Edaran Tan Chong Motor Akan Terbangkan Pemilik Nissan Teana ke Paris, Perancis

Nissan Paris 2011.01

Kuala Lumpur (1 April 2011) – Seorang ahli perniagaan, Encik San Mun Sow berasa sangat gembira apabila dihadiahkan dengan satu pakej penerbangan ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Bisnes, selain penginapan tiga malam di sebuah hotel lima bintang untuk dua orang kerana memenangi cabutan bertuah peraduan “Menangi Percutian ke Paris dengan A380” anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Peraduan tersebut diadakan pada tahun lalu untuk para pelanggan Nissan yang dijemput secara eksklusif ke “Majlis Prebiu VIP Nissan Teana”.

Encik San, dari Petaling Jaya berkata: “Saya jarang sekali memenangi sebarang peraduan atau cabutan bertuah sebelum ini. Jadi, saya langsung tidak menjangka akan memenangi hadiah ini apabila mereka memberitahu mengenai peraduan ketika saya membeli sebuah Nissan Teana 2.5L Premium pada majlis prebiu itu tahun lalu.”

“Saya lebih teruja untuk menaiki pesawat A380 Kelas Bisnes berbanding melawat Paris,” kata Sun sambil menambah beliau akan menikmati percutian tersebut dengan isterinya. Di samping mahu menikmati makan malam romantik di atas kapal di bandar penuh gemerlapan itu.

Turut hadir di majlis penyampaian hadiah itu ialah Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng yang berkata: “Cabutan bertuah peraduan “Menangi Percutian ke Paris dengan A380” ini adalah satu tanda penghargaan kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka selama ini. Lebih banyak aktiviti menarik akan diadakan sepanjang tahun ini dan boleh dinikmati oleh semua peminat Nissan di Malaysia,” tambahnya.

Encik San juga berkongsi pengalaman memandu Nissan Teana 2.5L barunya, “Seluruh keluarga saya suka menaiki kereta ini, memandangkan kami sukakan rekaan dalamannya yang mewah dan sangat selesa.”

Nissan Teana membuktikan komitmen Nissan/ETCM untuk terus menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang memaksimumkan keseronokan pemanduan dan kebanggaan memiliki sebuah Nissan. Nissan Teana serba baru boleh didapati dalam tiga varian – 2.0L dan 2.5L V6 yang dipasang di Kilang Serendah yang canggih milik Tan Chong Motor. Sementara Teana 3.5L V6 pula diimport sepenuhnya dari Jepun.

Dengan gayanya yang moden, keselesaan pemanduan mengkagumkan serta ciri-ciri terbaik, Nissan Teana direkacipta untuk memberikan nilai kekal dari aspek kemewahan sebuah sedan. Ia memberi dimensi baru dengan ruang dalamannya yang luas, senyap, sangat selesa dan terbaik dari segi hospitalitinya.

Silakan kongsi:

3 comments

  1. Wahhh…An Evening In Paris…

  2. woi perodua bila nak buat cabutan bertuah ni? myvi gua dah naik lusuh laaaaaaa.. busuk2 pun pergi laa danau toba keeeee keh keh keh

    • mahdi on 25/04/2011 at 6:28 PM
    • Reply

    untung dapat pi Paris free…tapi aku…An Evening in Parit…

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.