Baii: Proton Inspira Punya Pengenalan

Proton Inspira.03

Apa sahaja berita yang melibatkan Proton, ia akan mendapat perhatian luas di seluruh negara. Gua jenis yang suka jalan-jalan dalam blog orang, bila ada isu Proton, tu dia dia punya komen punyalah banyak. Yang anti jangan ceritalah, daripada banyak yang gua tengok, tak ramai yang betul-betul faham industri automotif dan perniagaan. Jenis yang provokatif jangan ceritalah, itu belum masuk jenis pengetahuan zero. Jenis tulis merapu jadah apa tak tau.

Seperti yang lu orang semua semua tengok dalam akhbar, majalah, TV dan blog, inilah model Proton yang paling ditunggu tahun ini. Rasa gua, semua model Proton pun orang tunggu. Baru-baru ni, atau lebih tepatnya hari Khamis (14 Oktober) telah berlaku pelancaran lembut (soft launch) hahahaha, jadah apa gua terjemah ni.

Proton Inspira.01

Pelancaran lembut ni diadakan di Pusat Kecemerlangan Proton atau dikenali sebagai COE. Kalau lalu tepi lebuhraya KESAS menghala ke Shah Alam mesti lu orang nampak pusat pameran Proton dengan bumbung gerbang besar tu.

Walaupun model ini dikatakan tidak menggantikan Waja, namun semua faham yang Waja akan dihentikan pengeluaran sepenuhnya tidak lama lagi. Jadi gantiannya tentu sahaja kereta ini, yang diambil daripada Mitsubishi Lancer. Namanya pun dah dapat, Inspira. Nama ini diperolehi menerusi pertandingan dalaman yang diadakan di kalangan kakitangan Proton. Pemenang pertamanya dapat RM10k jangan tak tahu.

Berbeza dengan Lancer yang dijual Mitsubishi Motors Malaysia [MMM] dengan hanya satu varian Lancer satu enjin, Proton mengambil keputusan menawarkan varian yang paling asas iaitu enjin 1.8 liter manual dengan harga RM79,888. Model paling tinggi 2.0 GT dengan paddle shift pula tak lebih RM95 ribu. Memang berbaloi lah kalau banding dengan Lancer dekat RM30K boleh jimat Jo.

Proton Inspira.02

Kereta ini boleh ditempah mulai 14 Oktober dengan bayaran RM1000. Siapa yang tempah cepat sebelum 15 November akan dapat 2 tahun jaminan (atau 50,000 kilometer) dan servis percuma. Keseluruhan amaun servis ini berjumlah RM1658. Boleh tahan menarik ni.

Kalau lu orang ada duit, baik beli kereta ni. Tak payah pikirlah panjang kalau bajet lingkungan ni, lu orang cuma boleh dapat sedan segmen B, sedangkan kereta ni terang-terangan bersaiz C, macam Civic, Sylphy dan Altis. Kalau beli juga kereta Korea gua tak boleh kata apalah. Sendiri punya pitih.

Berikut adalah benda yang gua nak kongsi bersama:

Ada 3 pilihan warna hitam, putih, silver dan maroon.

  1. Sapa yang pandai-pandai cakap Lancer ni pakai enjin Campro? (mangkuk betul) dia pakai 4B10 dan 4B11 Mitsubishi.
  2. Siapa kata Proton ciplak Mitsubishi dan tak ada idea? Buat kereta bukan macam pasang basikal, kosnya tinggi dan tak berbaloi kalau jualannya kecil.
  3. Kolaborasi bukanlah perkara baru, Aston Martin pun boleh buat Cygnet ambik dari Toyota iQ. Lagi mau sembang kencang.
  4. Mahal? Nak murah mana lagi? Kereta nak cun, spek nak penuh, harga nak macam Myvi, mana dapat. Rebadge kereta China bolehlah kot.
  5. Kalau setakat pakai kereta torsion beam, stereng kena paut kaki tangan masuk selekoh tak payah nak cakap Inspira ni tak baguslah. Cuba test drive Insipira dan simpan pengalaman tu diam-diam. Nanti lu orang tau kenapa Proton beli Lotus.

-Baii-

Matpon: Komen Mak Uia “KENAPA NAK GUNA NAMA SMART GUYS GET IT?” Kenapa tak guna bahasa Melayu? Orang Engrish banyak beli ke Inspira ni?

Silakan kongsi:

64 comments

Skip to comment form

    • alfa romeo 156 on 20/10/2010 at 1:03 AM
    • Reply

    kereta national sume tak bgus……tak pndi guna otak sendiri..the best car is made from italy like my alfa romeo…hahahahahaha

  1. hi bro/sis ,if you already book or plan to book on proton inspira can visit our inspira club : http://www.inspiraclub.com Thanks!

    • matjos on 20/10/2010 at 12:15 PM
    • Reply

    cepat sungguh kelab dia kuar ek…

    • basikal on 21/10/2010 at 2:29 PM
    • Reply

    citron n pegon pon ade wat koleberasi cam nih..amek kete musibisi outlender..tukar lebel diaorg..ok pe…..pephal mmg terbaik lah……

    • jubkuputeh on 21/10/2010 at 11:30 PM
    • Reply

    uh.. ni pada pandangan aku la..

    1. mmg bagos ramai yg sokong keta buatan m’sia niyh. keta niyh cantek what, cume bumper depan je ala2 pesona sket. lampu depan blakang dah ok cam evo.

    2. tang harga pulak boleh tahan la.. jgn kita lupa mitsubishi bukan setakat keluarkan evo 10 dgn harga 300k je, ada lancer 2.0 GT yg maseh murah dgn harga 123k. jadi terpulang kpada pengguna, kalo inspira made by proton, yg lancer pulak da komfem mitsubishi. yang pastinya ramai akan cari halfcut evo utk konvert inspira niyh sdgkan harga lancer GT dgn inspira cuma beza lbg kurg 20k – 30k je..

    Renung2kan dan slamat memandu…

    • eten on 27/10/2010 at 11:28 PM
    • Reply

    beli je.book je,xbest,tkar,pe da hal,pengawal keselamatan gaji dh naik.wawa.eh,belum naik gji lg ke!?report jps

    • berry on 24/11/2010 at 12:58 PM
    • Reply

    hahah……inspira pkai campro?kan dh kna mangkuk ngn bai tu..
    hahah…tu la,bila org smbng keta,nk join jgk,ntah apo2..

    • berry on 24/11/2010 at 12:58 PM
    • Reply

    hahah……inspira pkai campro?kan dh kna mangkuk ngn bai tu..
    hahah…tu la,bila org smbng keta,nk join jgk,ntah apo2..

  2. gua lapar la pulak nengok gambir inspira ni

    • bos on 04/01/2011 at 12:28 AM
    • Reply

    gunalah kete malaysia.tu la org besar2 dok laung tp aku tgk dorg pn nek kete german made pe cer?

    • Ayed JB on 31/10/2011 at 3:03 AM
    • Reply

    Asalamualaikum,
    sy baru je 3bulan pkai Inspira (1.8MT), nak tnye sesuatu lah, ape effect baik & buruk klu masuk rim 18inch kt inspira ni?
    Plan nak sarung rim lancer GT….
    Advise pls…
    Tq 🙂

    • megatputrakuning on 31/10/2011 at 9:41 AM
    • Reply

    ayeb jb:ko masukkan adjustable pastu ko pakailah rim 18 tu…ala..lancer gt kan asalnye rim 18..apa nk tkut…ko dh pakai lncer gt gak tu…cume tukar name jew…tp cam bumper ko tmbah lah skirting2 yg senonoh sket…bg aku la…

    • Ayed JB on 01/11/2011 at 5:06 PM
    • Reply

    Megatputrakuning,
    sure ea just pasang adjustable aje? pastu ok ea?
    Bab bumper n skirting tu mmg dah pasang fullset bodykit lancer, tinggal rim tu aje yg belum tukar (mak aku ckp duit tu suh simpan dulu sbb tayar baru lg.hehehe).

    Ape2 pon Terima Kasih yer En.Megat atas komen anda tu… tnye ni pong sbb 1st time pkai kete, sblum ni motor Wave aje..hehehe

    • jeles jebon on 14/03/2012 at 5:03 PM
    • Reply

    BAiiiii… terbaekkk… gua baru angkat 2.0 satu arini..huhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.