Baii: Mazda5 Perjalanan Jauh Tiga Generasi

Mazda5 Launching 2010.02

Mazda merevolusikan banyak perkara dalam dunia automotif. Walaupun sebagai pemain industri kecil, Mazda telah mengabdikan segala pengetahuan yang mereka ada, melabur dan akhirnya hampir hampir bankrap kerana keghairahan barisan jurutera mereka mencipta benda baru dalam industri.

Ada dua perkara yang sering dikaitkan dengan revolusi Mazda, pertama mereka satu-satunya pengeluar kereta di dunia yang kekal menggunakan enjin rotary wankel pada model RX-8, kedua, MX5 Miata.

Mazda5 2011.11

Pada 1989, Mazda memperkenalkan Mazda MX5 Miata, roadster pertama seumpamanya bersaiz kompak dengan enjin hadapan berpacuan belakang. Ia jelas memalukan industri di mana pengeluar Eropah mengakui bahawa mereka tidak sangka bahawa roadster ini datangnya dari pembuat kereta timur dan pembuatnya ialah Mazda. Lazimnya, roadster 2 pintu 2 tempat duduk pacuan belakang hanyalah untuk Eropah dan Amerika Syarikat.

Mazda5 2011.02

Sekali lagi, pada 1999, Mazda memperkenalkan Premacy. Ia satu-satunya MPV bersaiz sederhana (mid size) yang muncul entah dari dunia mana dengan konsep pemanduan kereta. Maksud saya, kerangka monocoque dengan sistem suspensi bebas. Ketika itu, pengeluar Jepun tidak begitu menumpukan pada segmen ini walhal terdapat model yang hampir seumpamanya seperti Nissan Liberty dan Toyota Ipsum, tetapi direka untuk membawa penumpang semata-mata. Premacy menang besar dari sudut pengendalian kerana kerangkanya dikongsi bersama platform CP iaitu dari model sama yang melahirkan 323 Protege dan Ford Lynx.

Mazda5 2011.05

Saat ini juga Mazda telah bergabung dengan Ford, Premacy dijual dengan meluas di Amerika, China, Taiwan dan Hong Kong menerusi model Ford Ixion dan Haima Freema. Ia dibarisi model 7 dan 5 tempat duduk. Di Jepun, Premacy sangat berjaya di awal usia pengeluarannya, sehinggalah setahun selepas itu Honda membuat keputusan membuat perkara yang sama, menggunakan platform Civic dan menhasilkan Stream. Toyota yang tidak begitu sukses dengan Ipsum, melahirkan Wish. Akhirnya Premacy tewas.

Generasi kedua Premacy (kini dikenali Mazda5) muncul pada 2005. Pada kali ini, sekali lagi Mazda membuat revolusi dengan melahirkan MPV saiz sederhana dengan pintu gelongsor di belakang. Mazda melihat model Premacy harus dilihat berbeza dengan pesaing senegaranya Wish dan Stream dan memperkenalkan konsep tempat duduk kurakuri. Jadi, Mazda 5 diterima baik di kalangan pembeli mereka. Ia sebuah MPV bersaiz sederhana, pintu gelongsor kawalan automatik, bumbung suria, pilihan 6 beg udara dan satu-satunya MPV Jepun dalam kelasnya yang lulus 5 bintang ujian Euro NCAP.

Mazda5 2011.07

Setelah 5 tahun dipasaran, Mazda5 generasi ke 3 muncul. Ia telah dilancarkan pada 1 Disember lalu di bawah edaran Bermaz dan mengagumkan, ia model baru yang sama di lancarkan di Jepun tahun ini.

Mazda5 generasi ketiga ini meneruskan tradisi dan konsep generasi kedua. Ia berdasarkan konsep Nagare yang terdapat pada rangkaian Mazda6 dan 3. Prinsip Nagare ialah ‘aliran’ yang diterjemahkan menjadi rekabentuk aerodinamik yang lain dari pengeluar Jepun yang lain. Anda boleh lihat sisi kereta ini yang mempunyai garis bahu yang sangat pelik. Idea rekaan ketua rekabentuk Mazda Franz von Holhausen telah meletakkan Mazda sebuah kereta berbeza pada hari ini. Namun selepas Mazda5 ini, konsep Nagare tidak akan digunakan lagi memandangkan Franz von Holhausen sudah meninggalkan Mazda dan berkhidmat dengan Tesla Motors.

Mazda5 2011.10

MPV ini telah pun berada di pasaran dan jika percaturan masa dan saingan, Mazda5 hanya berdepan dengan Honda Stream RSZ edaran Honda Malaysia. Stream generasi kedua telah berada di pasaran lebih dua tahun lalu dan turut bersaing dengan Mazda5 (generasi ke dua) dalam segmen ini. Walaupun anda mungkin pernah membaca perbandingan beberapa model MPV dalam media lain, percayalah, hanya dua model ini yang boleh dibandingkan dengan mengambil kira Wish tidak dijual secara sah oleh UMW Toyota.

Mazda5 2011.09

Mazda5 dijual pada harga RM154,000 di atas jalan dengan pilihan 7 warna. Ia terdiri daripada Clear Water Blue, Copper Red, Aluminium Metallic, Stromy Blue, Crystal White Pearl, Metropolitan Grey dan Brillianty Black. Mazda5 diimport sepenuhnya dari kilang Mazda di Hiroshima, Jepun.

Kereta ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana jenama seperti Rondo, Citra, Chery Eastar, Exora, Livina, Alza atau Freed. Ia bukanlah perbandingan yang setanding. Baik dari spesifikasi mahupun harga.

-Baii-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. ok let’s talk in terms of performance, liability and resale value

    mazda 5 vs stream rsz

    your inputs are most welcome..

  2. baii

    gua ingat reader kat GT ni tak minat mazda kut.. kita dua aje laa layan hehe

    • cb400vtec on 14/12/2010 at 5:20 PM
    • Reply

    bkn xminat bro..
    tulisan baii sekolah tinggi pnye level..
    xtau nk mencelah pe..tahap2 dewa je leh masuk citer..
    gua minat gler ngn mazda lantis..perfect kt mate gua..

  3. Ah lu orang tak faham tanye je gua. Tapi jangan lupa air katira n karipap sardin ok. Ekekekek.

    • Joule on 15/12/2010 at 11:40 PM
    • Reply

    Saya suka Mazda sebab saya pakai Lantis.. Lepas pakai Lantis saya tak heran dengan civic/corolla.. Apatah lagi city/vios.. Walaupun lantis saya dah lama dan tidak laju.. Saya tetap sayang lantis saya..

    • cb400vtec on 16/12/2010 at 10:24 AM
    • Reply

    ah tnye lu matporn sme mcm tanye mat kacau..jwpn oxford..
    joule,sye xpki lantis pn minat lantis,mantap..da mampu kang trade in beskal agkt lantis..

  4. Jozil

    gua tak minat toyota sama Nissan kecuali supercar line.. gua suka Mazda sama Honda baru aje kehkehkeh

    Jozil: pada gua jenama sejuk ni mmg tak boleh lari tapi apa pun gua suka design Mazda 6 compare dgn ekod CP .. gua pun bukan hardcore mazda sebab kehidupan gua mmg dah giler vtec tapi apakan daya.. kadang2 gua kena berpijak dibumi yg nyata.. selama ni nak dgr vtec menjerit sesekali nak rasa selesa dari gangguan jalanan maka gua amik jalan senyap pilih yg sejuk tapi bila tekan mmg panassssssssss haha

Leave a Reply to cb400vtecCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.