NISSAN NP300 NAVARA SERBA BAHARU: SEDIA UNTUK BERAKSI DI KARNIVAL PANDU UJI ETCM

Nissan Navara 2015.01

Rakyat Malaysia di seluruh negara dijemput untuk memandu uji ‘Pikap Paling Unggul’ pada Karnival Pandu Uji NP300 Navara anjuran Edaran Tan Chong Motor.

Karnival tersebut diadakan di beberapa cawangan utama ETCM di seluruh negara pada dua hujung minggu akan datang. Para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri prestasi dan pemanduan Nissan NP300 Navara yang mengujakan, serta menempah trak pikap tersebut.

Kami tahu bahawa para peminat trak pikap telah lama menunggu ketibaan Nissan NP300 Navara serba baharu – ‘Pikap Paling Unggul’ pengganti kepada ‘Mother Trucker’. Justeru, kami gembira kerana sudah tiba masanya untuk menjemput semua mencuba sendiri Nissan NP300 Navara serba baharu di Karnival Pandu Uji, lebih awal daripada pelancaran rasminya,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

 “NP300 Navara sudahpun mencatat kejayaan di peringkat global dan jumlah tempahan yang kami terima setakat ini juga cukup memberangsangkan. Ini jelas menunjukkan bahawa para pelanggan teruja dan yakin dengan kemampuan NP300 Navara. Jangan lupa sertai kami di Karnival Pandu Uji Nissan, lihat dan alaminya – ketahui kenapa kami memanggilnya Pikap Paling Unggul,” tambah beliau.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji NP300 Navara adalah seperti berikut:

Navarra 2015

Generasi ke-12 NP300 Navara hadir daripada warisan yang panjang. Warisan kecemerlangan dan kebolehpercayaannya dalam segmen yang mencabar ini sememangnya tidak dapat dinafikan. NP300 Navara nyata menetapkan satu standard baharu dengan rekaannya yang kukuh dan moden, aspek keselesaan dan kemudahan yang premium, di samping teknologi-teknologi termaju. Dengan fleksibiliti untuk menjadi kenderaan yang boleh dipercayai dalam melaksanakan tugas, pada masa sama selesa serta luas untuk kegunaan riadah dan perjalanan hujung minggu bersama keluarga, NP300 Navara sememangnya Pikap Paling Unggul.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.