Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak sepuluh sen bermula 1 Oktober 2015. Harga baharu minyak adalah seperti berikut:
RON 95/l: RM1.95 naik kepada RM2.05
RON 97 (Euro 4M) /l: RM2.35 naik kepada RM2.45 – Termasuk 6% CBP
Diesel/l: RM1.80 naik kepada RM1.90
Diesel (Euro 5 Diesel) /l: RM1.90 naik kepada RM2.00
Sejak Julai 2015, sebarang perubahan harga tidak lagi dihebahkan kepada umum sebelum bermulanya hari pertama bulan baharu. Kenaikan ini adalah yang pertama sejak Ogos dan September yang menyaksikan penurunan harga pada kedua-dua bulan tersebut.