Honda Malaysia Akan Ke Rumah Pelanggan Bagi Menggantikan Beg Udara

beg-udara-honda

Susulan kes inflator beg udara yang telah menjadi isu bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) sekali lagi bertindak proaktif apabila menawarkan khidmat penggantian inflator beg udara (pemandu dan penumpang sisi) Takata dari rumah ke rumah bermula sekarang hingga 31 Disember 2016. Khidmat ini adalah pertambahan dari poin penukaran sedia ada seperti Pusat Servis, Hab Penukaran Setempat dan Tapak Acara Honda.

Isu ini adalah sangat penting di mana pemilik wajib menukarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang telah pun meragut beberapa nyawa. Inflator beg udara yang standard pada kenderaan Honda (dan juga beberapa pengeluar lain) yang dibekalkan Takata itu bermungkinan akan meledak dengan tekanan berlebihan seterusnya mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau penipuan, staf dari pusat servis Honda akan menggunakan pakaian rasmi seperti gambar di bawah.

honda-airbag

Petugas khas ini jika perlu akan membuat penukaran di kediaman pemilik jika mereka benar-benar tidak mempunyai kesempatan untuk ke pusat servis atau hab penukaran.

Pada masa yang sama juga Honda menggesa pelanggan yang terjejas untuk ke pusat servis atau hab berhampiran bagi membuat penukaran secara percuma ini. Untuk memeriksa sama ada kenderaan Honda sama ada terlibat atau tidak, pelanggan boleh membuat panggilan ke talian percuma iaitu 1-800-88-2020 atau melayari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my

Setakat 8 Disember 2016, Honda Malaysia telah membuat 68% penggantian terhadap kereta pelanggan yang terjejas.

Pusat servis dan hab penukaran beg udara yang terlibat adalah seperti berikut (klik pada imej untuk besarkan):

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.