Untuk pengetahuan saja-saja sekutu, Encik Luca di Montezemolo, Pengerusi Ferrari baru balik dari Abu Dhabi malam Khamis lepas. Beliau ke sana bagi menghadiri siri mesyuarat dengan rakan-rakan Ferrari di Emiriyah dan melawat tapak pembinaan taman tema Ferrari.
“Dunia Ferrari Abu Dhabi adalah projek yang menakjubkan, direalisasikan oleh salah satu rakan kami yang berkongsi nyalarasa yang hebat,” kata Luca di Montezemolo. “Taman tema ini akan menawarkan gabungan sempurna teknologi inovatif, keseronokan yang hebat dan unik serta tarikan yang pengunjung tidak boleh dapat di mana-mana tempat di dunia. Ianya tempat sempurna untuk golongan dewasa, kanak-kanak, keluarga dan juga peminat kami yang akan menikmati pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” tambahnya lagi.
Saya pada mulanya agak skeptik dengan projek-projek mega kerajaan Abu Dhabi, tapi itulah, mungkin diaorang fikir warga Arab banyak berbelanja melancong sana-sini serata dunia, kenapa tidak dibelanjakan dalam jajahan takluk negara Arab sendiri. Biar duit berpusing di tempat sama dan pada masa sama tarik pelancong serata dunia.
Maaflah Encik Matpon, tak ada taman tema Veyron.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
7 comments
Skip to comment form
cool
erm…best
mesti mahal gile nak masuk ni…
abu dhabi je..
bila plak m’sia wat taman tema proton / perodua ?
Kalau le dpt pegi…kalau kat malaysia alamatnye hrg pon merepek
mesti ada bumper car ferrari spyder..moderno ..best langgar2 ni
sape delete aku punye post kelmarin….???