Projek Proton Iriz R3 sebenarnya sudah lama dibayangkan di dalam media sosial Proton Motorsports (R3). Nampaknya projek ini semakin menghampiri realiti. Mengikut perancangan, Proton Iriz R3 Touring dibina untuk berlumba di dalam Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) dan berkemungkinan dapat menyertai pusingan keempat yang dijadualkan pada penghujung bulan Ogos 2015 dan Perlumbaan Sepang 1000km.
Di antara spesifkasi Proton Iriz R3 Touring adalah seperti berikut:
1. Enjin CamPro IAFM 1.6 (+/- 190hp) dengan transmisi manual perlumbaan ‘dog’
2. Rangka keselamatan 6 poin
3. Brek Alcon
4. Radiator Forged
5. Kerusi perlumbaan Recaro
6. Suspensi Ohlins
7. Stereng Sparco
8. Roda aluminium R3 15″
Menariknya, Iriz R3 Touring ini adalah model perlumbaan pertama menggunakan torsion beam yang merupakan spesifikasi standard Iriz. Model Proton lain yang terlibat di dalam MCS ialah Proton Preve, Suprima S manakala Satria Neo pula digunakan untuk Kejohanan Rali Malaysia (MRC). Prestasi pasukan R3 di dalam perlumbaan tidak boleh disanggah lagi dengan pelbagai kejayaan podium dan kejuaraan.
Untuk pengguna massa, khabarnya Proton bakal menawarkan varian enjin baharu untuk Proton Iriz dan juga model lain. 2016 hingga 2017 mungkin tahun yang mengujakan untuk Proton, insya Allah.