Perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain menyaksikan 7 daripada 24 pelumba tidak menamatkan perlumbaan [DNF]. Dan dalam senarai pelumba DNF tersebut ialah Timo Glock dan Lucas di Grassi dari tim Virgin Racing.
Fernano Alonso dan Felippe Massa menghadiahkan kejayaan berharga buat Ferrari dengan kedudukan 1 – 2. Tempat ketiga dimenangi oleh Lewis Hamilton dari tim McLaren manakala Sebastian Vettel dari tim Red-Bull Renault mendapat tempat keempat. Pada awalnya beliau dijangka bakal menjadi juara namun lebur apabila keretanya mengalami masalah teknikal. Mercedes GP Petronas yang dipandu oleh Nico Rosberg dan Michael Schumacher masing-masing mendapat tempat kelima dan keenam.
Kelmarin saya baca artikel di akhbar XyXyX dan paling memualkan bila penulisnya membuat kenyataan bahawa prestasi Lotus Racing MEMALUKAN kerana mendapat grid permulaan corot. Dan, amat memalukan kalau ada yang menganggap Lotus boleh mencatat keputusan cemerlang dengan bajet ‘ciput’ dan persediaan hanya 5 bulan. Kalau dibuat sedikit kajian, berulang kali Tony Fernandes dan Mike Gascoyne menyatakan mereka ingin menamatkan perlumbaan dan menjadi juara antara tim baru.
Dan untuk perlumbaan pertama, ianya menjadi kenyataan bila Heikki Kovailanen dari Lotus Racing mendapat tempat ke 15.
Keputusan F1 Gulf Air Bahrain GP:
- Fernando Alonso – Ferrari
- Felippe Massa – Ferrari
- Lewis Hamilton – McLaren
- Sebastian Vettel – Red Bull Renault
- Nico Rosberg – Mercedes GP Petronas
- Michael Schumacher – Mercedes GP Petronas
- 15. Heikki Kovailanen – Lotus Racing [47 pusingan]
- 17. Jarno Trulli – Lotus Racing [46 pusingan]
Sumber Mercedes: Daimler / Lotus: Lotus Racing
-Mak Uia-
23 comments
Skip to comment form
Power lah FERARI kemenangan 1-2
akhbar mane 2??? gua nak pegi bakar!!1
jgn lupa ajak gua
Bukan akhbar tu bodo.. tapi penulis akhbar tu yang bodoooo.
Gua de baca smlm…kompom mamat yg tulis tu main ikut sedap jari dier jer taip…ape la bangang sgt…kondem TEAM negara sendiri…khak tuiii…stupid
gua mmg jaki tul ngn org yg kurg patriotik ni…..p 2ka ic sne…
untuk team baru Lotus 1Malaysia memang dah buat yang terbaek !
sebelum gua hari2 beli akhbar tu ari ni gua beli akhbar len sebab gua x puas hati dia nyer artikel mcm testikel
Die x maen kat track sendiri tu
tunggu la maen kat Sepang plak
komfem no 1-2 aje
Tahniah Lotus Racing…dapat menanamatkan perlumbaan.
penulis 2 hati busuk…sifat2 keji ada kat diri die mmg cam 2
suh penulis surat kabor tu buat team f1 sendiri la, memang hati busuk!
lotus tak bagos…….blk umah baik nengok axn….
bwk F1 ni bkn mcm bwk basikal roda 3…….grade F1 ni bwh sket dri bwk jet TUDM tu……ok dh tu tmpt 15 & 17……bru 1st race….amcam….?
at least tony fenandes tak kena jadi stewedes kat virgin…
Go lotus..
Walau kalah tp xmalu..
lotus xbagos..??
klu tony bg free sbijik lotus evora kt ko, ko nk x??
xpayh bg evora laa..elise je cukop (second hand)!!
hihihih..
relaxla…!! contohnya, ank2 kita mmbsar sblum mningkat dewasa, di mulakn dgn mnirap dlu, lpas tu merangkak, lpas tu berdiri, lps tu berjalan, last skli berlari… ade ke baby bru2 lahir tibe2 tru berlari pecut 100meter??
renung2knla..selamat beramal..!! hihi
Tah,okeyla 2.lotus bru 1st race.dpt maen smpai abes.ni aku nk ksitau akhbar 2 nma kosmos.haa..korang pg hentam.aku nk hentam megi jap.
tim lotus bgus…de wawasan xmcm surat khabar tu..hampeh!!
editor tu dr majalah mempelam kot..gosip2 je dia tau..technical & enggineering zero!!!
Apa kecoh-kecoh ni brader.. team gua tak menang ke, team volvo
Apa2 pun race semalam ako nampak kebangkitan team underdog seperti Force India. Adrian Sutil pun boleh tahan bwk keta berbanding musim lepas…
Setuju ngan dato k…pasni kompom Richard Branson pakai kebaya dalam peswat Air Asia. Prestasi Lotus memang ok walaupun Trulli abis minyak sejurus pas Alonso melepasi garisan penamat, janji kereta depan takde la DNF langsung!
mat team lu masuk le tour laaa
pada aku team lotus tu mmg patut memalukan hehe sorry yea..kalau dah tau nak masuk F1 sila prepare diri awal2.. semua sedia maklum masa yang diambil utk form team ni dan penyediaan machine sebelum perlumbaan… pada aku laa sebaiknya tunggu musim 2011 aje baru Lotus masuk competition ni.. sbb tu laa tony target utk tamat perlumbaan.. this is more to commercial sentiments utk Air Asia rather than racing spirit ya.. dont bash me but if you do read carefully his mind strategy.. you will know why suddenly Air Asia boss falls into this business.. hehehe he is making money no matter win or loose..
my 2cents