Advertorial: Baucar Diskaun Wasiat AmanahRaya

amanahraya02

Sekutu semua tentu ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini yang melaporkan bahawa sejumlah RM42 billion nilai harta pusaka yang masih lagi terbeku dan membeku di negara kita. Nilai-nilai ini berbentuk sama ada wang tunai, saham, bangunan dan tak lupa juga tanah-tanah di kampung mahupun tanah yang tak berapa nak kampung [Kampung Baru]. Bukankah ada eloknya jika sejumlah RM42 billion ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Bila sebut pasal Wasiat ke hapa, orang ramai memang mempunyai stigma yang negatif. Takut mati barangkali. Macam sekutu semua boleh tahu aja bila tarikhnya nak sampai, ye tak? Tak pernah terfikir ke, nak wasiatkan kepada siapa Saga jelmaan Impreza yang dah bubuh Rim Advan RG beli kat Kedai Papan tu? Duit berkepuk dalam akaun simpanan tu apa cerita pula? Duit KWSP jangan ceritalah. Boleh tahan berangka-angka kalau tengok dalam penyata. Itu satu hal. Sekutu semua takkanlah tidak pernah terfikir nak membuat amal jariah, supaya bekalan di akhirat terjamin. Bukankah ada dinyatakan, tidak terputus amalan anak Adam melainkan tiga perkara, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan juga sedekah jariahnya.

amanahraya01

Dalam berwasiat ni, sedekah jariah itulah bahagian yang penting sebenarnya. Dengan berwasiat, kita akan dapat pastikan bekalan kita di akhirat akan terjamin. Soal cara pembahagian harta-harta yang lain, insya Allah, kalau niat kita baik tiada sebab kenapa Allah tidak mahu permudahkan urusan pembahagian harta pusaka. Selain daripada itu, melalui wasiat juga kita boleh menentukan Pentadbir [Wasi] yang akan menjalankan tugas-tugas sebagai Wasi, membayar segala hutang-piutang [PTPTN] misalannya. Sekutu tentu tak tergamak nak membiarkan roh yang sendiri tergantung akibat daripada hutang yang masih belum selesai.

Oleh yang demikian, dengan kerjasama GearTinggi dan AmanahRaya Legacy Services, sebuah anak syarikat milik penuh AmanahRaya ingin memberikan baucar diskaun untuk permohonan membuat Wasiat yang bernilai RM175 kepada sepuluh pembaca GearTinggi yang terawal. Untuk makluman sekutu, harga bagi permohonan baru membuat wasiat adalah RM350. Baucar itu kalau dapat bolehlah gunakan untuk diri sendiri. Tapi kalau bagi kepada ayah pun apa salahnya. Boleh juga suruh dia wasiatkan Toyota KE tu buat layan drif nanti. Ye tak?

Mudah sahaja. Cepat emel kan butiran anda, nama & alamat kepada azmin@arb.com.my untuk kami pos kan baucar ini.

P/S: Tahukah Sekutu semua, ada seorang pelumba tersohor negara pun dah buat wasiat dan sedang pinda wasiat sekarang ni. Sekutu bila lagi??

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • SekeruLonggaq Kembali on 06/05/2011 at 8:47 AM
    • Reply

    lepas bli umah,nak kena jumpa ko ni min…

  1. SLK
    ah, gila lama lu tak muncul dalam GT ni..

  2. Min
    Kalo gua dah ade wasiat dgn ARB nak ubahsuai kena caj tak?

  3. CaparZo
    Hah..masa yang sesuai untuk pinda. Lu kasik emel no. IC bagai. Gua tolong semak. Rasanya takde kena caj kot sbb dah lama buat kan. Er, untuk makluman, Sepat pun dah ada wasiat..cuma tak pinda-pinda je lagi.

  4. Roger…minggu depan gua email lu bro…minggu gua nak ke S’pore…pegi Universal Studio…yihaaa…(free sbb company sponsor)

  5. selagi rumah gua belum sampai level tinggi menara KL wa ingat maintain ajelaa apa gua dah wasiat tu keh keh keh

    1. ok. jangan lupa wasiat lu orang sama gua ok. sekian.

  6. ape gua nak tanya nih..kalau RM42 billion tuh bagi sama rata kepada rakyat malaysia agaknya berapa sorang yang dapat

    • pendita_gila on 10/05/2011 at 12:37 AM
    • Reply

    min
    sejak bile lu pandai memonupulasi penggunaan GT ni hahahah…lu mesti terkejut dengan kemunculan gua kembali hahahah

    sepat
    gua nak sahut seruan kerajaan rumah pertamaku

  7. PG
    woi2..mana lu menghilang hah?? sibuk buat roblok ke?? hehe.. gua bukan ambil kesempatan..tapi ni kira macam kerjasama antara GT dengan kompeni gua..benda ni sebenarnya nak bagi kepada kastemer AmanahRaya..tapi memandangkan gua pun ingat sama kepada Sekutu, maka gua cadangkan kepada bos & Mak.. mana tahu, kot2 lepas ni ada benda lain pula nak bagi kepada Sekutu.. ye tak??

    Untuk Sekutu yang dah emel tu, Insya Allah akan dapat baucer.. dan kalau ada lagi Sekutu yang berminat, boleh je emel..

    ok, kalau ada Sekutu yang berminat nak order Pelekat pun boleh emel gua juga..

    • pendita_gila on 10/05/2011 at 10:38 PM
    • Reply

    hhahahaah ni la gunanya ada sekutu..saling bantu membantu…ewahh bermadah plak gua ni..nnti gua pon nak bagi n kongsi maklumat yang betul ngan sekutu..contoh macam tinted ke kan..mcm2 lagi la..

    • wong on 17/01/2012 at 12:49 AM
    • Reply

    saya ingin tahu macam mana tulis wasiat yang baik untuk anak-anak saya.saya single parant ,anak lelaki 11 tahun,anak perempuan 9tahun oku

  8. Wong
    ok, memang kena tulis wasiat demi menjamin anak oku tersebut..boleh emel kalau perlukan penjelasan lanjut
    azmin@arb.com.my

Leave a Reply to wongCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.