Sedar tak sedar, Formula Satu sudah masuk pusingan kesepuluh dan kelmarin ianya berlangsung di litar Silverstone yang baru diubahsuai. Dan perlumbaan ini dimenangi oleh Mark Webber manakala Sebastian Vettel di tempat ketujuh selepas tersasar dari litar pada pusingan pertama.
Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu McLaren dengan pemandu tuan rumah juga iaitu Lewis Hamilton.
Kehebatan JERMAN dalam Piala Dunia pula seterusnya digandakan oleh Nico Rosberg dari JERMAN dengan pasukan MERCEDES dari JERMAN dengan menduduki tempat ketiga setelah sekian lama tercicir di belakang. Lain pula dengan lagenda JERMAN, Michael Schumacher hanya sekadar di tempat kesembilan yang pada mulanya di tempat ketujuh sebelum dipintas oleh pemandu lain akibat kesilapannya sendiri. Namun beliau tetap menghadiahkan mata untuk pasukan.
Sebuah lagi pasukan tuan rumah iaitu Lotus Racing juga mencatat keputusan yang memuaskan selepas siri-siri perlumbaan yang mengecewakan sebelum ini. Jarno Trulli mendapat tempat ke 16 manakala Heikki Kovalainen ke 17.
Pasukan Williams dengan enjin Cosworth dan Sauber harus diberi perhatian, Rubens Barrichello mendapat tempat kelima manakala pemandu rookie, Kamui Kobayashi mendapat tempat keenam. Pasukan Ferrari dengan pemandu Fernando Alonso dan Felipe Massa pula hanya sekadar di tempat ke 14 dan 15.
Tahniah JERMAN untuk tempat ketiga Piala Dunia dan Formula Satu British.
🙂
Sumber & Foto: Daimler & Lotus Racing
Gambar lain bakal menyusul.
-Mak Uia-
5 comments
Skip to comment form
Team Mercedes ni cam tak cukup kuat jer…Michael elok la bersara terus tahun depan…Wlliams & Sauber menampakkan peningkatan mendadak…Syabas & tahniah buat pemenang…Ceh skema plak ayat gua..
lotus…
bile le korang nak naik podium….
fairuz ade tak nak pakai…
misi F1 Lotus Racing season ni hanya ingin menamatkan pelumbaan pada setiap pusingan sahaja..Mungkin musim2 akan dtg akan ada kemajuan..(ayat aku pun skema gak..hehe)
Ceh support German.
Jerman!!!!! Jerman!!!