F1 Brazil 2010: Red Bull Juara Pembina 2010!

www.hoch-zwei.net

Perlumbaan F1 semalam merupakan penamat untuk kategori pembina apabila Red Bull dengan kedua pemandunya Sebastian Vettel dan Mark Webber menamatkan perlumbaan sebagai juara dan naib juara. Ini bermakna peluang untuk tim lain tamat terus memandangkan perlumbaan hanya tinggal satu pusingan di Abu Dhabi. Walau bagaimanapun peluang masih terbuka untuk tiga pemandu iaitu Alonso, Webber atau Vettel untuk menjuarai kategori pemandu musim 2010. Mereka masing-masing dengan mata 246, 238 dan 231.

Lotus Racing Brazil 2010.03

Tempat ketiga semalam dimenangi oleh Fernando Alonso kemudian diikuti oleh Lewis Hamilton dan Jenson Button. Kedua pemandu Mercedes GP Petronas berjaya membawa pulang mata untuk pasukan dengan masing-masing di tempat keenam dan ketujuh. Lotus Racing pula kini berada selesa di hadapan pasukan baru lain dengan tempat kesepuluh keseluruhan dengan Heikki Kovalainen di tempat ke 18 dan Jarno Trulli di tempat ke 19 pada perlumbaan semalam. Seperti yang ditulis sebelum ini, musim depan mereka akan menggunakan enjin Renault dan sistem hidraulik dan kotak gear Red Bull.

Keputusan F1 GP Brazil 2010:

  1. Sebastian Vettel – Red Bull Renault
  2. Mark Webber – Red Bull Renault
  3. Fernando Alonso – Ferrari
  4. Lewis Hamilton – McLaren Mercedes
  5. Jenson Button – McLaren Mercedes
  • Nico Rosberg – 6
  • Michael Schumacher – 7
  • Heikki Kovailanen – 18
  • Jarno Trulli – 19

Sumber Gambar: Lotus Racing & Daimler.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

1 comment

  1. Gua 1st! Sekian.

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.