Dunlop 24H of Dubai: Petronas Syntium Team Juara Kelas A5!

podium_photo_4

Selepas kejayaan dalam Super Taikyu Endurance Series musim 2009, Petronas Syntium Team berjaya meraih kejayaan sulung tahun 2010 apabila menjadi juara kelas A5 dan kedua keseluruhan dalam perlumbaan lasak Dunlop 24 Hours of Dubai. Perlumbaan yang berlangsungĀ  selama 24 jam yang memasuki edisi kelima tersebut disertai oleh pelbagai pasukan dari serata dunia dengan jentera hebat seperti Aston Martin, Ferrari, Porchse, BMW, VW, Renault, Lotus, Honda dan Mitsubishi.

24hdubai_2010

Petronas Syntium Team mempunyai 2 buah BMW Z4 M Coupe dalam perlumbaan tersebut. Kereta nombor 40 dipandu oleh Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanigada, Johannes Stuck, Hiroki Yoshida dan pelumba negara, Farique Hairuman. Mereka mendapat tempat pertama kelas A5 iaitu untuk enjin bersesaran 3000 – 3499 cc. Sebanyak 605 pusingan dihabiskan dengan masa 24 jam 2 minit 30 saat ketinggalan 3 pusingan dibelakang juara keseluruhan dari Perancis, IMSA Performance Matmut 1 dengan kereta Porsche 997 GT3 RSR.

finishdubai2010

Kereta kedua PST pula ialah bernombor 41 yang dipandu Tatsuya Kataoka, Manabu Orido, Kosuke Matsuura, Hiroki Yoshida dan seorang lagi pelumba negara, Johan Adzmi. Kerosakan yang dialami pada setengah jam terakhir membantutkan pemburuan podium 1-2 dalam perlumbaan sulung yang disertai PST. Walaubagaimanapun kegagalan kereta pasukan lain dalam kelas menjadikan kereta nombor 41 mendapat tempat ketiga dalam kelas di belakang Al Faisal Racing 1 dari Arab Saudi dengan kereta BMW Z4 M Coupe.

24hdubai_start_4_high_res

Perlumbaan lasak ini dipenuhi dengan pelbagai drama apabila sebuah Porsche terbakar kemudian Seat Leon berlanggar dengan Ferrari dan Ferrari tersebut juga terbakar dan pemandunya patah tulang bahu. Beberapa kereta lain turut mengalami kerosakan teknikal yang membantutkan pemburuan mereka dalam perlumbaan berprestij ini.

Tahniah kepada Petronas Syntium Team dan pemandu negara, Farique dan Johan!

Klik: Keputusan penuh Dunlop 24hDubai.

Sumber: live.24hseries.com

Klik: Liputan PST di Super Taikyu 2009!

-Mak Uia-

Muhammad

8 Comments

  1. petronas semakin serius dlm perlumbaan..tahniah..naikan nama 1malaysia..

  2. Entah, cubala juga amik gua, mana tau lagi laju. Kalau tak laju pun gua akan jaga punya kereta tu biar selamat walafiat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *