APRC: Chris Atkinson Pandu Proton Satria Neo S2000!

Proton Satria Neo S2000

Proton sekali lagi menjadi berita muka depan media dengan menandatangani Chris Atkinson, bekas pemandu Subaru dalam World Rally Championship [WRC].  Beliau yang berasal dari Australia akan memandu untuk tim Proton R3 Malaysia dengan jentera Proton Satria Neo S2000 dalam Asia Pacific Rally Championship [APRC] musim 2010.

Karier profesional Chris bermula pada tahun 2003 memandu Super 1600 Ignis untuk tim Suzuki Sport. Chris membuat penampilan sulung dalam WRC pada tahun 2004 dan pada tahun berikutnya memandu untuk tim Subaru World Rally di samping Petter Solberg.

Chris Atkinson

Sepanjang karier dalam WRC, Chris mencatat beberapa kejayaan termasuklah mengalahkan Mikko Hirvonen, Jari-Matti Latvala dan Petter Solberg. Pada 2009, Subaru mengumumkan penarikan dari WRC dan Chris memandu untuk Citroen Junior Team dan pada pusingan pertama di Ireland beliau mendapat tempat kelima. Dan itu adalah penampilan sulung dan terakhir Chris dalam WRC.

Chris akan memandu dengan seorang lagi pemandu Proton iaitu Alister McRae. Pusingan pertama APRC bakal berlangsung di Johor bermula dari 24 hingga 25 April depan.

Sumber foto: Proton

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 03/04/2010 at 3:23 PM
    • Reply

    gua first…

    err…napa proton xambik anak tempatan jer untuk jadi joki,walhal skrng nie kan dah ramai bakat2 baru dalam arena rally nie,matpon pun buleh,gua pun buleh gak,xdak hal la…

    “i’m proud to be malaysian….”

    • azwan nbs on 03/04/2010 at 3:23 PM
    • Reply

    yesssssssssss…..

    1st time jadik no satu nie….

    aku bangga jadik anak malaya yang terulung nie….

  1. jelapangPadi,

    MEM-Proton pernah menggunakan khidmat Karamjit Singh untuk memacu S2000 pada APRC tahun lepas, malangnya beliau enggan untuk meneruskan cabaran ini. Oleh itu MEM-Proton terpaksa menggunakan khidmat McRae itupun pada saat terakhir.

    FYI, sebenarnya Alister Mcrae menyertai MEM-Proton ‘menggantikan’ 2 orang pemandu rali, Karamjit Singh(untuk APRC) dan Guy Wilks (untuk IRC).

    • on 03/04/2010 at 5:36 PM
    • Reply

    Gila ah exZ2h rumah lu ada kitab rally ke apa? nanti gua suggest lu pada bos GT jadi partner gua. Nanti gua bagi no akaun bank ok. Myvitec Sepat tak leh buat resing.

    • natubaik on 03/04/2010 at 7:55 PM
    • Reply

    majalah kereta mana

  2. keta malaysia driver owg luar…. dipersilakan

    • Joule on 03/04/2010 at 8:13 PM
    • Reply

    Team ni bwh Proton ke bwh team persendirian..?
    Proton mcm xbt hal je ngn team rally nih..

  3. matpon

    hahahaha…mana ada kitab. kena banyak bercampur dengan driver dan co-driver. baru le tau gossip2 dunia rally ni.

    x caya tanye mak uia…

    • jelapangPadi on 03/04/2010 at 10:14 PM
    • Reply

    ex-Z2H,

    ok kalau karam xnk galas cabaran tu,tapi proton xleh nk tngok pada bakat karam saja,ramai lagi yg berbakat untuk diketengahkan,fadzil alang contohnya,terbaik jgk,dan memandangkan jenama proton tngah meletup2 ni,ni la masanya proton nk perkenalkan jenama proton bersama2 dgn driver keluaran
    tempatan,rasanya lagi bangga rakyat malaysia,ye x….

    by de way,thkns for de info…kipidap..

    • teamsleepnine on 03/04/2010 at 11:34 PM
    • Reply

    ni marketing sama…..

    alistair mcrae=british rally hero(abg dia colin,richard burn dah rip),ali mcrae ni pun dah contribute untuk publisiti proton yang positive di great britain.

    mamat ni aussie rally hero=sure headline dapat headline/publisiti poitive kat aussie.

    secara kebutulan aku rase proton pun sangat perlukan publisiti positive di market ini,kalau proton tak menang pun dapat publisiti yang lebih dari cost running the car.

    pada pendapat saya kita kadang kadang perlu lebih rational dan bukan emosional(patriotik)….kerana pulangan nye munkin lebih lumayan…see the bigger picture..macam petronas,contribusi mereka dari segi economi dan social sangat besar dan lebih significant kepada malaysia,negara kita.

    saya juga antara peminat karam yang kecewa.namun kita perlu see the bigger picture,contoh terbaik selain dari petronas adalah….mitsubishi,subaru ade driver wrc mereka dari jepun??
    tetapi lihat contribusi dari segi image pasukan wrc mereka.

    for the record.jentera subaru wrc is run by uk firm prodrive(ramai yang tahu)bukan ade orang jepun pun.

    begitu juga mitsubishi yang di kendali,bina dan reka oleh mml sport juga dari uk.

  4. yup! ako sokong dengan petikan teamsleepnine…

    seperti katanya, lihat saja pasukan Subaru World Rally Team (SWRT). Kereta rali pasukan ini diubahsuai oleh firma British, diuruskan oleh firma British, mempunyai barisan pemandu yang kebanyakannya rakyat Eropah…

    namun SWRT masih menjadi pasukan yang paling diminati rakyat Jepun sendiri (linat sahaja WRC Rally of Japan). Orang sana tak pandang sesiapa yang pandu dan ubahsuai kereta tu. Mereka hanya pandang jenama kereta yang dibawa pasukan itu sendiri.

  5. Kenapa Proton membezakan kualiti kemasan domestik & eksport ???
    klik untuk lihat gambar exora sg..

    http://prodas… [pautan disunting sebab kebenaran pengeposan semula foto tidak dipastikan – GT]
    ______________________________________________

    Bro Prodas

    Isu spesifikasi sama atau tidak ini isu lama. Setiap pasaran ada ciri-ciri sendiri. Sebagai contoh, kemasan Vios yang dijadikan teksi di Indonesia tak sama dengan Vios lokal. Seperti juga undang-undang keselamatan di Eropah tidak sama dengan undang-undang lokal.

    Sama juga dengan makanan, rasa burger makanan segera di tempat kita mungkin tak sama dengan di negara luar.

    Untuk berjaya, sesebuah firma perlu ikut ’selera’ tempatan. Kalau degil juga nak ikut kepala sendiri, jalan nak ‘bungkus’ tu lebih cepat rasanya. Sebab itu dulu banyak jenama Eropah bungkus sebab mereka tak buat lokalisasi produk.

    Berbalik kepada Exora, rasanya gambar yang ditunjukkan tersebut mungkin sempena kempen promosi atau edisi khas atau memang sengaja dibuat begitu sebab nak tarik pelanggan.

    Hanya saingan yang boleh memaksa sesebuah pengeluar memperbaiki spesifikasi mereka untuk memberi lebih nilai. Saya yakin Proton akan berbuat sesuatu untuk Exora sebabnya sekarang ini jualan Alza lebih tinggi dari Exora.

    -Mak Uia-

    ps: Bro Prodas boleh copy&paste jawapan saya ni dalam blog prodas. Apapun ni dah terkeluar topik ni 🙂

    • KumbangKhayal on 04/04/2010 at 10:46 AM
    • Reply

    lagi satu orang malaysia dari kecik sampai besar bawak belah kanan.

    neo s2000 ni bawak belah kiri.
    tak ngam orang malaysia.

    karamjit pun cakap dia janggal bawak neo s2000 ni.

    • on 05/04/2010 at 3:21 PM
    • Reply

    Bagi je Karamjit bwk kete ni…stereng tukar belah kanan…ape ade hal….

    • ray on 16/09/2010 at 9:21 AM
    • Reply

    knp team proton tak ambik aku jadik driver…
    5 kali dah aku jdi juara ipta

Leave a Reply to prodasCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.