Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13) membuka tirainya kelmarin untuk previu media. Pameran dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan YB Dato’ Hasan Bin Malek.
KLIMS dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan diuruskan oleh Interexpo (M) Sdn Bhd. KLIMS Edisi ke-8 bertema “Kecekapan Mobiliti” pasti akan membawa momentum baharu ke dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan minyak dan revolusi mesra alam yang menjadi tumpuan semasa industri automotif.
Beberapa pengeluar mengambil peluang untuk melancarkan dan mempamerkan model baharu antaranya Honda Odyssey, Lexus LF-A, Toyota Previa, Peugeot 2008, VW Polo Hatchback 1.6, Nissan Impul Nismo, Ford EcoBoost, dan Infiniti Q50. Turut mencuri perhatian ialah model-model konsep Perodua seperti Buddyz, Space, Myvi Advanced dan enjin 1KR.
Antara pengeluar yang terlibat di dalam KLIMS13 ialah Citroen, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Lexus, Nissan, Perodua, Peugeot, Toyota, Subaru dan Volkswagen.
Beberapa entri susulan akan diterbitkan untuk pembaca blog dengan imej bersih, tanpa eksploitasi wanita.