Kebiasaannya setiap rumah mempunyai satu tin WD-40® yang kadang-kala tersembunyi atau tersimpan di suatu sudut dalam rumah atau stor barangan. Kita mungkin menyimpannya untuk melincirkan kereta atau engsel lama, tetapi adakalanya, tin WD-40 hanya terbiar begitu sahaja.
Selain dari fungsi biasa tin biru kuning ajaib ini sebenarnya boleh diggunakan untuk pelbagai penyelesaian yang mudah dan cepat dan tidak terhad kepada skop kerja mekanikal sahaja. Yang menariknya ialah WD-40 turut boleh disembur pada zip pakaian yang tersekat dan melincirkannya.
Di bawah disenaraikan 7 masalah harian yang boleh diselesaikan oleh pelinciri WD-40.
1. Tiada masaalah gula-gula getah lagi
Gula-gula getah yang melekat di atas permaidani anda, atau lebih teruk lagi, pada rambut anak anda. Jangan keluarkan gunting lagi! Semburkan beberapa kali WD-40® di atasnya dan lihat betapa mudahnya ia dapat mengeluarkan gula-gula getah itu.
2. Mengeluarkan tanda-tanda kotor dari pen penanda dan krayon
Adakah anak-anak anda sering menganggap dinding rumah anda sebagai buku mewarna besar mereka? Jika begitu hanya semburkan sedikit WD-40® atas tanda-tanda dan lapkan dengan kain buruk yang bersih. WD-40® tidak akan merosakkan cat atau kebanyakkan kertas dinding (uji dengan kain atau kertas dinding dahulu). Ia juga dapat mengeluarkan tanda-tanda kotoran pen penanda dan krayon dari perabot dan peralatan rumah.
BACA: Tips Menggunakan WD-40 – Teman Di Rumah dan Tempat Kerja!
BACA: Informasi Ringkas Mengenai WD40
3. Mengeluarkan pelekat dari beg bagasi, peti simpanan dan bekas-bekas
Mengeluarkan pelekat lama yang terperangkap pada beg bagasi, pelekat label pada peti simpanan dan bekas-bekas dengan menyemburkan sedikit WD-40® seterusnya gosok keluar pelekat itu.
4. Membersihkan tanda kopi atau cawan teh atas meja
Meja dicemari oleh bekas bawah cawan? Jangan bimbang, hanya semburkan sedikit WD-40® dan lapkan bekas cawan dengan kain yang bersih.
5. Mengasingkan cawan gelas yang tersekat
Jangan memaksa keluar cawan gelas yang rapuh ini. Jika gelas anda terperangkap di antara satu sama lain, semburkan sedikit WD-40® antara cawan-cawan gelas tersebut dan kemudian tariknya secara perlahan-lahan. Kemudian cuci cawan gelas itu sebersih yang mungkin sebelum menggunakannya.
6. Melonggarkan paip atau engsel pintu yang berkarat
Paip dalam dapur atau bilik mandi dan pintu engsel yang berkarat adalah sukar untuk dipusingkan. Cuba longgarkan bahagian-bahagian yang berkarat ini dengan menyembur WD-40®, kerana ia dapat menembusi bahagian bahagian yang sukar dicapai dan membersihkan karat di dalamnya. Ia juga dapat memberikan kepala paip dan pintu anda wajah yang bersih di samping melindungi ia daripada karat.
7. Melonggarkan zip yang tersekat pada jaket
Pernahkah anda mendapati zip jaket anda tersangkut? Semburkan sedikit WD-40® dan ia dapat melonggarkan zip dalam masa yang singkat.
Kesimpulannya apabila anda mencari alat-alat yang serbaguna untuk membantu anda di rumah, atau menghadapi masalah di atas sila cari semula WD-40® yang tersorok atau tersimpan dalam rumah anda!