Entri Khas: GearTinggi Setahun!

GTdanKwn2.001

Seperti media lain yang sambut ulangtahun diaorang akan ada entri khas dan saya pun samalah nak ambil kesempatan ini untuk menulis seterusnya berkongsi dengan sekutu tentang sejarah, hal ehwal semasa dan masa depan GT. Dengan ini saya harap GT dan sekutu lebih dekat dan oklah tanpa membuang masa selamat membaca!

Bagaimana GT bermula?

GT bermula lebih dari setahun lepas, segalanya bermula kerana rali. Pada pusingan pertama Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2009 di Cyberjaya saya emelkan siaran akhbar kepada dua editor blog automotif yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut. Hanya seorang yang menjawab dan membuat liputan rali tersebut. Mungkin bengang kerana tidak mendapat respons tambahan pula rali semakin lama semakin kurang mendapat pendedahan di media saya membuat keputusan untuk membina blog sendiri. Orang pertama saya hubungi ialah Pipiyapong.

Shelby Eleanor

Saya berjumpa dan berbincang dengan Pipi di Restoran Kereta yang kini dah menjadi sejarah. Idea kitaorang masa itu ringkas sahaja, kita nak buat blog yang menyeronokkan, selamba dan dengan format bahasa Melayu. Mengenangkan ramai pembeli kereta bertutur bahasa Melayu dan kurangnya rujukan untuk mereka dalam web BM menjadikan saya lebih bersemangat untuk menulis tambahan pula pada waktu tersebut negara tengah hangat dengan isu PPSMI.

Semasa di RK kitaorang borak panjang lebar sambil sedut teh o ais. Kereta-kereta yang kitaorang nak tulis pun sempoi sahaja, Pajero kerajaan, Jengkaut, Lori dan Teksi. Selepas itu baru saya hubungi Baii, dan dia pun ok saja. Seterusnya ialah proses pembinaan blog. Untuk pengetahuan sekutu, nama GearTinggi sebenarnya adalah hasil tinjauan pasaran [market survey] di beberapa forum kereta. Beberapa opsyen diberikan iaitu Gear Tinggi, Gear Atas dan Abis Gear, hasil undian ramai memilih GearTinggi dan begitulah nama GT dirasmikan sebagai blog automotif rasmi saya, Pipi, Baii dan Amid. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada ahli forum Satria Neo Club, SAVOC, C99 Limited dan GSR Community sebab undian lu orang semua.

GTdanKwn2.003

Selepas itu bermulalah siri dalam talian, sebelum GT dilancarkan saya ada buat dua blog ujian, satu di WordPress dan satu lagi di Blogspot. Menggunakan platform tersebut pelbagai ujian dilakukan seperti grafik, suntingan paparan dan saya beberapa kali berulang alik ke pejabat Kereta berjumpa dengan Pipi dan Baii. Proses ini sahaja mengambil masa sebulan lebih sebab maklumlah kitaorang bertiga memang buta IT. Saya sukakan nombor yang cantik dan bila tarikh 9/6/9 semakin dekat ianya menjadi panggilan kejut tidur untuk GT didaftarkan secara rasmi. Pada malam 8/6 GT didaftarkan di alam maya dan keesokan harinya GT berlegar-legar tanpa sebarang entri. Pada masa ini Kumprinx dan Vovin banyak membantu, kalau sekutu nak tau diaorang lah yang menjadi pakar IT GT. Kitaorang memang terhutang budi pada lu dua.

GTdanKwn2.002

Matpon

Bila sebut pasal Matpon saja saya memang nak tergelak atau memang gelak pun. Memang tak boleh blah. Si Matpon ni dia pengganti Mat Kacau sebenarnya. Semasa sesi perbincangan dengan Baii memang saya nak lantik Mat Kacau saja tolong jaga blog dan balas komen. Saat-saat akhir Baii ubah fikiran dan mencadangkan Matpon saja buat kerja Mat Kacau. Memang lintang pukang jadinya blog ini. Kalau sekutu nak tau mana Baii dapat Matpon boleh tanya pada dia, saya nak tulis panjang pun tak boleh sebab bila teringat pada dia atau baca dia punya komen memang saya nak tergelak bahkan berkali-kali terkantoi gelak sorang-sorang. Di sebabkan Matpon juga saya kena tukar nama dari Mat Uia jadi Mak Uia sebab pangkal nama sama, nanti pening nak baca lu orang tegur saya atau Matpon. Dan orang Kelantan tidak memanggil nama Mat sebagai Mat tetapi Mak dan kalau sekutu nak tau Mat tu dalam bahasa Arab maksudnya tak berapa elok.

Entri Dulu-Dulu

Dengan idea gila-gila entri pertama GT adalah pada 15/6 iaitu Shelby Eleanor, kereta sekolah lama milik Pipi. Sambutan hari pertama ok la, tidak silap saya ada 700 hits sebab Pipi terbitkan juga pada blog Hilangpunca miliknya dan sehingga kini pun ramai pengunjung GT adalah dari Hilangpunca. Selepas pada itu bersusunlah entri-entri di GT, semuanya sempoi-sempoi dan kami berharap sekutu semua mendapat maklumat dan isi di samping gaya penulisan yang santai.

Pada bulan pertama wujudnya GT, saya agak terkejut jugalah dengan sambutan yang diterima dan bermula dari situ siri-siri penghargaan untuk pembaca, kitaorang berikan pelekat GT percuma dan kemudian wujudkan pula pertandingan raya dan rali, dan dari situ kami mula mendapat tajaan korporat daripada tidak lain tidak bukan GSR Pennzoil. Sekutu bertuah mendapat tempias, ada yang dapat servis kereta percuma dan yang akan datang ini GSR Pennzoil – GearTinggi Taxi Ride.

GTdanKwn2.006

Ghairah Memblog

Pelbagai entri diterbitkan sejak mula GT ditubuhkan tetapi ada masalah besar di sebalik keghairahan kitaorang memblog. Entri-entri tersebut menggunakan benda haram. Perisian cetak rompak, gambar yang diambil tanpa izin dan lain-lain lagi. Tidak guna kita mengutuk Zionis jika kita membuat perkara sama seperti diaorang. Oleh itu ratusan entri GT dihilangkan dari pembaca dan bertitik tolak dari kesedaran tersebut kini GT menggunakan perisian percuma dan lebih berhati-hati bab soal hakcipta. Kitaorang sebolehnya tidak mahu menjadi pencuri maya.

Suka saya nak ingatkan yang bila kita letak gambar atau salin balik [copy & paste] bahan milik orang dan kemudian letak pautan asal tidak bermakna pemilik asal memberi kebenaran, baca dulu ruangan hakcipta atau minta izin dengan pemilik bahan.

Dengan ini juga saya harap sekutu yang ada blog supaya berhati-hati dalam memblog, pastikan kita tidak mencuri hak orang dan juga kalau nak baca GT jangan salah guna masa dan harta pejabat, kalau minta izin dulu tak apa.

Isu tentang blog bukan setakat itu sahaja, dalam ghairah memblog juga saya terlupa tentang beberapa perkara lagi yang penting. Banyak gambar yang mempunyai unsur-unsur yang tidak dibenarkan perlu diberi perhatian. Gambar yang tidak menutup aurat, logo syarikat riba semuanya tak boleh dipamerkan sebab sama macam kita promosikan benda-benda tersebut.

Jadi itulah dia…

GTdanKwn2.007

Masa Depan GT

Antara matlamat GT ialah mempromosikan ilmu kejuruteraan automotif dan mendokong industri automotif negara. Benda ini penting sebab ianya jalan mencapai kemajuan. Negara yang kuat adalah negara maju dan untuk menjadi negara maju kita perlu mempunyai industri. Dan salah satu yang sudah kita teroka ialah automotif. Kata apa sahaja mengenai barangan buatan tempatan dan secara logiknya kita perlu bertatih, merangkak, berjalan sebelum boleh berlari pantas.

Kalau ikut perancangan kitaorang ada bermacam idea dan salah satunya ialah menerbitkan majalah GearTinggi. Awal lagi nak cerita pasal majalah GT dan kalau menjadi kenyataan saya harap sekutu semua memberi sokongan.

Dari segi bahan pula kami akan cuba tampilkan tim-tim dan acara yang kurang mendapat sambutan dan rasanya rali kini sudah kembali diberi perhatian oleh peminat sukan permotoran. Pembaca pun sudah kembali mengingati Saladin Mazlan dan pemandu rali lain dan sentiasa ternanti-nanti keputusan perlumbaan rali baik di dalam dan luar negara. Walaupun sekutu tidak pergi menonton tapi memberi sokongan dari jauh pun seperti memberi komen dalam entri pun sudah besar ertinya. Sekurang-kurangnya ada alternatif nak diberi perhatian selain bahan bacaan berunsur Mempelam. Selain dari itu kalau sekutu semua ada projek baik nak cadang pada skru, kita orang ok saja, manalah tau ada hartawan yang nampak prospek GT dan boleh saja email kitaorang.

GTdanKwn2.004

Terima Kasih Semua!

Akhir sekali GT mungkin tidak sempurna dan sementara itu kitaorang terhutang budi kepada semua yang menyokong, penaja dan sekutu semua. Kalau dulu entri di GT hanya sekali sehari tetapi kini atas respons pembaca setia  kami meningkatkan jumlah bahan kepada 2 atau 3 sehari. Walaupun Encik Matpon tulis pasal Selingan Mata pun kira jadilah dan saya terkejut sebenarnya sebab boleh tahan juga ramai yang meneka cuma si Matpon dia main ngelat padam orang punya jawapan ikut suka dia. Dahlah dialek Kelate, Ganu, Nogori dia tunggang-langgang.

Apapun, setiap klik dalam GT adalah penghargaan buat kami dan rasanya memang dah panjang gila saya menulis ni dan sampai di sini sajalah, kita berjumpa lagi dalam entri lain. Selepas ini ada satu lagi entri khas sempena setahun GT. Over to you Matpon.

Matpon: Yeaaahhh!! Baby…!!! I Lap Uuuu!!!!

Terima kassseyyyyyy……..!!!!!!!!!!

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

37 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 15/06/2010 at 8:25 AM
    • Reply

    Tahniah GT, xnak buat makan 2 ke..

    • carragher27 on 15/06/2010 at 8:26 AM
    • Reply

    Teruskan usaha murni ..gua akan sapot lu orang dari belakang..

  1. congrats….congrats….!!

    Keep it up…

    • megat putra kuning on 15/06/2010 at 9:24 AM
    • Reply

    Alhamdulillah…semoga GT jadi medan tukar2 pendapat,idea2 sepanjang zaman..amin…

  2. gua harap lepas ni coverage lu orang bukan aje dalam negeri ajer..sesekali book air asia setahuna wal pergi laa ke kilang JDM matahari terbit atau Conti di europe.. gua nak tgk live muka lu orang buat coverage kat sana.. lepas tu baru semangat gua nk tolong create soklan kuiz percuma utk GT huhu

    takyah jauh-jauh.. gua dipahamkan bulan november ada event di jakarta.. takpun tak salah gua pun di bangkok pun ada event motor show.. dua negara ni pun tak abis nak cover

    doa gua ..GT terus maju setahun lagi.. jgn give up! .. gua kenal sebahagian dari crew2 GT semua dari serumpun, automotive enthuasiast .. so kalau ada org2 luar yg kritik dan bagi pandangan pada GT lu kena terima seikhlas dan cuba perbaiki

    tahniah GT …

  3. lu buat ape pun, gua tetaap sapot.. asalkan berkenaan dengan kereta..:D

    • jual air soya on 15/06/2010 at 10:21 AM
    • Reply

    gua xfhm mne lu org dpt untung eh..
    sye bdk bru blaja,klu slah tlg jolokkan..
    pe2 pn wa saport lu org jgak..GT mmg best,hidup GT.
    wat baju la weh..wa nk beli..simple jer..wa bg cdgn ltak tulisan http://www.geartinggi.com kecik2 kt belakang n dpn tepi,xyh letak gambar,kaler putih,itam,pink..hehe..smart jack..

    • natubaik on 15/06/2010 at 10:22 AM
    • Reply

    go go go go go

    • kete_hitam on 15/06/2010 at 11:22 AM
    • Reply

    KIPIDAP BEBEH….. I LIKE…..

    • satria_standard on 15/06/2010 at 12:05 PM
    • Reply

    fuyiyooo… panjangnyee…heheh 😉
    owh..mcm ni rupenye GT mule2..
    apepon aku akn sentiasa sokong GT..GT kn sentiasa berada di dlm hati ku…cheeewaahhh poyos haha…
    *matpon lu mmg gay!!!

    • montana on 15/06/2010 at 12:25 PM
    • Reply

    i loikee!!!

    • carragher27 on 15/06/2010 at 12:35 PM
    • Reply

    Sepat & Mak Uia dan juga Sekutu lain
    Final Battle ABT Jakarta 4-5 Dec ni.. apakata kita buat rombongan GT ke sana..amacam?

    • jelapangPadi on 15/06/2010 at 2:23 PM
    • Reply

    terharu aku bace kisah GT nie….isk..isk..

    matpon..bak tisu….

  4. menarik gak tu.. skrg tambang airasia reasonable jugak la.. hotel + makan tong same2 hehe..

  5. ok….skang gua dh tau nk buat research ape lepas ni……entry ni gua buat lampiran……klau nk g jakarta gua pun nk ikot sepat…..

    • azwan nbs on 15/06/2010 at 2:59 PM
    • Reply

    IDOP GEARTINGGI…!!!!!!!!!!!!!!

    • pendita_gila on 15/06/2010 at 3:01 PM
    • Reply

    kipidup bebeh….kami rakyat malaysia menyokong sepenuhnya…..

    min,sepat

    weiii nak g deal awal2 beb…lu paham2 laa wa payah nak cuti…gua x kira nak ikot gak….

    • on 15/06/2010 at 4:14 PM
    • Reply

    Min,Sepat…
    Gua modal tak cukup ni…tp kalo ade rezeki wa nak join sekali gak…mesti syiokk..

    • belalang_kontot on 15/06/2010 at 4:45 PM
    • Reply

    Gua knal GT kat MK…Gua berkenalan ngan MK 10tahun lepas…huhu…dr no 13 sampai skrg, gua miss no 111 je…mak uia, boleh tak lu wat pasal sejarah MK lak…hehe…

  6. kalaau skrg lu book flight murah laa.. sesilap bayar rm100 pergi balik takpun free tapi kene tunggu promo Air asia.. nak murah kita naik tongkang mcm dorang selalu buat time raye heeeeeeeeeee

    • carragher27 on 15/06/2010 at 5:28 PM
    • Reply

    nanti kita setting cemana kalau serius mau pergi..untung-untung boleh tumpang tido rumah Luna Maya ke..
    yang penting event untuk wiken ni jangan lupa..gua baru lepas sembang sama Mak Uia tadi..

    • on 15/06/2010 at 7:24 PM
    • Reply

    Huishh…kalo tak Luna Maya…Cut Tari pon takpe…hahaha…

    • sagaburuk on 15/06/2010 at 7:30 PM
    • Reply

    lu org mmang best.gua ttap suport lu org

  7. teruskan usaha utk menjadi antara pemain penting dalam dunia automotif malaysia…… mcm kwn ko tu la… keta baru je mesti g sana dulu tgk…

    • aku on 15/06/2010 at 8:29 PM
    • Reply

    So rally X Rd2 ada tak hang kat sana?

    • lemang_panas on 15/06/2010 at 10:26 PM
    • Reply

    bgs2..
    lepas nih wa nak wat research pasal dragon ball GT plak..
    mesti ade kene mengene kan3..

    • on 15/06/2010 at 10:29 PM
    • Reply

    Huyyyyooo. Banyaknye komen dah lama gua tak jawab komen banyak macam gini.

    Ok lah. Gua dah jawab. Remember. I like you all except Sepat ok. Lu orang nak tgk gua nye Veyron ada sticker GT ke?

    • pendita_gila on 16/06/2010 at 12:09 AM
    • Reply

    lu jawap la mcm dulu2..satu2 lu jawap kan hahahaha
    xkan dah lupa kot mat

  8. ahh u think i like u mat.. i am not gei..!@ ptui

    btw… sape nak tgk vid clip peterpon vs pensil kaler luna vs Cut cut .. bak sini email huhuhu

  9. ok ..korang kena tipu ..gua takde.. matporn yg ckp dia ada ..

    • pendita_gila on 16/06/2010 at 12:24 PM
    • Reply

    uits lu sepat thanz anta gua vedio huhuhuhuh

    • megat putra kuning on 16/06/2010 at 1:28 PM
    • Reply

    eleh..aku dah puas tgk…

    • on 16/06/2010 at 3:13 PM
    • Reply

    ok gua jawab 1-1. apa dah gua nak komen tadi lupa. mood gua baik baru lepas top up telefon bukan top up 3gp mcm Sepat ok.

    • basikal on 21/06/2010 at 8:45 AM
    • Reply

    huhhhuhuhu..entri paling bermakna untuk tahun nih…ble dapat anugerah coretan terbaik hahahahaha….pepehal GT mmg beh ar..sbb bahasa melayu..kalo ble buat la prebiu kete baru ke..model enji ke ..teknik pemanduan reli ke..baru la ada skit pengisian…..tak kisah la pebiu sebijik kete yg dalam majalah kete pon ble gak..
    SYABAS>>>>>>>

  10. @JH

    Sebab gua membesar dengan rali, haha.

    Baii kat MK, Syuk kat GK, gua kat GT.

    Majalah, suratkhabar & blog.

    • exJAVANESE aka AnHua on 06/06/2012 at 11:40 PM
    • Reply

    sampai akhir hayat gua sokong luorg!

  11. @exJ

    Gua habih rheng dah menulih!
    (Habis tenaga/maksimum)

Leave a Reply to jelapangPadiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.