UMW Bakal Memperkenalkan Toyota Camry Hybrid 2.5L CKD!

Toyota Camry Hybrid 2013.05

Tindakan kerajaan memberi pengecualian cukai untuk kenderaan hibrid bersesaran 2.0 liter ke bawah adalah suatu yang boleh dihargai dan dipuji. Hasil daripada polisi tersebut jualan kenderaan hibrid meningkat mendadak hingga belasan ribu unit kini. Pengeluar kenderaan turut mengambil bahagian secara aktif dengan mengeluarkan pelbagai model-model hibrid untuk pasaran bahkan ada yang telah membuka produksi baharu bagi mengeluarkan kereta hibrid.

Untuk kekal kompetitif di dalam industri automotif kerajaan berhasrat untuk menjadikan negara sebagai hub kenderaan cekap tenaga (EEV) di mana pelan tindakannya sudah terkandung di dalam semakan terbaru Dasar Automotif Negara (DAN) yang bakal diumum pada pertengahan Januari 2014.

Walaupun pengecualian cukai kenderaan hibrid bakal luput penghujung tahun ini dan tiada lagi keputusan konkrit, UMW Toyota Motor telah merancang untuk memperkenalkan Camry Hybrid 2.5L dan paling menarik melalui pemasangan tempatan (CKD). Model itu dilancarkan di Jepun pada tahun 2011.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.