Cosworth Impreza STI CS400 yang sekutu nampak di atas ada 75 buah sahaja dalam dunia, memang terhad gila. Encik Mark Edwards yang di sebelah pula adalah pembeli pertama yang dapat kereta ini. Sebab dia beli kereta terhad tak pasal-pasal dapat masuk dalam media pula.
Cosworth Impreza ini berkuasa 395bhp pada 5,750rpm dan boleh memecut dari 0 – 60 bsj dalam masa 3.7 saat saja. Laju betul. Pakej lain ialah angkup brek 6 omboh yang dibangunkan bersama AP Racing yang memang padan sangatlah dengan kereta kuat macam ini. Mod lain yang dibuat ialah pada suspensi, ekzos dan rekaan interior dan luaran.
Kita baca sikit apa Encik Mark ni kata, “Sebagai peminat sakan Impreza saya memang teruja betul menjadi pelanggan pertama yang dapat kereta ini, CS400 ini adalah apa yang saya nak dan lebih dari itu lagi. Prestasinya memang hebat dan bila saya salah seorang dari 75 pemilik dalam dunia ianya adalah satu perasaan yang sangat istimewa.”
Kepada Encik Amid Lelaki Subaru jangan lupa komen sekali dan kalau sekutu nak tau ada kawan Amid dah terkena racun, jual Honda nak beli Honda tapi tak jadi sebab dah tergilakan Impreza.
Ok lah. Impreza memang hebat, saya pun ada taruh minat juga.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
14 comments
Skip to comment form
wah…..memang cun ah , brape rm ni , gua nk pg bli cash sbijik ,hahaha
lampu blkg dia memang smart…
terbaek lah..
tgk gambar je ler…
gua tetap ngan satria neo
emmmm.. memamg menawan hati… tabek dengan subaru ni…
Sekarang aku tgh racun dia ambik Forester STi hahaha… Biar ramai sket geng Forester
fuhhh…mahal untok teknologi terkini.ape pown snggop.klaw la aku kaye..papehal pown ke30 idaman aku nadi mestila 4 age
peh… dh ar hencem…. power lak tu..
kete ni mmg best..
boxer the best.. impreza sti year 2008 tu pilihan gua yg ketiga kalau gua dapat duit angpow lebey raya 2020 nanti laa kekekeke
Aduh apsal proton tak design model satria rupa ni, mesti ramai main keta ni punya la. Bayangkan proton enjin boxer…..
dia x wat utk model sedan ke
sapa2 tlg terangkan apa itu cosworth?
kete nie mmg ade model sedan tapi design belakang…x ley blahh hudoh….