Hari ini semasa berada dalam talian [online] yang sepatutnya saya berada di MAEPS tapi kena batal saya merayau ke alam maya dan buka laman Che Det. Hari ini beliau menulis suatu yang menarik, katanya pekerja Korea 3 kali lebih produktif dari pekerja Malaysia.
Iya, tanpa kajian atau rujukan pun saya setuju dengan beliau. Bila bercakap pasal automotif ramai yang kata Korea bagus berbanding dengan jenama lokal. Tetapi persoalannya berapa ramai yang mempersoalkan cara orang Korea bekerja? Bila cakap pasal orang Korea bekerja saya boleh simpulkan ianya jatuh ke batang hidung kita sendiri. Selain dari bandingkan kehebatan jenama Korea kita juga perlu bandingkan cara kita bekerja.
Menurut Che Det lagi produktivi buruh Korea bukan hanya disebabkan pendidikan dan latihan tetapi juga etika kerja. Kunci kepada ini saya fikir ialah jujur dan ikhlas, yang saya sendiri susah nak capai.
Bila produktiviti meningkat maka gaji pun insyaAllah akan turut meningkat, bos suka kepada pekerja rajin. Bila gaji meningkat maka kualiti hidup akan meningkat dan negara akan lebih berkebajikan, orang susah dapat dibantu. Dan negara akan menjadi lebih kuat dan suara dihormati. Bila kita nak bantu Palestin dan negara susah lain mungkin tiada masalah.
Bila negara menjadi maju, ianya bukan hanya usaha satu organisasi dan dalam hal kita, Proton yang selalu disalahkan. Tetapi, seluruh warga turut menjadi maju, terutama sekali pemikiran. Jenama Korea bukan sahaja Hyundai dan Kia, tetapi Samsung, LG dan tidak kurang juga pasukan bolasepak.
Kenapa tidak dicari dimana industri lokal lain berada di mata dunia. Atau setidaknya bandingkan pemikiran kita dengan pemikiran warga lain. Atau warga sebelum kita.
Selain dari soal produktiviti, Che Det juga sentuh pasal industri auto Amerika. Katanya untuk kekal di sana, firma auto perlu membina kilang dan menggaji warga lokal [Amerika]. Bukankah itu satu bentuk perlindungan konkrit?
Dalam pasaran domestik, ada yang hujahkan cukai yang lebih tinggi dari kereta nasional adalah tidak adil.
Pada saya, membiarkan gergasi auto yang mempunyai ribuan tenaga penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, pengurusan dan sumber wang yang banyak bersaing dengan syarikat auto lokal yang mempunyai dua tiga kerat pekerja dan negara yang baru saja 50 tahun merdeka selepas 500 tahun dijajah adalah suatu yang lagi tidak adil.
Dalam perlumbaan SUPERGT Jepun, pemenang tempat pertama akan diletakkan batu pemberat dalam perlumbaan seterusnya memberi peluang kepada pelumba lain. Memang jelas, Jepun memahami konsep ini.
Kita biasa dengar, adil itu tidak semestinya sama rata tetapi meletakkan sesuatu ditempatnya.
Memang kereta yang murah adalah bagus untuk pengguna dan industri, tetapi kita kena fikir juga untuk jangkamasa panjang. Kita tidak boleh menjadi pemutar skru dan pemasang bumper sepanjang masa.
Walaubagaimanapun, persaingan sangat penting, untuk dijadikan penanda aras dan supaya tidak lalai.
Klik: High Income Economy & The Free Market
-Mak Uia-
16 comments
Skip to comment form
Kat Mesia pekerja yg diimport lagi bnyk drpd tempatan …camne tu?…Kalo salah tolong betulkan.
mak..bila tarikh rallysprint yang baru…mggu depan gua ada kat kl…rasa macam nak pegi…lari tajuk gua nih…
bila saya baca blog chedet saya diri saya cukup intelectual,walaupun saya hanya paham 20 peratus dari apa yang dr.m tulis..
below was taken from other blog,maybe in future proton and petronas or others malaysian company can help malaysia when there is crisis.or this company will bankrupt before they can help Malaysia,
South Korea is on course to achieve a US$30 billion (RM96 billion) trade surplus by year’s end as it is expected to have already reached its earlier forecast of US$23 billion by the end of this month, Economy Minister Choi Kyung-hwan said today.
“Our economy has been recovering at a faster pace than expected. It is a recovery led by exports and large business groups,” he told a forum in the southern resort island of the country.
In the first half, the world’s ninth-largest exporter posted a record trade surplus of US$19 billion, easily topping the government’s half-year forecast.
Demand for semiconductor parts and cars from China and other emerging markets powered exports higher, helping Samsung Electronics, the world’s top memory chipmaker and Hyundai Motor to report their biggest-ever net profits during the first half.
The sputtering US economy and the cooling Chinese economy may cool global demand in the latter part of this year, but analysts say South Korean exporters are seen as more resilient than their peers in the region thanks to their product competitiveness.
The softening won is also believed to have been behind strong South Korean exports.
The won is the worst performing currency in Asia, down 1.5 per cent against the dollar on the year to date, due in part to government intervention seen as aiming to curbing the currency’s advance so that exporters maintain price competitiveness over Japanese rivals in overseas markets.
gua stuju sgt2 smuanya…bila la kita nak brubah..
org kata la.. org mlayu ni pandai berckp je…
nak berubah macammane kalau sumenye tak buat betol2….
cakap je lebih buatnye tidak….harapkan gaji besar tapi keje tak buat….bole maju ke tu….
kat m’sia ni geng2 gomen mne tau buat keje..kalo bab2 repair barang ni byk vendor yang buat..kalo stakat bukak skru..check2 wayar..budk tadika pun leh buat..smpai bile nk maju and produktif
kecik ati org keje gomen..ko ni tapis la sket bro ahaha
bawang:eh,lu pon penah kena ke camtu?gua ingat gua je rase camtu…huhu
x smua org gomen mcm tu.. org gomen yg keja matian pn ada tp gj kecik je..
Pernah keje companay Korea n Jepun, bukan tak nk ikut, tapi kadang2 etika terlalu mementingkan kerja mcm derang tak sesuai dgn adat kita, kadang2 time sembahyang Jumaat tu la sibuk derang wat meeting n tak bagi keluar..
Warq…betui tu gua penah hadapi situasi yg same…
It’s all about culture, religion and of course human inter-relationship… sebab apa?/ dalam mencapai erti kata negeri maju.. majukah kita kalau kes bunuh diri, korea antara yang tertinggi juga? cuba tgk news kat cenel astro 303 pasal pelakon winter sonata suicide tu.. itu salah satu contoh..
kedua.. mcm korang ckp.. work value would not equal to life earn.. korea and japanese ppl work for survival.. tak caya korang tgk laa ..if u go to tokyo.. apa yg anda boleh makan dgn rm10? tapi itu tak bermakna aku rm10 kat msia ni berbaloi yea.. sila faham kata2 ku ini.. hehehe
lastly government policy and governance … mcm mana nak maju kalau policy maker pun involved sama sebat duit pencukai.. what i am saying is here is everthing back to basic.. if govt is sincere on helping people to increase household income.. they should have taken care that long before.. bukan time nak general election saja .. another thing is life quality.. negara maju tidak dikira pada ekonomi sahja.. for me family valueship should be balance together alas it’s not here in msia and getting evenm with western.. tgk aje kes sosial skrg.. kalau maju yang dikejar tapi nilai kekeluargaan dan keagamaan tiada.. majukah kita sebenarnya pada konteks kemajuan itu sendiri?
bawang,
cuba ko tanya vendor2 kerajaan sekarang apa cer business diorg hari ni. ramai dah nak nazak sebab peruntukan kurang tahun ni. nasib la, orang bagi kerja banyak cerita, la ni takde kerja lu pk la sendiri.
satu lagi bro kalo ko nampak sorang islam minum arak ko tak bole ckp semua org islam minum arak. sama la jugak kalo lu nampak sorang keje gomen ngulau lu tak bole kata semua keje gomen ni ngulau. tengok gua ni mana ada ngulau. gua surf geartinggi je. salah ke. salah ke? hehe
…udah udah le slhkan org gomen…try tgok skliling, xkn xde sorg pun drh dging yg kje gomen…klu xde skli pun, x adil nk slhkan diorg…mcm kunyit ckp, x sume mcm tu….kunyittt…p wat kje sne..haha
kte org malaysia kerja malas x rajin mcm org korea tp demand lebih, gaji nk lebih, bonus nk byk, sabsidi mau.