Baii: Gua Tengok je Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Seperti yang digembar gemburkan oleh Matpon (adik Mat Kacau tapi tak mengaku), gua test kereta ni semalam. Seperti yang diberitahu oleh pihak Media relation Proton yang sepanjang tahun tukar orang berapa kali pun gua tak tau, jadual gua test pukul 4.30- petang. Group 3. Awal-awal lagi gua dah SMS Rosyam Nor ajak datang test sekali. dia balas SMS “boleh blah”

Lupa pulak, test session ni dibuat dekat trek Proton di Shah Alam.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Sebelum dibawa ke trek, terlebih dahulu gua dan Ahmad Syukran Zainuddin membelasah roti jala dengan kuih ubi pekebendatah dekat lobi Proton. Apa barang, perut tengah lapar. Ahmad Syukran Zainuddin seperti biasa, semua makanan adalah favourite beliau. Perut dah macam kaki botol. Gua pun apa kurangnya.

Sebaik sahaja sampai giliran kumpulan kitorang nak test, hujan turun dengan lebat dan selebat-lebatnya. Masa tu jam sekitar 5 petang. Kitorang kumpulan terakhir pulak tu. Sementara menunggu hujan berenti, gua mula melakukan siasatan, biasalah berapa lama duduk majalah Mempelam dulu. Gua melakukan temuramah pada kumpulan awal yang test kereta ni. Berikut adalah komen yang gua terima.

Cimat – (gua tak ingat nama penuh dia)

majalah EVO

“Mula-mula gua rasa macam bawak Neo standard je. lepas belasah slalom dengan buat few test, baru gua rasa kereta ni lagi rigid. Tapi apa-apa hal suspension dia memang terbaek jo. Cuma dia punya power agak kureng kick sikit”

Reizlan

Harian Metro

“Gila apa gua nak bawak laju, baru 80km/j je tayar dah duduk atas air. Membetulkan stereng lagi penat dari nak lepas kon,” kata beliau yang tak henti-henti berdoa agar hujan berenti cepat.

Ahmad Syukran Zainuddin

Kosmo

“Boleh tahan jugak sandwich ni,”

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Kesimpulannya, gua langsung tak test. Nak mencarut kang boleh murtad. Hujan panas ni kerja Allah SWT. Redha je. mungkin ada hikmah. Gua sempat berborak dengan Tg Djan dan orang-orang R3 tentang kereta 115K ni. Bila dah berborak panjang, memang gua faham kenapa kereta ni jadi begitu premium.

Identiti. Proton perlukan sebuah kereta yang semacam Satria GTI. Jadi konsepnya mestilah lebih bagus dari Gti. Bukan senang nak padamkan kehebatan GTI. So lahirlah Neo R3 Lotus. Bila dah imej, tentulah kena kuatkan tema Lotus di situ.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Fakta tentang Neo

  1. Chasis dia sama dengan Neo – mengikut engineer, chasis ni memang dah cukup kuat untuk 145hp, malah ia boleh tampung lebih dari itu, so memang confirm tiada spotweld atau strengthtened dibuat. Strut brace pun tak payah.
  2. Suspensi dual flow Ohlins valve ni memang berbeza dengan jenis konvensional mono. Supaya kereta ni dapat jadi trek car yang boleh dipandu hari-hari.
  3. Bonet depan karbon fibre dan fender FRP. Total weight saving 50kg lebih. Tujuannya supaya pembahagian berat depan belakang jadi lebih bagus.
  4. Brek AP Racing memang sedap-bukan sahaja sedap, AP Racing adalah OEM brek model Lotus.
  5. Engine upgrade ialah cam profile, gear 1-4 yang ditukar kepada ratio yang lebih pendek ECU yang telah diprogramkan semula.
  6. Suspensi Ohlins ni boleh dipasarkan kalau ada permintaan, tapi jangan ingat murah. RM30K untuk developed benda ni jadi sesuai dengan Neo ni. Tapi barang ni tetap akan di stock kan. Sebab kang ada Neo Lotus yang eksiden, mana nak carik barang? Takkan nak pakai GAB Kepong?
  7. Gua tak suka trimming pintu dia, belah atas kulit, lepas jalur kuning ada pulak karbon fibre.
  8. Seat dia cun. Tapi gua lagi prefer kalau diorang boleh sub kepada Recaro (macam Satria Gti)
  9. 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.

-Baii-

Silakan kongsi:

Leave a Reply to ala lingkup Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.