F1 2010: Vettel Juara Dunia!

Lotus Racing Abu Dhabi 2010.06

Formula Satu sudah pun tamat dengan perlumbaan terakhir di Abu Dhabi pada Ahad lepas. Kejayaan tidak mudah, selepas bertahun-tahun berlumba akhirnya Red Bull menjadi juara, mustahil dalam tempoh tidak sampai setahun jagung kejayaan boleh digenggam dan jika berjaya pun tidak akan lama kerana tidak merasa payah jerih mencapai kejayaan. Jika hendakkan pasukan baru seperti Lotus Racing [LR] menjadi juara ianya adalah mimpi di siang hari dan pemikiran realistik diperlukan dalam hal ini dan bukan emosional.

Lotus Racing Abu Dhabi 2010.01

Jarno Trulli gagal menamatkan perlumbaan kerana sayap patah dalam perlumbaan berbaki dua pusingan dan LR masih ada sebab untuk bergembira di Abu Dhabi apabila Heikki Kovalainen melepasi bendera di tempat ke 17 di hadapan pasukan baru lain. Tony Fernandes dan rakan-rakan begitu gembira meraikan kemenangan di hadapan pasukan lain, mereka di tempat kesepuluh dan berjaya mencapai matlamat untuk menjadi pasukan terbaik musim 2010. Nama pasukan Tony untuk musim 2011 masih lagi kabur dengan tiada lagi kata putus dari perbincangan belakang tabir dengan Proton-Lotus. Cakap-cakap terbaru ialah Lotus akan kembali ke Formula Satu berkerjasama dengan Renault.

Mercedes GP Petronas Abu Dhabi 2010.03

Jika LR melepasi bendera dengan seorang pemandu begitu juga dengan Mercedes GP Petronas, hanya Nico Rosberg menamatkan perlumbaan di tempat keempat, Michael Schumacher gagal seawal mukaddimah perlumbaan apabila kereta beliau berpusing dan dilanggar oleh Tonio Liuzzi yang gagal mengelak. Musim yang tidak berapa cemerlang untuk Schumi.

Formula Satu musim 2011 pastinya akan lebih menarik, kembalinya arahan pasukan [team orders], tayar baru, jentera baru, pemandu baru, litar baru dan mungkin pasukan baru?

Keputusan Formula Satu Abu Dhabi 2010:

  1. Sebastian Vettel – Red Bull Renault – Juara 2010
  2. Lewis Hamilton – McLaren Mercedes – Juara 2008
  3. Jenson Button – McLaren Mercedes – Juara 2009
  4. Nico Rosberg – Mercedes GP Petronas
  5. Robert Kubica – Renault
  • Heikki Kovailanen – 17
  • Jarno Trulli – 51 TT [Tidak tamat]
  • Michael Schumacher – TT [Tidak tamat]

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

1 comment

    • jelapangPadi on 16/11/2010 at 8:56 AM
    • Reply

    gua first…

    litar abu dhabi terbaik la,gila moden..brapa la agaknya krajaan dubai abiskan nk buat litar ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.