VW Beetle Dune Dilancarkan – 50 Unit Edisi Terhad, RM 179,990

vw-beetle-dune-2016-04

Diinspirasikan daripada kereta buggy lagenda Amerika pada tahun 1960 dan 1970-an, Beetle Dune menggabungkan aspek keberanian, gaya dan lasak, selain mencetuskan rasa pengembaraan musim panas. Beetle Dune dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1.4L TSI. Mampu menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm, ia dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan.

Gaya signatur Dune ialah jalur hitam dan kemasan sisinya, selain bampar hadapan dan belakang yang telah menerima rekaan semula secara ekstensif. Spoiler belakang menambah perkadarannya yang nampak begitu berkuasa. Sementara rim aloi ‘Canyon’ bersaiz 18 inci melengkapkan lagi penampilan buggy Dune. Jarak kelegaan tanah yang dinaikkan sebanyak 10mm juga menambah gayanya yang lasak.

vw-beetle-dune-2016-02

Hadir dalam warna kuning (Sandstorm Yellow) yang menyerlah, ia juga dilengkapi lampu utama jenis Bi-Xenon dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Di samping lampu belakang LED dan lampu kabus hadapan statik.

“Beetle merupakan antara kereta yang paling ikonik pernah dibina dalam sejarah automotif. Ia terus mengujakan semua peminat di seluruh dunia melalui reka bentuk yang bergaya dan edisi terhadnya. Kami sangat berbesar hati kerana berpeluang memperkenalkan model ini di Malaysia. Kami harap para peminat Beetle akan merebut peluang untuk mendapatkan Beetle edisi terhad ini,” kata Florian Steiner, Pengarah Urusan Volkswagen Passengers Cars Malaysia.

vw-beetle-dune-2016-03

Sejak dahulu lagi, Beetle telah mengembara ke serata dunia. Dijurutera dan direka Jerman; dibina dan diminati di Mexico; disayangi di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Tidak ada kisah kejayaan yang setanding dengan Beetle. Model Volkswagen paling ikonik itu direka pada tahun 1930-an oleh Ferdinand Porsche dan produksi besar-besarannya bermula pada tahun 1945. Konsep, reka bentuk dan karisma telah menjadikanya kenderaan yang paling berjaya di dunia berdekad-dekad lamanya.

Diimport sepenuhnya dari Mexico, Beetle Dune ditawarkan pada harga RM 179,990*. Hanya 50 unit ditawarkan di Malaysia di mana-mana pengedar sah Volkswagen, sehingga stok masih ada.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.