Baii: Honda Freed, Kompak Premium Bebas!

Honda Freed

Agak-agak lu orang, siapa yang merevolusikan MPV di Malaysia ni? Yang buat MPV jadi tiba-tiba glamour dan trend popular. Tak lain tak bukan, Toyota, iaitu Avanza untuk pasaran lokal dan Wish, untuk mereka yang tak kisah membayar lebih untuk kereta yang tak ada waranti pun. Tapi inilah Malaysia, negara yang hak penggunanya lemah dan kesedaran dalam dunia automotif yang sedih.

Macamana nak cerdik kalau tv tunjuk halimah jongang. Kartina katrina, drama-drama yang plotnya sama sahaja sejak 1500 tahun yang lepas? Dokumentari punyalah kurang, kadang-kadang tak ada langsung. Ia semuanya tentang persepsi. Sebab pengendali TV percaya yang kalau dibuat dokumentari, ratingnya rendah. Lepas tu suapkan dengan hiburan dan cerita-cerita yang gua rasa kalau tv tu harganya RM20, dah beratus tv gua bakar.

Honda Freed

Kini, Grand Livina paling laku untuk kategori non lokal, Exora kategori lokal, Alza kategori mengaku lokal. Kalau lu orang duduk area Wangsa Maju, boleh tengok hari-hari ada Alphard Vellfire dan Estima JDM pergi ispection. Bukti bahawa kereta tu memang tak lapuk selera pembeli Malaysia. Bila semua dah ada dalam pasaran, Honda nak jual apa?

Stream dan Odyessey dah ada. Tapi mereka mahu lagi yang lebih kecil macam Alza. Gua rasa Freed ni direct competitor Nissan Cube. Tapi bukan kah di Jepun Mobilio Spike dah ada? Entah. Gua pun ingat-ingat lupa.

Seperti juga Jazz yang dipasangkan di Indonesia, Freed juga datang dari kilang yang sama. Idea kereta ini adalah semacam di Indonesia yang mana jika lu orang bawak kereta sedan, nampak pelik sebab gua rasa 80 peratus kenderaan di sana ialah MPV dan SUV. Berbeza dengan Toyota yang ada Innova dan Avanza untuk pasaran negara kelas ketiga Asia macam kita, Freed adalah model global-setidak-tidaknya sebab ia lahir dari idea Honda Jepun.

Indonesia, Thailand dan Singapura sudah pun menjual kereta ini. Seperti biasa, kita mendapat lewat sedikit. Ia adalah berkaitan dengan strategi pasaran dan bukannya saja-saja nak jual lambat. Tengok sahaja FD2R yang mana Honda Malaysia adalah negara pertama yang menerimanya selepas Jepun, sama juga kesnya dengan Lancer GT.

Honda Freed adalah sebuah mini MPV yang direka untuk pasaran yang kecil di Malayssia. Orang putih kata niche market. Bila pasarannya berkaitan dengan jenama yang kini terarah kepada premium, Honda Malaysia tidak teragak-agak menjual model ini dengan varian tertinggi, malah ia juga dikenali sebagai model kompak MPV premium.

Gua belum test lagi kereta ini, jadi dari segi kombinasi enjin, tak dapat dipastikan samada MPV ini larat atau tidak diisi dengan 7 penumpang. Namun jika mengikut platform Jazz dan City yang sama pada model ini, sepatutnya ia tidak ada masalah. Ia direka untuk penggunaan bandar tetapi dengan versatiliti tempat duduk 7 orang. Cuba bawak balik Kemaman tengok, maunya tergeliat tulang belakang kalau naik ramai-ramai.

Enjinnya 1.5 i vtec yang sama digunakan pada Jazz, tetapi kekurangan 2ps berbanding 120ps sebelumnya. Transmisinya 5 kelajuan automatik dengan gear di atas dashboard dan gearnya juga telah direka semula nisbah penukaran untuk disesuaikan dengan Freed ini.

Ciri-ciri menariknya ialah walaupun kecil, ia menggunakan pintu jenis gelongsor. Amacam? Odyssey RB1 dan Stream RN2 pun pakai pintu ‘daun’. Ia kelihatan unik dan lebih menjadikannya premium, pintu ini dilengkapi dengan motor penggerak menjadikannya satu-satunya kereta dalam kategorinya yang ada fasiliti sebegitu.

Honda Freed

Harganya? RM112,980, RM113K lah senang cakap harga atas jalan termasuk insurans. Untuk membandingkannya dengan mana-mana kereta sekalipun, adalah tidak wajar. Kalau adapun Cube 5 mungkin. Tidak ada kereta seumpamanya yang dijual. Jadi terpulang kepada pembeli untuk mentafsirkannya samada mahal ataupun patut, ataupun murah.

Realitinya, Freed perlu mengikut pasaran yang telah ditetapkan di negara-negara jiran kita. Maksudnya, ia mesti dijual lebih mahal daripada Jazz tetapi lebih murah daripada Civic 1.8. jadi untuk mereka yang mampu, jangan pikir panjang. Test drive dan buat pilihan.

Foto: Baii & Honda

-Baii-

Silakan kongsi:

27 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 29/04/2010 at 9:03 AM
    • Reply

    gua tak pasti tentang sambutannya..dengan tag premium yang dikenakan.. barangkali hanya peminat tegar Honda sahaja yang bakal meng”order” Freed ni..

  1. hoi mahalnya! … sampai ketua aku pakai myvi ni.. dgn harga tu tambah sikit dapek 1.8…maybe jazz tu dia diffrent segment tapi given freed as an option for that kind of price.. sales dia pasti tak tinggi.. silap hari bulan tambah lagi 5K dapat toyota wish takde warranti (baii ckp .. aku ikut ajer)

    • on 29/04/2010 at 9:39 AM
    • Reply

    Gua mmg cukup minat ngan kete ni sbb dier HONDA…tp biler tgk rege dier terus gua demam 44 hari beb…Myvi gua tu pun lepas bayar, duit gaji cukup2 sampai ujung bulan jer …hahaha…

    • on 29/04/2010 at 10:10 AM
    • Reply

    Ok, jom g cuti. Pulau Bedroom. Ok babai. Gua ngantuk.
    Sepat jangan ikut. Sapa tak cukup duit minta sepat sepet.

    • bobbudaklagi on 29/04/2010 at 10:38 AM
    • Reply

    harga die boleh beli avanza 1.5(kenapa xda warranti???)+myvi 1.3 second hand…
    hahaha……

  2. mat..bila nak bagi aku stiker geartinggi.com ..dtg opis nnt jgn lupa bawak!@ ptui

    • carragher27 on 29/04/2010 at 1:54 PM
    • Reply

    Sepat
    stok stiker kat gua pun dah lama habis… gua ingat nk buat sistem MLM buat jual la.. amacam??

    • on 29/04/2010 at 3:13 PM
    • Reply

    Min …
    Bagus gak cadangan ko tu…aku leh jadik downline ko..hahaha

  3. carragher

    kalau camtu, ko touchup sikit kasi glow under the sun ..kita buat lain sikit dari yg lain.. heh!

    • pendita_gila on 29/04/2010 at 7:42 PM
    • Reply

    min.sepat.capar

    gua melantik diri gua menjadi CEO..amacam..
    ada stiker ni je kene tahan gua lepas hahahaah

    • YuRi on 29/04/2010 at 8:25 PM
    • Reply

    exora lg best
    tnggula PHEONIX kluo
    nk CFE ke IAFM+
    gua tgh berkire2

    • carragher27 on 29/04/2010 at 9:26 PM
    • Reply

    pendita_gila
    idea lu paling bernas..gua setuju.. Sepat sama CaparZo boleh jadi Marque.. (tah betul ke tidak gua tulis pangkat MLM ni)

  4. huh…pemasangan kat negara Asean pun harga camtuh? apa guna AFTA yang dilaung2kan selama ni?

    • on 30/04/2010 at 9:10 AM
    • Reply

    Betul tu Min…jgn kena maki udoh…hahahaha…

    • on 30/04/2010 at 10:58 AM
    • Reply

    Min..
    Aikkk…ayat macam penah join Lamp Berger jer…hahahaha…

    • carragher27 on 30/04/2010 at 12:45 PM
    • Reply

    CaparZo
    haha.. member gua dpt jadi Marque..modal berpuluh ribu.. rugi sampai ke tua.. gua dengar cerita jela.. mana penah join.. buang duit aja!! sedekah kat anak yatim ada gak faedah..

    • on 30/04/2010 at 3:43 PM
    • Reply

    Min…
    ehh…ex boss gua dah kaya skrg sbb buat LB nak jadik DUKE atas skit drpd Marque dgr2 la…pakai kete spot 2 pintu…eksyen lebeh…tp kete seken …huhu…gua beli MyVi pun baru punyer…dpt koyak plastik puas ati wooooo…nasib baik gua tak folo…kalo idok…gua pun melingkup..modal jer boleh beli VIVA sebijik…giler hape..

    • on 01/05/2010 at 12:50 AM
    • Reply

    Jangan caya C27 dan org yang sewaktu dengannya. Ni semua kapitalis. Cip dia Sepat.

    • jamal clarkson on 01/05/2010 at 9:15 PM
    • Reply

    engine freed ni same je ngan jazz.futuristik design kete ni.tp kalu pkai k20 lg gempak.xg2?

    • azwan nbs on 02/05/2010 at 5:09 PM
    • Reply

    terlampau moden…

    • bawang on 02/05/2010 at 5:57 PM
    • Reply

    aku rasa saiz dia lebih kurang Alza jer..ape pon aku suka 2 perenggan pertama artikel nih…pasal tahap kesedaran hak penguna kat tanah melayu nih…

    • pendita_gila on 03/05/2010 at 9:20 AM
    • Reply

    min.capar.sepat

    nampaknya mat dah perasan pakatan kita nak jatuhkan die

    • on 03/05/2010 at 5:17 PM
    • Reply

    Mat mmg cenggitu…

    • amer on 19/06/2010 at 12:24 PM
    • Reply

    Gua dah pakai..dah beli..memang berbaloi..mcm naik kete mewah..walapn harga mahal RM13k..dan blh beli 2bijik ALza..tpi..dari semua segi sudut..100% Alza ketinggalan jauh..minyak memag save gile..mcm myvi jer..dari Dungu ke K.T..RM10 jer..naik 3org+ 1baby..+ barang2..sape yg ade duit nk beli mpv..beli la freed..lupakan livina..harga lari skit jer..tpi kepuasan..MAXIMUM!!

    • Akujer on 21/06/2010 at 5:41 PM
    • Reply

    Aku dh letih cari mpv.nk beli wish tk dok warenti.klu rosak mampus.kt jepun scnhand 30ribu kt sini 100ribu lbh.pelik.nissan lak enjin 1.8 third row lutut terangkt baik beli sedan.alza pun.exora kete korea dn chery kna pikir resale value.rugi.pakai smpai karat la.test drive freed gemuk kontot dn ala2 pelik ni trus sangkut.nk angkt estima baik beli banglo.best naik honda ni.utk famili la.drift tk leh. Very comfy.test naik 5 dws 3 knk2 mula bert sket jap lg ivtec buka terus lancar.tekan button d3 kuar plak turbo.mak oi mmg patut..klu cc tinggi jd hrg stream plak.aircon cam kt london.enjin senyap.harga je mhl.tp ok la dgn pintu pkai remote,aircon auto,side mirer oto,rear viper on dpn klu hujan dia jln sendiri blkg tu.dasbord layer mmg bleh jd tmpt brekfast ank….korg geng2 baii sory.. msuk line jap.my opinion je nih..freed gemuk kontot dn pelik ni aku kenan.pdpt aku klu org lain trsa ampunkn dosa aku ya Allah…begitu jgk dosa org2 lain

    • megat putra kuning on 21/06/2010 at 7:38 PM
    • Reply

    livina 1.8.dpt impul hrg 108k.freed 1.5 sohc,113k….

    • Akujer on 22/06/2010 at 4:30 PM
    • Reply

    Tu ler livina cc tinggi.third row aku kurg mint.adk beradik nk tumpg takut kna gelak lutut naik ats.bentuk kurus pnjng ada mcm rupa belut je dr tepi.front gril dpn mcm mulut ikn yg impul tu.Nama je jepun.Buatan msia..diskaun byk. resale value cam ne ye..ya Allah ampunkn dosaku..

Leave a Reply to matponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.