Bajet 2011: Industri Automotif

Honda Jazz Hybrid.02

Saya boleh jamin ramai dari kita menonton PM mengumumkan Bajet 2011, menunggu apa yang menarik, yang kerja swasta nak tahu pengurangan cukai, yang kerja kerajaan menunggu bonus dan rakyat secara amnya menunggu langkah pengurangan beban mereka. Untuk kita yang kaki kereta pastinya nak tahu perancangan kerajaan dalam bidang ini, oleh itu di bawah adalah ringkasan Bajet 2011 yang berkaitan dengan industri automotif.

Kenaikan 1% Cukai Perkhidmatan

Cukai jualan sebelum ini 5%, maknanya kalau kena caj RM10, RM0.50 daripadanya adalah cukai. Sekarang ni dah jadi RM0.60. Kalau RM100 jadi RM6, kalau RM1000 dah jadi RM60.

Tol Plus Tak Naik Sampai 5 Tahun

Kadar Tol Plus kekal sampai 5 tahun tetapi macam diumumkan sebelum ini, subsidi petrol akan dikurangkan.

Biodiesel Mula Jun 2011

Kenderaan diesel di Lembah Kilang, Negeri Sembilan dan Melaka dimandatorikan guna campuran 95% diesel dan 5% minyak bio kelapa sawit [B5].

Honda CRZ Mugen001

Pengecualian Cukai Kereta dan Motor Hibrid

Pada Bajet 2009 kerajaan hapuskan 100% duti import dan kurangkan 50% duti eksais untuk kereta bawah 2,000 cc sehingga penghujung tahun ini. Insentif terbaru ialah hapuskan terus duti eksais untuk kereta hibrid sampai 31 Disember 2011, maknanya harga Honda Civic Hybrid dan Toyota Prius boleh turun lagi, harga dua kereta ini ialah masing-masing lingkungan RM130 ribu dan RM175 ribu. Boleh jadi banyak lagi kereta hibrid macam Insight, CRZ dan Jazz Hybrid boleh di bawa masuk. Nissan Leaf pun boleh. Pengecualian cukai ini juga untuk kereta elektrik dan motor hibrid dan elektrik. Jangan tak tahu Modenas ada motor elektrik guna bateri.

Proton Saga EV.001

RM40 Bilion Untuk Pengangkutan Awam

Pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion untuk meningkatkan penggunaan kenderaan awam sebanyak 40% pada tahun 2020. Maknanya boleh beli kereta mahal lepas tu pergi kerja naik bas atau keretapi sahaja. Jimat belanja perjalanan.

Lebuh Raya Baru

Jalan kat Lembah Kelang tak payah ceritalah dia punya sesak. Ada beberapa lebuh raya baru akan dibina di KL dan negeri lain antaranya Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat-Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA.

_________________

Kalau ikutkan ada lagi berita yang kait-mengait pasal industri auto tapi saya tulis setakat isi penting sajalah. Macamana bajet ini, ok atau k.o?

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • HaFiX on 17/10/2010 at 9:22 AM
    • Reply

    Kalo Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan kne tol, sama gak, sesak memanjang

    • azwan nbs on 17/10/2010 at 11:08 AM
    • Reply

    nengok bajet nie penoh dengan ngankot…

    hhhuuuuuuuauaaaaahhh…

    • v00nz on 17/10/2010 at 5:01 PM
    • Reply

    walaupun begitu,sdikit sebanyak masih lebih kurang sma jer…sya yg bekerja di syarikat swasta pun blum ader ‘feel’ perubahan nie….bajet 2011?sma mcm bajet2 yg terdahulu…smta2 tdak mahu membebankan rakyat….tp tahun nie sya rasa kerajaan banyak menggunakan wang negara…nak cover? rasa2 nyer ye la kot…pilihan raya sana,pilihan raya sini…byk pakai duit…duit spa? duit kiter jga…balik2 pusing2 sana jga duit kiter…(tgh emotional nih,gaji x naik2)…..apa2pun, sya akur dan bersyukur dgn ape yg sya ader skrang…x gitu??

    • Han on 17/10/2010 at 5:50 PM
    • Reply

    gua nak tengok perubahan kat bahagian pengangkutan awam..
    kalo sama je macam dulu2, sia2 je labur RM40billion tuh..

    • 5ruz on 17/10/2010 at 8:13 PM
    • Reply

    Nak pakai Hybrid….

    • Hamba Allah on 17/10/2010 at 8:45 PM
    • Reply

    xde apa yg b’ubah pun bajet tahun ni..tu je yg di ulang siar…rakyat tetap hidup susah…tol kurang tp minyak naik..apa kes…

    • jeremy on 17/10/2010 at 9:52 PM
    • Reply

    Malaysia will be bankrupt by 2019 if it does not cut subsidies as what Datuk Seri Idris Jala said few month ago,then why our G want waste RM5 billion to build 100-storey Warisan Merdeka tower .there is lot of space in KL still not occupied. is our twin tower fully occupied yet?.

    • Tuan Tanah on 17/10/2010 at 9:55 PM
    • Reply

    Bagi org kampung mcm gua ni minyak lagi penting dari tol…

    • belalang_kontot on 17/10/2010 at 10:23 PM
    • Reply

    bajet hampeh…bukan gua nak kutuk G, tp lu org sendiri tgk…tp kalo yg gaji 10k keatas takyah la nak memperlekehkan komen insan marhain macam aku dan sekutu yg len.tq.

  1. Yg ini pun boleh tahan komennye ek. Malas pulak gua nak jawab. Kekekek. Ekonomi ni Jo!.

    • jeremy on 17/10/2010 at 11:22 PM
    • Reply

    There is another good news from government they plans to abolish import duty on approximately 300 goods due to make Malaysia a shopping haven in Asia
    Such goods are apparel, handbags, shoes, shampoo, suits, children’s apparel, wallets, hair colourants, golf balls, imitation jewellery, talcum powder, curtains, table cloth, blankets, bed sheets, shirts, undergarments, lingerie, nightwear, perfumes and mosquito netting.
    * now i can get cheap ‘G’ string for my wife,my mom and my grand mother

    • anip on 18/10/2010 at 6:35 PM
    • Reply

    penerangan yg ringkas dan mudah difahami untuk org2 yang malas membaca laporan penuh! Good job bro!

    • smut_liar on 19/10/2010 at 1:02 AM
    • Reply

    aduhai bajet……
    apa pun tarak….

    • matz on 22/10/2010 at 4:49 PM
    • Reply

    mustahil kerajaan mampu nak puaskan hati semua pihak…

    sebab setiap rakyat ade kepentingan masing masing.. bagi aku.. aku dah syukur dengan apa yang aku perolehi dari kurniaan allah melalui kepimpinan negara.

    apa yang pasti kerajaan cuba seimbangkan perbelanjaan setiap sektor..

    • cb400vtec on 22/10/2010 at 5:25 PM
    • Reply

    setuju ngn matz…
    kdg2 kita kne tgok negara yg lbh truk dr kita,mkn xcukup,perang sne perang sini, bersyukur dok kt Malaysia..
    tp kite kne tgok jgk negara yg lbh maju dr kita utk tingkatkn taraf hidup kite dr selesa kepada lebih selesa…
    Alhamdulillah…

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.