriaan kepada tim apabila menamatkan perlumbaan di hadapan tim baru di tempat ke 17.

Lotus Racing

Secara keseluruhannya perlumbaan kali ini adalah medan ujian kereta dengan semakan baru, tim bajet seperti Lotus Racing berjaya merapatkan jurang antara tim pertengahan manakala ada tim yang masih bergelut dengan kereta mereka. Jika mereka masih gagal nampaknya kejuaraan Formula 1 2010 samada milik Webber atau Vettel manakala RebBull sah juara Pembuat.

Keputusan F1 Spanish GP 2010:

  1. Mark Webber/RedBull Renault
  2. Fernando Alonso/Ferrari
  3. Sebastian Vettel/Redbull RenaultLewis Hamilton/McLaren Mercedes
  4. Michael Scuhmacher/Mercedes GP Petronas
  5. Jenson Button/McLaren Mercedes
  • 13. Nico Rosberg/Mercedes GP Petronas
  • 17. Jarno Trulli/Lotus Racing
  • DNS. Heikki Kovalainen/Lotus Racing

Foto: Mercedes GP Petronas/Lotus Racing

-Mak Uia-

Ps: Perlumbaan kali ini kelam kabut, seronok dan berdrama!

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • basikal on 10/05/2010 at 8:08 AM
    • Reply

    no.1………mekel semaker tak merasa lah….

    • kete_hitam on 10/05/2010 at 8:09 AM
    • Reply

    x tgk pon…..

    • jelapangPadi on 10/05/2010 at 8:45 AM
    • Reply

    shumaker dah mula dapat rentak la tu,pasni makin dekat dgn podium la…

  1. chelsea..chelsea.. 😀

    • yeh on 10/05/2010 at 5:16 PM
    • Reply

    sepat2….tobat la sepat…hahaha

    • azwan nbs on 10/05/2010 at 10:40 PM
    • Reply

    dah dah le…

      • on 10/05/2010 at 11:59 PM
      • Reply

      Yeah, i know SEPAT IS BLUE! SEPAT like BLUE. SEPAT is BLUE. Keh keh keh.

    • on 11/05/2010 at 5:55 PM
    • Reply

    Cayalah Sepat…satu geng rupenyer…Chelsea…Chelsea…

Leave a Reply to matponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.