ETCM MENAWARKAN PELUANG MEMENANGI JAM TANGAN TAG HEUER NISMO EDISI KHAS

58 Years and Still Growing Strong Campaign Round 2

KUALA LUMPUR, 11 September 2015 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melanjutkan kempen “58 Years and Still Growing Strong” berikutan maklum balas memberangsangkan yang diterima oleh kempen yang bermula pada Ogos lalu.

Kempen yang dilanjutkan sehingga akhir September 2015 itu memberi peluang kepada para pelanggan bertuah untuk membawa pulang tiga lagi unit jam tangan TAG Heuer Carrera “NISMO” Calibre 16 Day-Date Edisi Khas bernilai RM19,500 setiap satu. Mana-mana pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan pada bulan September layak untuk menyertai kempen itu. Pusingan pertama kempen itu dilancarkan pada 1 Ogos 2015 dan berakhir pada hujung bulan yang sama.

“Tagline kempen adalah berpaksi dan fokus kepada 58 tahun Tan Chong merintis dan mengembangkan perniagaan automotif serta jenama Nissan di negara ini. Kejayaan kami dan jenama Nissan banyak didorong oleh sokongan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia. Maklum balas hebat yang kami terima pada Pusingan Pertama Kempen ini Ogos lalu telah memberi motivasi kepada kami untuk melanjutkan kempen ini kepada satu pusingan lagi pada September, di mana tiga orang pemenang bertuah akan dipilih. Memastikan pelanggan gembira sememangnya menjadi keutamaan kami, dan kami berharap dapat menggembirakan para pemenang bertuah dengan jam tangan yang cukup eksklusif ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut, ETCM akan mengadakan “Karnival Pandu Uji Nissan” untuk pelanggan di wilayah utara dan selatan. Karnival itu akan diadakan secara serentak di Pusat 3S ETCM di Butterworth dan Johor Jaya dari 12 September 2015 hingga 13 September 2015 (10am – 10pm).

Nissan Test Drive Carnival

“Kami ingin menjemput orang ramai untuk menyertai Karnival Pandu Uji Nissan di mana kami ada menyediakan rangkaian penuh model Nissan untuk dipandu uji, termasuklah kenderaan 100% elektrik paling laris di dunia, Nissan LEAF serta crossover premium Nissan X-Trail. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan hadiah menarik seperti peluang untuk memenangi Smart Tag bersama sekeping kad Touch N’ Go Nissan GT-R LM NISMO atau kad petrol (kredit RM300) dengan hanya memandu uji sebuah kenderaan Nissan,” kata Tan.

ETCM juga akan meneruskan “Kempen Promosi RM1.00” bersama kempen bulan September ini. Dengan hanya RM1.00 pelanggan boleh membeli Aerokit NISMO untuk Almera atau Aerokit IMPUL untuk Grand Livina atau Sylphy. Promosi RM1.00 turut dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak untuk menambah tempat duduk yang dibalut kulit dengan hanya RM1.00.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, para pelanggan Serena S-Hybrid akan menikmati servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun. Sementara pelanggan yang membeli Navara pula akan menikmati servis penyelenggaraan selama lima tahun atau satu Pakej Navi-Plus (tertakluk kepada terma dan syarat).

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.