Motor Image Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan rasmi Subaru di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Subaru XV Crosstrek Edition. Ditawarkan di dalam unit terhad, XV Crosstrek didatangkan dengan pembaharuan estetik seperti gril depan, spoiler bumbung, lampu nyalaan siang (DRL), kemasan dalaman kulit di antara lainnya.
Selain daripada itu, XV Crosstrek mempunyai opsyen warna baharu iaitu Tangerine Orange Pearl. Subaru XV Crosstrek ditawarkan pada harga istimewa iaitu RM138,800, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, Subaru XV telah menjadi model paling laris Subaru dan telah memenangi beberapa anugerah seperti Asian Auto Fuel Efficiency Award dan Japan Industrial Design Promotion’s Good Design Award 2012.