Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton.
Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang rakannya dengan pelbagai drama, pada pusingan ke 16 beliau telah menghentam sisi kereta Jenson Button dan akibatnya didenda dengan penalti pandu-lalu [drive thru]. Kisah Vettel tidak tamat di situ sahaja, selepas dari insiden tersebut beliau ‘menyentuh’ pula kereta Tonio Liuzzi pada bahagian sayap depan. Kesudahannya beliau melepasi bendera penamat di tempat ke 15.
Walaupun dengan insiden tersebut, pembekal enjin RedBull iaitu Renault agak gembira, selain dari Webber, Robert Kubica turut memperoleh podium di tempat ketiga.
Tim Mercedes GP Petronas pula mencatat keputusan yang agak ok walaupun kedua pemandu dikenakan penalti grid akibat penukaran kotak gear Nico Rosberg dan insiden Michael Schumacher-Rubens Barrichello. Terdapat insiden adik-beradik dalam perlumbaan ini dan segalanya bermula apabila Vitaly Petrov menghimpit Rosberg pada pusingan kesepuluh dan turut membolehkan Schumacher memintas rakannya sambil ‘menyapu’ sayap depan kereta Rosberg. Pada pusingan ke 41 Schumacher dipintas balik Rosberg dan terus ditinggalkan hingga ke layangan bendera hitam putih. Rosberg dan Schumacher masing-masing ditempat keenam dan ketujuh.
Perlumbaan antara tim baru pula dimenangi oleh Heikki Kovalainen di tempat ke 16 diikuti oleh kedua pemandu Virgin, Lucas di Grassi dan Timo Glock dan kemudian Lotus mengapit sandwic Virgin apabila Jarno Trulli berada di tempat ke 19. Trulli mungkin tamat pada kedudukan lebih baik jika tidak berpusing pada babak akhir perlumbaan.
Sumber: Lotus Racing & Daimler [Gambar sebelum perlumbaan]
-Mak Uia-
1 comment
Dramatik giler gua tgk smlm race ni…paling best biler kete Vettel hentam tepi kete Button…Hidup McLaren…haha