Lotus semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva baru-baru ini memperkenalkan Lotus Evora 414E Hybrid Concept, model berprestasi tinggi yang menggunakan enjin hybrid. Model ini berkuasa 414ps, kelajuan pegun ke 97 km/j bawah 4 saat dan gear 7 kelajuan!
Lotus Evora ini menggabungkan teknologi Lotus seperti Lotus Versatile Vehicle Architecture [VVA], kotak gear 7 kelajuan ‘virtual’ dan enjin 1.2 liter Lotus Range Extender. Ianya juga mempunyai 2 motor elektrik berkuasa 207ps setiap satu untuk menggerakkan roda belakang dengan ‘kotak gear’ kelajuan tunggal. Kuasa baterinya boleh membawa kereta ini sejauh 35 batu dan boleh dicas menggunakan kuasa elektrik domestik. Untuk perjalanan jauh dan semasa kelajuan tinggi, LRE akan ‘kick in’, membekal tenaga kepada bateri dan motor elektrik.
Warna tembaga pula sengaja dipilih sebagai visual penggunaan sistem elektrikal. Bumbungnya pula diperbuat daripada kaca dengan grafik litar elektrik melengkapi konsep tembaga – elektrikal tadi. Kesinambungan tembaga diteruskan di dalam kereta pada kerusi dan panel instrumen.
Dan untuk pengetahuan sekutu, kereta hybrid seperti ini mengeluarkan bunyi yang sangat perlahan atau hampir tiada dan ini sangat bahaya kepada pejalan kaki dan orang sekeliling. Untuk itu, Lotus Engineering berkerjasama dengan Harman International membangunkan teknologi HALOsonic. Teknologi ini menghasilkan bunyi enjin replika melalui pembesar suara bagi menggantikan bunyi enjin.
Pemandu dapat menikmati 4 opsyen bunyi, dua daripadanya adalah karakter enjin V6 dan V12. Dua lagi adalah bunyi enjin yang di ‘mixing’ dengan bunyian masa depan.
Sumber: Lotus
-Mak Uia-
Ps: Agaknya apa opsyen bunyi enjin Proton Emas?
12 comments
Skip to comment form
1.2?tak paham…mat…explain sket kat gua yg naif ni…
wow hybrid 4 sec…mantap, 7 gear mak aii..penin nak tukar, silap2 gear no brape pon dah terlupe, yg x boley bla siap boley pilih sound enjin, agak2 lps ni, on the road mesti ad bunyi kapal terbang kot hahah
wah, enjin senyap eh..
buleh la gua pindah malam2, takde orang perasan..
dah mula la buat benda mengarut…
bunyi pun nak jadi isu keR???
ini dah lebih… bia aje la bunyi senyap tu baru sedap dok dalam kereta … alaf baru … x perlu lah nak bising2 sangat… wat sakit telinga aje…
kalo gua pakai kete ni gua nak letak bunyi kompang.. meriah siot
??????
adess…dh xdela bnyi… kepishhhh…kepishhh… daa..
bukak tingkap bsa2, wat bnyi turbo pki mlt je nti…hihihi
klu guna mp3 buat bunyi ekjos xleh ke?terhibur skit pejalan2 kaki..huhuhu tp mmg gempak..1.2 je,roadtax kompom murah..hehehe
tahniah proton !
Enjin 1.2 jer ke?…Pastu nnt bunyi ekjoz buat pakai mulut jer…kepish…kepishh…
enjin 1.2 rodtax murh, nk bli kete ni kompem jual tanah………..
pehhhhh….