CHERY Tiggo Pun Rali!

RallyX0110.058

Beritahu saya apa persepsi anda terhadap produk China? Macam-macam dan jarang kita dengar yang positif, tetapi suatu yang pasti ialah harganya memang berpatutan jika dibandingkan dengan saingannya. Kualiti sesuatu produk akan bertambah baik jika syarikat benar-benar ingin beroperasi untuk jangka masa panjang. Jika dulu orang mengutuk kereta buatan Jepun kerana gagal untuk mendaki bukit tetapi kini semuanya telah berubah dan mereka adalah salah satu dari peneraju teknologi automotif.

Produk China pun boleh tahan juga dan untuk menguji dan membuktikan ketahanan CHERY, Joshua Lee memandu unit pandu uji Tiggo 2.0 Automatik dalam pertandingan Rally X.

RallyX0110.061

CHERY Tiggo ialah salah satu dari lima model CHERY yang dipasarkan dalam negara, lain-lain model ialah CHERY Eastar [MPV] dan CHERY QQ. Dalam Rally X pusingan 1 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Joshua menggunakan CHERY Tiggo 2.0 dan bertanding dalam kelas SUV. Beliau bertuah kerana Tiggo tersebut ditaja oleh CHERY ALADO Malaysia dan penaja bersama Continental Tyre dan krew dari pengedar CHERY di Puchong, Superhub Auto Sdn. Bhd.

Keputusan yang dicapai Joshua boleh dibanggakan, pada pusingan pertama beliau mencatat masa 1.41.35, pada pusingan kedua 1.39.44, pusingan ketiga 1.38.00 dan pusingan terakhir Joshua terus memperbaiki masanya dengan mencatat masa 1.36.60. Dengan masa keseluruhan 6.35.39 dengan jarak litar 1.3 km, Joshua mendapat tempat ke 22 dari 35 peserta yang bertanding.

RallyX0110.056

“Dengan keputusan ini, mungkin ramai tidak berasa kisah tetapi dengan penyertaan pertama dan faktor lain seperti berat chasis, enjin standard, gear automatik dan jarak kelegaan bumi tinggi saya fikir keputusan yang dicapai ini sangat baik. Kami tidak mahu bersaing dengan peserta lain cuma matlamat kami ialah untuk menamatkan perlumbaan dengan kereta standard. Tetapi selepas 2 pusingan berlumba, saya bertambah yakin dan dengan berat tambahan iaitu rakan saya yang memegang kamera untuk pusingan seterusnya masa saya bertambah baik! Selain dari itu, selepas perlumbaan saya mendapat khabar yang Tiggo tersebut digunakan sebagai kenderaan pandu uji tanpa perlu menukar alat ganti dan minyak enjin! Jadi, sila pandu uji Tiggo berwarna coklat tersebut dengan pelekat CHERY di ibu pejabat di Petaling Jaya untuk merasa SUV dengan keselesaan dan pengendalian seperti kereta dengan harga mampu milik” kata Joshua.

Chery Tiggo

Jika tiada aral, Joshua akan sekali lagi bertanding dalam pusingan Rally X seterusnya iaitu pada 20 Jun depan di SIC dan beliau menjemput mereka yang berminat untuk datang dan jika bernasib baik dapat taxi ride bersama beliau.

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. berapa market price cherry tigo?

    • on 04/05/2010 at 9:49 AM
    • Reply

    Sepat…
    Berminat nampok?…Kalo tak salah aku dlm lingkungan RM100K ke bawah

    • pendita_gila on 04/05/2010 at 2:39 PM
    • Reply

    bleh bli myv 2 biji

    • Joshua on 04/05/2010 at 8:03 PM
    • Reply

    Actually harganya promo skrg OTR RM76900 shj.

    • Joule on 05/05/2010 at 12:24 AM
    • Reply

    Di langkawi boleh dikatakan agak kerap dilihat berpelisiran sekeliling pulau..

    • Kuchiki Shiroyi on 05/05/2010 at 3:24 PM
    • Reply

    Kat Labuan kreta ni super murah compare to other SUV,lbih Kurang RM40000 above,maybe sbb bebas dr cukai,thats why even cheaper than in Smenanjung n Sabah price dya.. Tp hr tu msa tngok Buletin Utama tntang kreta buatan China,apsal China hantar model yg x brapa best ke Msia?Sdangkan kreta buatan dorg tuk psaran ngara lain practically even nicer n sportier than pa yg Cherry hantar kat M’sia.. Rsanya,if dorg hntar that kind of model at harga yg very low here,mg struggle la jdinya Proton N perodua…

    • azwan nbs on 05/05/2010 at 11:08 PM
    • Reply

    macam buah cherry la pulak…

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.