Motor: Suzuki V-Strom Expedition

Suzuki V-Strom 650 Xpedition.01

Dah lama kita tak bercerita pasal motosikal. Dan walaupun dulu GT ada berura-ura nak buat blog pasal motor dan sampai sekarang pun tak nampak apa lagi tetapi sebenarnya hajat tersebut masih lagi kami pegang. Cuma itulah dia, banyak kekangan daripada nak menjadi.

Suzuki V-Strom 650 Xpedition.02

Motor yang saya tulis kali ini ialah Suzuki V-Strom 650 tapi yang ini model istimewa sikit dan namanya pun lain iaitu ada tambah XPEDITION dekat pangkal nama model.

Model ini masih lagi sama dengan V-Strom 650 ABS tetapi yang ini ada beberapa perubahan seperti tempat barang aluminium dengan kapasiti total 82 liter, pelindung enjin dan tangan, tongkat tengah dan pelindung takungan pelincir.

Ditawarkan dengan dua opsyen warna iaitu Candy Max Orange dan Metallic Oort Grey model ini dijual pada harga sekitar GBP 7,300.

Cuma itulah, di negara kita cukai motosikal besar masih lagi tinggi, dengan harga yang lebih rendah saya percaya Malaysia akan jadi syurga motor besar. Bukan setakat isu harga motor besar tapi saya tengok kapcai dan skuchai dekat Indo dan Thai lagi menarik dari tempat kita. Dalam cub-prix pun kita tak boleh makan diaorang.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on 20/08/2010 at 9:04 AM
    • Reply

    ntah bila la nk merasa pakai motor besar nih…

  1. Skuchai yg gua takleh tahan tu…hebat la ayat lu Mak…kalo rege moto sini murah…tiap2 tahun la gua tukar moto..haha

    • belalang_kontot on 20/08/2010 at 12:10 PM
    • Reply

    skuchai?nouvo ke?huhu

    • smut_liar on 20/08/2010 at 4:50 PM
    • Reply

    wa pun minat gak moto besor ni..
    tp angan2 je la…. x mampu nak bli..

    • azwan nbs on 20/08/2010 at 5:52 PM
    • Reply

    kaler dia memang cantek….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.