Edaran Tan Chong Motor Lancar Nissan 370Z Roadster Baru

Nissan Fairlady 370Z Roadster.07

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini melancarkan Nissan 370Z Roadster serba baru yang diimport sepenuhnya – sebuah model convertible dua tempat duduk yang menarik dengan bumbung jenis soft top yang dikuasakan secara automatik sepenuhnya. Nissan 370Z Roadster memberikan keterujaan memandu dengan bumbung terbuka, menawarkan prestasi tinggi dan reka bentuk yang menarik demi memberi kenikmatan pemanduan.

Nissan Fairlady 370Z Roadster.04

Sama seperti 370Z Coupe, Roadster generasi terbaru ini menampilkan penambah baikan yang signifikan dari aspek prestasi, gaya dan teknologi berbanding model sebelumnya. Dengan tapak rodanya yang lebih pendek, pengurangan berat, transmisi automatik tujuh kelajuan bersama paddle shifters dan enjin VQ37VHR 3.7L termaju, ia berupaya memberikan tahap pecutan dan pengendalian tiada tandingan. Selain dari itu, ia turut menawarkan ruang dalaman yang selesa dengan gangguan angin yang minimum, walaupun ketika bumbungnya dibuka.

Nissan Fairlady 370Z Roadster.02

Operasi kuasa elektrik membuka dan menutup bumbung hanya memakan masa kira-kira 20 saat yang dikawal menerusi satu suis yang terletak pada konsol tengah. Bumbung automatik ini berfungsi dengan mengunci dan membuka bumbung tersebut daripada bahagain atas cermin depan tanpa memerlukan bantuan daripada pemandu.

Nissan Fairlady 370Z Roadster.06

Nissan 370Z Roadster serba baru ini ditawarkan dengan tujuh pilihan warna – putih, merah hati, hitam, kelabu, biru perak dan merah. Harga jualan [semenanjung Malaysia] bagi sebuah Nissan 370Z Roadster bermula dari RM382,520 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan bayaran-bayaran berkaitan pendaftaran yang lain. Ia juga hadir bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km yang mana tiba dahulu.

Sumber: ETCM

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • strokeboi on 23/12/2010 at 8:26 AM
    • Reply

    mahalnyaa…

  1. sweeettttttt

  2. Ala…dulu ade kwn2 bdk2 MLM gua pkai 350Z…poyos je lebih…takat bayar down payment pastu 3 bln kena tarik…kekekeh

    • hasang on 23/12/2010 at 11:06 AM
    • Reply

    Keh.. Keh.. Keh.. Sepesen ngan membe gua,..

    • jelapangpadi on 23/12/2010 at 2:05 PM
    • Reply

    mahal x ingat!

    • belalang_kontot on 23/12/2010 at 4:26 PM
    • Reply

    harge sebijon rumah 3 tingkat tu jo..

  3. gua tau.. itu met bdak MLM yg kena serbu kat Sunway kan? gua gelak guling budak keje gomen pakai S2000 hahahaah tipu org sana sini boleh ler.. kih kih kih

  4. hai femes gak budak s2000(kuning kn?)…mamber aku goment kane tipu bape ramai…loan 30k bg buta2 25k kt kaki kencing last2 bulan2 sndr mau ingt byr blk kt bank,mampus…lps tu ilang?penipu n ditipu…bgs…

    • extra5 on 23/12/2010 at 8:30 PM
    • Reply

    ada satu lg MLM kat restoren ali corner shah alam,
    lg menipu, modal rm1k lebih ja pastu 3 bulan blh kuar 350z..

  5. wah terer en sepat … member gua skrg bukak kedai dobi kate nyer…itupun idup segan mati tak mau…last2 nak mintak keje balik kat opis lama…ceh bikin malu jer…dah kecing org sane sini

    • bawang on 25/12/2010 at 5:48 PM
    • Reply

    rege otr mesti jadi rm 395k…dah le bumbung soft top…memang x sesuai langsung dgn keadaan kat malaya nih…antaranya..
    i-soft top nih panas der…tutup dgn kanvas + kulit..bawa kete tgh matahari mencanak kena plak dlm jalan jem..jadi udang bakar der..
    ii-soft top senang orang nk pecah kete…kalau park dkt shoping cmplex @kawasan terbuka..guna pisau lipat senang2 leh koyak…huhu..kalau kete x ilang pon nk repair bumbung pon mahal gak..

    mazda RX8 baru pon dalam rm240k otr ada 4 pintu lagi..kete ni leh naik 2 org jer byk beza tuh..

    • 5ruz on 25/12/2010 at 11:49 PM
    • Reply

    ETCM x da plan nak bwk msk R35 ke????

  6. Gua tengah mabuk ETCM ni banyak gila gua nak kena setting.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.