Bayangan Proton Perdana 2016?

image

Adalah menjadi kelaziman untuk pengeluar kenderaan menggunakan tayangan filem sebagai platform memperkenalkan model baharu atau membuat kajian pasaran sebelum memasarkannya. Honda dan Chevrolet misalnya menggunakan kaedah tersebut dengan menampilkan model baharu mereka di dalam filem pecah panggung antarabangsa.

Syarikat kenderaan nasional Proton turut tidak ketinggalan menggunakan kaedah itu di mana hangat diperkatakan sekarang ini Perdana baharu ‘membintangi’ filem Kapsul di samping penampilan khas Tun Dr Mahathir Mohamad.

image

Tampil dengan kejutan adalah perkara biasa buat Tun Dr Mahathir kerana beliau juga pernah memandu Proton Iriz secara terbuka di atas jalan raya awam sebelum ianya dilancarkan secara rasmi. Strategi tersebut nyata berjaya apabila banyak menarik perhatian dan menjadi viral di alam maya. Kali ini, sekali lagi Tun Dr. Mahathir membuat kejutan yang sememangnya sinonim dengan beliau sejak berada di dalam kerajaan lagi.

image

Melalui klip promosi filem Kapsul, Proton Perdana tampil dengan perubahan ketara berbanding platform asal Honda Accord seperti tiang C yang mempunyai tingkap sisi manakala gayaan bahagian belakang dan gugusan lampu pula mempunyai pengaruh kuat studio Proton. Keterujaan ini walau bagaimanapun harus disimpan dahulu kerana khabarnya model produksi Proton Perdana baharu 100% tidak sama seperti model di dalam filem tersebut.

Adalah menjadi kebiasaan pengeluar untuk tidak memberi imej yang tepat di dalam filem dan cukup sekadar memberi bayangan mengenai model akan datang. Selamat untuk dikatakan, Proton Perdana yang dipaparkan adalah sahih untuk kegunaan filem Kapsul sahaja.

image

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.