Entri Khas: Shelby Eleanor!

Shelby Eleanor009

Kalau sekutu nak tau inilah dia entri pertama GT, diterbitkan pada 15 Jun 2009.

_________________________________________________________________

Shelby Eleanor, gearnya 4, kit badannya dari besi, rimnya sekolah lama [old school], warnanya pula mengikut aliran terkini, hitam kusam ataupun flat-black. Pemiliknya pula adalah Pipiyapong. Pipi dengan kereta memang tidak boleh dipisahkan, seperti orang kerja pejabat dengan tali leher, pakai nak kacak aje, kalau tak, awek-awek semua tak pandang. Bos-bos pula mungkin sasarkan untuk dimasukkan dalam skim pemberhentian sukarela [VSS].

Shelby Eleanor001

Mulanya, sewaktu sesi ribut-otak [brainstorm] memang kami muflis idea hendak paparkan apa sebagai entri sulung. Tak kan nak cerita pasal artis lelaki tak pakai baju tepi kolam macam dalam Mangga. Sambil menyedut teh o ais, dengan tidak semena-mena Shelby Eleanor terlintas di fikiran saya. Pipi dengan kasut papan luncurnya terus mengangguk. Katanya, jika yang ini berjaya, kita boleh ujipandu Pajero kerajaan, forklift disebelah pejabatnya takpun lori Mercedes kepala merah yang selalu orang buat angkut balak tu. Orang putih kata, close deal, kami pun… sedut lagi teh o ais. Mengelamun sekejap.

“Ok Pi, nanti aku amik kereta lu, kita bikin Jeremy Clarkson malu!”.

“Ok..”, jawab Pipi ringkas, saya syak dia tak kenal pun siapa Jeremy Clarkson.

Shelby Eleanor006

Anda tahu tahun bila Shelby Eleanor aka Toyota Zamry ni dikeluarkan?. 1978. Anda tahu apakah nombor plat kereta ni? 8778. Anda tahu berapa 4 nombor ekor hari ni?. Ni semua tahyul, jangan percaya. Walaupun kereta ini dimiliki oleh pomen separuh masa, belum tentu lagi keretanya sedap. Macam Amerika, walaupun mereka tentang Iran dan Korea Utara sebab nuklear tetapi mereka sendiri pun ada nuklear. Tu belum kira Israel dan lain-lain lagi.

Walaupun sepatutnya saya yang memandu Shelby Eleanor ini, saya biarkan dulu Pipi memandu. Mungkin dalam hati Pipi mengumpat saya, mentang-mentang kereta aku old school.

“Mat, lu buka tingkap, kerusi tu pulak boleh ejas belakang sikit”, Pipi bagi arahan. Kami bergerak menuju ke suatu kawasan sebelah perumahan Kinrara, hendak tuju ke mana pun belum tentu lagi. Masing-masing buat-buat macam kenal kawasan sebelah Kinrara tu.

“Kita amik gambar kat kelab golf tu je lah”, saran Pipi.

“Ok…tapi nak masuk belah mana ni Pi?”, tanya saya.

Sampai ke depan sedikit, saya buat-buat tak nampak pintu, Pipi pun mungkin sama, kereta-kereta kat situ jenisnya yang datang dari Bavaria, tak pun jenama 3 pointing stars bak kata orang putih. 2-3 lajak ke depan kami sampai ke sebuah kawasan perumahan baharu. Rasanya selamat kat sini, potensi kena ragut mungkin kurang. Sampai satu tapak menarik, Pipi berhenti, saya minta dia pusing sikit stereng, baru nampak macam kereta sukan. Tap..Tap..Tap saya ambil gambar, Pipi juga sibuk ambil gambar, mungkin juga dia ambil gambar buruh binaan kat situ. Sebelum tu dia tunjuk pada saya ada buruh wanita bekerja di situ.

“Pi ni apa benda..?”, tanya saya sambil tangan menunjuk pada kertas bergulung pada papan pembesar suara belakang.

“Kertas kilat..”, jawab dia ringkas.

“Lu buat apa dengan kertas ni?”, tanya saya tidak puas hati, sebab biasanya kertas kilat ini orang buat lapik atap masa buat rumah untuk kilas haba.

“Gua buat lapik bumbung bila panas..”, jawab dia ringkas sambil tersenyum. Saya balas senyumannya, tapi dalam hati gelak besar.

Shelby Eleanor005

Siap ambil gambar dan matahari pula makin tegak, saya dan Pipi beredar. Pipi bagi kunci pada saya, dia minta saya pandu, sambil cakap nak review apa benda kalau tak test drive. Saya masukkan kunci, hidupkan enjin, bunyinya sedap, bising, kasar, agak-agak kalau lalu sebelah geng-geng kereta modified tidak lah malu sangat. Kereta ni memang sedap, torque atau tujahannya kuat juga, maklumlah kereta pomen. Tapi satu hal dengan kereta ini ialah stereng nya tidak selari dengan kedudukan tayar, lari 90 darjah, kawan saya yang drifter tu pun sterengnya tegak, teori apa Pipi guna pun saya tak pasti. Sepanjang perjalanan kami berborak hal automotif, macam-macam yang kami borakkan, walaupun begitu saya cuma tenang di muka sahaja sebab sibuk mengawal kenderaan, takut-takut kereta buat hal, tak pun terlanggar kereta depan sebab brek nya tidak berapa nak sedap. Sampai ke rumah sewa abang Pipi dekat kawasan perumahan Kinrara tu saya buat-buat tekan minyak, bagi bunyi sedap sikit, konon-kononnya masuk rumah dengan bergaya.

Shelby Eleanor004

Fikir punya fikir, saya rasa kereta yang kita miliki memang melambangkan siapa diri kita. Kalau yang kaya, dengan kereta mewah, yang sedang-sedang pula dengan Myvi. Tapi dengan kereta Shelby Eleanor ini, ini adalah soal prinsip hidup, ini adalah mengenai gaya hidup. Kalau setakat indie tapi pandu kereta CRV atau City milik bapa atau ibu pegi dengar gig percuma dekat parkir Bukit Jalil baik simpan ajelah gaya indie. Bagi gua, kereta ini dengan Pipi yang hanya menyarung selipar Jepun Tat Sing sambil bawa minyak petrol standby dalam kereta adalah indie sebenar. Gua tengok cerita Rock Mamat Khalid tu rockers tu semua pergi konsert naik bas tambang aje. Seluar pula koyak kerusi bas. Gua rasa kalau Amy Search tengok kereta ni pun dia lagi sanggup naik dari tumpang Myvi. Rock mana naik Myvi. Rock mana baca Mangga.

Untuk lebih gambar, + geartinggi@gmail.com di facebook.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

24 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 16/06/2010 at 8:08 AM
    • Reply

    klasik sungguh toyota zambri ni

    • Sekeru Longgaq on 16/06/2010 at 8:30 AM
    • Reply

    dah macam cerpen aku baca…
    skill penulisan bleh ditingkatkan lagi..
    memang rare..

    • apis on 16/06/2010 at 8:44 AM
    • Reply

    kertas kilat wt buat lapik bumbung…
    ganas tuu…

    • dedi on 16/06/2010 at 8:57 AM
    • Reply

    lawak gak tajuk entri.. suko sore aku…hehee

  1. wow… apsal pipi tak cat.. kasi cantik sikit?

    • on 16/06/2010 at 9:56 AM
    • Reply

    Gua adalah antara pembaca entry yg pertama dlm GT.com…komen gua…mmg layan…ayat lebih kurang cam MK gak la…ye la dah sedara kan…tapi gua suka sbb tak skema sgt walaupun gua ni kategori skema gak..hahaha..

    • wiradohc1.7 on 16/06/2010 at 11:17 AM
    • Reply

    tahniah GT.. dah setahun rupanya, pantas sungguh masa berlalu..

  2. PEH….mmg oldskool…..aku tabik ngan kejeruteraan jepang….

    • pendita_gila on 16/06/2010 at 12:36 PM
    • Reply

    time mula2 kuar dulu lu bagi hint2 je..ni baru kuar rupa yang sebenar huhuh

    • myvi sebu on 16/06/2010 at 3:43 PM
    • Reply

    mmg old school habis… nice…

    • belalang_kontot on 17/06/2010 at 12:56 PM
    • Reply

    gua jarang komen…tup tup tau2 dah setahun GT…huhu…entri gua paling suke ade 2.satu yg ni.satu lagi bmw 4gear.review pipiyapong balik lipis…pergh….bes siot!!!

    • pak mat tempe on 17/06/2010 at 3:07 PM
    • Reply

    eh, dah setahun? aku br prasan…hahahaha (makin tua plak haku)
    mula2 umum pon ms dlm MK dlu…

    • azwan nbs on 17/06/2010 at 4:29 PM
    • Reply

    rare…

    • sagaburuk on 17/06/2010 at 7:46 PM
    • Reply

    mmang rare…

    • kama on 17/06/2010 at 9:00 PM
    • Reply

    tringat mse kcik2 dlu pkcik gua ade pkai keta ni.kaler kunin itam siap konbert bmper iswara lg..

    • on 18/06/2010 at 11:45 AM
    • Reply

    gua baca GT bila otak gua “jammed”… GT ni dah mcm minyak pelincir. hahaha. Tapi byk info yg gua rasa menarik. Harap lps ni, GT akn lebih menarik lg..

    • din saga on 21/06/2010 at 6:13 PM
    • Reply

    gle jepon…kete stok pki smpi mati pnye lah.

    • gaman on 22/06/2010 at 8:42 AM
    • Reply

    jepang mari jo!

    • jijo on 23/06/2010 at 3:53 AM
    • Reply

    side mirror yang aero abes…buat potong angin nak blik lipis

  3. Sebagai geng pelopor penulisan sempoi tak ingat dalam MK maka gua sampai satu tahap, memikirkan what’s next?

    Gua boleh je nak tulis sempoi-sempoi (sebenarnya tu lah sebab GT wujud) tapi gua fikir sampai bila.

    Memandangkan usia pembaca GT pun dah berubah maka penulisan pun kena berubah. Dulu pun MK agak skema, dan gua sendiri sebagai pembaca fikir apa jadah gua nak faham macam ni?

    Jadi dari situlah bermula evolusi gaya penulisan sampailah sekarang ni.

    Sekarang ni penulisan GT (atau lebih tepatnya gua) lebih formal/matang. Seni menulis dalam gaya bahasa macam tu lebih susah sebab dalam masa yang sama nak kena ada unsur humor.

    Tulisan GT sekarang ni juga banyak yang tersirat, kena read between the lines untuk tangkap maksud sebenar.

    Formula penulisan sekarang ni berbeza dan kalau berjaya, maknanya GT dah sampai ke tahap yang berbeza.

    Kemungkinan GT akan kehilangan peminat/pembaca tegar tapi gua lagi suka kalau GT dapat masuk ke bilik kelas, IPT dan sewaktu dengannya.

    Itu yang MK tak dapat capai lagi.

  4. Stail dalam MK tu is a proven formula edy dude. Cuma gua risau, sebenarnya majoriti pembeli MK ialah pembaca setia. Memangla bagus tapi lagi bagus kalau dapat tarik pembaca-pembaca baru.

    GT boleh je nak jadi macam Speedhunters tapi dengan syarat kena ada backing $$$ yang kuatlah. Yang mana untuk pengetahuan lu orang, memang totally gua buat ni sebab passion.

    Gua harap gua boleh maintain lagi menulis untuk masa-masa akan datang..

  5. Sejak artikel ni keluar, dah 3 tahun, & GT dapat bertahan sampai sekarang, gua rasa itu adalah definisi passion sebenar.

    Btw, GT dibiaya secara indie & memerlukan komitmen yang tinggi.

    Gua bagi contoh mudah, bayangkan hari-hari Cikgu suruh buat karangan BM. Boleh?

    Jadi, komen biarlah ada jiwa & bertanggungjawab.

    • bijanbotak on 23/06/2013 at 11:11 AM
    • Reply

    bgs………teruskan berkarya encik pipi……

    • general erwin rommel on 24/06/2013 at 9:14 AM
    • Reply

    old school otaimer rides..

Leave a Reply to gamanCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.