Masih lagi mengenai Proton Emas, kali ini saya bercerita sedikit mengenai sistem hybrid yang dibangunkan oleh Lotus Engineering yang mungkin akan digunakan pada kereta produksi Proton Emas kelak. Lotus Engineering adalah cabang dari Lotus dan menawarkan perundingan kejuruteraan kepada pembuat kereta. Sejak kebelakangan ini mereka banyak terlibat dengan projek untuk syarikat China. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Lotus Engineering yang membuat penalaan pada pengawalan dan pengendalian Hafei Lobo atau ditempat kita dijenamakan sebagai Naza Sutera.
Lotus Engineering telah merekabentuk dan mengintegrasikan enjin 3 silinder dengan sistem elektrikal dan juga transmisi dengan gear tunggal. Keseluruhan pakej ini menghasilkan emisi rendah, prestasi kenderaan yang optimum dan keupayaan untuk bergerak dengan kuasa bateri sejauh 50km. Apabila kuasa bateri lemah, enjin 3 silinder 1.2 liter Lotus Range Extender [LRE] yang diperkenalkan pada umum semasa IAA Frankfurt Motor Show tahun lepas akan berfungsi dengan mengecas kembali bateri. Selain dari enjin LRE, bateri juga boleh dicas menggunakan kuasa elektrik domestik.
Untuk memudahkan lagi pemahaman, saya ringkaskan komponen sistem hybrid tersebut seperti di bawah:
Enjin Penambah Jarak/Range Extender Engine
- Enjin 3 silinder 1.2 Range Extender berfungsi pada 2 tahap kuasa yang berbeza. Tahap pertama dengan memberi tenaga sebanyak 15 kW pada rpm 1500 dan 35 kW pada rpm 3500 melalui generator elektrikal berintegrasi. Berat bersih enjin ini hanyalah 56 kg dan bersesuaian untuk kereta kompak seperti Proton Emas. Enjin ini boleh menerima ethanol dan petrol biasa. Pembuatan enjin ini juga adalah suatu yang inovatif di mana blok silinder, kepala silinder dan manifold ekzos dibuat dengan acuan tunggal. Bahan yang digunakan untuk blok adalah daripada aluminium. Hasil dari kaedah pembuatan tersebut bermakna berat enjin adalah ringan, kos pemasangan rendah, saiz yang kecil, emisi rendah dan enjin yang tahan lasak.
Pak Bateri/Battery Pack
- Bateri yang menyimpan dan membekalkan tenaga adalah dari jenis Lithium Polymer berkuasa 11.5 kWH dan melebihi 100 kW keupayaan discaj.
Generator
- Generator mengubah tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal untuk bateri dan penambahan jarak perjalanan kenderaan. Generator ini turut berfungsi sebagai motor untuk menghidupkan enjin range extender [RE]. Ianya mempunyai kuasa 41 kW 280 – 420 VDC generator dan motor penghidup untuk enjin RE.
High Voltage Inverter – Generator
- Inverter voltaj berkuasa tinggi mengubah dan mengawal voltaj 3 fasa [3 phase] daripada generator kepada voltaj DC untuk mengecas bateri dan menggerakkan motor traction.
Traction Motor
- Traction motor membekalkan 75 kW [kuasa puncak] dan 45 kW bekalan berterusan bersama 280 – 420 motor VDC. Motor tersebut mengubah tenaga elektrikal bagi memberi kuasa mekanikal untuk menggerakkan roda melalui transmisi gear tunggal.
High Voltage Inverter – Traction Motor
- Inverter voltaj berkuasa tinggi [traction motor] mengubah voltaj DC kepada voltaj tiga fasa [3 phase].
Kotak gear/Transmisi
- Proton Emas menggunakan kotak gear dengan kelajuan tunggal [single speed] yang bermakna pemandu tidak perlu menukar gear secara konvensional. [Skuter].
Pengecas Voltaj Tinggi
- Pengecas voltaj tinggi mengubah tenaga AC kepada DC untuk mengecas bateri. Ianya menghasilkan 3.3 kW dengan 90 – 265V AC fasa tunggal [Single phase].
DC-DC Converter
- DC-DC Converter mengekalkan kuasa caj yang terdapat dalam bateri 12V dengan mengambil kuasa dari bateri yang berkuasa tinggi. Bahasa yang mudah ialah seperti alternator pada kenderaan konvensional. Ianya mengubah kuasa 1.5 kW daripada 420V kepada 13.8V.
Vehicle Controller
- Vehicle Controller adalah pemproses mikro yang mengawal throttle, tujahan [torque], kuasa dan pengurusan tenaga. Ianya adalah sama dengan perisian pengurusan enjin T6E yang terdapat pada Lotus Evora.
Saya harap penerangan di atas tidak terlalu sukar untuk difahami walaupun banyak bahasa teknikal. Ringkasannya ialah enjin LRE berfungsi untuk mengecas bateri dan memberi kuasa pada motor elektrik apabila kereta dipandu laju. Tanpa LRE, kuasa elektrik boleh menggerakkan kereta sejauh 50 km. Bateri juga boleh dicas menggunakan kuasa elektrik domestik atau dalam bahasa kebiasaan adalah plug rumah!
Sumber: Lotus Sumber Gambar: Italdesign.it
-Mak Uia-
Ps: Pukul 12 nanti ada entri pasal Ducati.
14 comments
Skip to comment form
EMAS 1st plak…
seken pun jadik la….takde entry lain ke…asyik2 kete EMAS ni jer…Bape karat emas kat kete nih?
mantap…
review cmnie bru best..
dpt byk ilmu,
bley ar gua sembang kedai kopi ngn member gempak berapi2..
haha…
truskan usaha gt..
ptotle xnmpk gear knob
“gear tunggal” rupenye
best3…
Bagusla lu punya komen. Aku masih tertunggu-tunggu bila kau nak inform bila kereta ni akan dijual. Aku dah mula kira-kira duit ni. Lokasi temapat keja aku kat “Segi3 Emas KL”, jem gilak. Nak beli Honda Civic Hybrid atau Toyota Prius Hybrid tak larat, so tunggu kereta ni la pulak….
agak2 bila nak kuar ekk…
mmg padan la dengan kehidupan sesak kat KL nnti..
prius ngan civic hybrid tuh mcm besar sangat la plak..
kecik giler enjin dia…
jadi, enjin petrol tak digunakan untuk drive kereta la….dia generate electric pastu hantar ke motor untuk drive….
mcm sistem diesel-electric pada locomotive keretapi ke?
Gua rasa enjin dia macam Tamiya, gua syak mesti yang buat ni suka main Tamiya.
off topic..
ade kemungkinan nama waja baru adalah proton ROSMA atau proton RUSMA… dilancarkan pada bulan 11… sekarang sudah siap… tengah test onthe road.. sedara saya kate dia pernah lihat waja baru ini. dia adalah staf proton…. cantik lampu depan dan belakang di ubah.. bumper pn lain dari model lanser fortis…harga yg dicadangkan lebih kurang 80k..
selain itu… Lotus EVORA… yg bakal masuk malaysia akhir mac ini… dijual dengan harga 700k… katanya…. Di pusat kecemerlangan proton ade sebijik EVORA milik DSZ….. waw…. hebat dato syed zainal..hihihih
enjin 56 kilo..ringannye
gua ase kete ni pkai CVT laa..
mcm skuter..
tp mmg berdesup r pegi..
hahaha
saya nak nota lengkap sistem starter blh.. tlng emelkn sgera.. pliz..