Nissan Note: Model Era Baharu Nissan!

Pasaran kereta hari ini sangat kompetitif. Dahulu terdapat tiga kuasa utama iaitu jenama Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Mereka bersaing sesama sendiri dan saiz pasaran cukup untuk menuai keuntungan. Tetapi tidak buat masa sekarang di mana pasaran semakin besar tetapi sangat kompetitif. Beberapa faktor seperti kemerosotan ekonomi, peralihan minat pembeli dan banyak model alternatif untuk sesuatu segmen. Pembeli hari ini ditawarkan dengan banyak pilihan terutama sekali dari pengeluar Korea Selatan. Stratergi Kia dan Hyundai ialah dengan melambakkan pasaran dengan harga yang lebih murah dan dengan spesifikasi tinggi. Pengguna masa kini pula sudah bijak dan tahu menilai dan ternyata pengeluar Korea Selatan menjadi ‘pengacau’ yang berjaya.

Sudah biasa kedengaran daripada pengguna yang kereta buatan Korea lebih berbaloi jika dibandingkan di atas kertas bahkan ada yang langsung menyindir kereta buatan Jepun yang sudahlah mahal tetapi dengan spesifikasi biasa-biasa. Selain daripada itu, rekabentuk kereta Korea juga sudah menjadi penanda aras atau contoh untuk dibuat perbandingan dengan kereta lain. Dengan trend tersebut adakah pengeluar kereta Jepun ingin duduk saja melihat jualan kenderaan mereka semakin terhakis? Kebelakangan ini pengeluar Jepun telah melancarkan serangan balas dengan menghasilkan kereta yang lebih arus perdana. Toyota misalnya mengambil serius dengan kritikan yang mengatakan rekabentuk kereta mereka membosankan. Honda pula sudah bertindak dengan produk masa depan yang nampak meyakinkan namun masih dikira sebagai lambat untuk bertindak.

Sebuah lagi pengeluar Jepun yang penting ialah Nissan. Dan mereka nampaknya bersedia untuk bersaing di dalam lapangan yang sengit ini. Pengenalan model baharu iaitu Note pada bulan Mac merupakan signal gelombang model-model baharu yang lebih berani yang akan diperkenalkan Nissan. Komitmen pengeluar itu terhadap inovasi, gayaan dan sesuatu yang menyeronokkan dibuktikan melalui beberapa model seperti Qashqai dan Juke. Note merupakan penyambung projek tersebut dan dipakejlkan dengan teknologi keselamatan terkini pada harga mampu milik.

Note adalah sebuah kereta dalam segmen B dan dibangunkan di Eropah untuk pelanggan Eropah. Kerja-kerja kejuruteraannya di lakukan di Pusat Teknikal Nissan Eropah (NTCE) di UK dan Sepanyol dengan kilang produksi di Sunderland, UK. Faktor jualan terbesar Note ialah teknologi keselamatannya yang dikenali sebagai Safety Shield. Teknologi tersebut terdiri daripada beberapa sistem iaitu Blind Spot Warning System yang akan memberi amaran jika terdapat objek pada sisi kereta. Lane Departure Warning pula memberi amaran jika kereta terkeluar dari laluannya manakala Moving Object Detection pula berfungsi dengan memberi amaran jika terdapat sebarang pergerakan di luar kereta. Ketiga-tiga sistem tersebut disokong oleh kamera belakang yang menariknya dilengkapi oleh sistem cucian dan pengeringan jika lensa kamera kotor.

Note juga merupakan kereta segmen B pertama yang dilengkapi dengan Around View Monitor (AVM) iaitu kamera keliling yang berfungsi sebagai alat bantuan untuk proses parkir. Ciri-ciri tersebut sangat membantu dalam memarkir kereta dan mengurangkan risiko kemalangan kecil terutama sekali di dalam parkir bandar.

Menurut Geraldine Ingham, Ketua Pengurus Pemasaran Nissan Eropah “Note merupakan model yang penting dalam barisan produk kami, model itu menggabungkan rekaan yang bijak dan teknologi yang belum ditawarkan lagi di dalam segmen B. Kami menggunakan rekabentunk dan inovasi kejuruteraan bagu membolehkan teknologi premium mampu dimiliki ramai.” Ungkapan tersebut kebiasaannya diucapkan oleh wakil-wakil dari pengeluar kereta Korea.

Bagi menggerakkan Note, tiga opsyen enjin ditawarkan dengan teknologi stop-start sebagai standard untuk kesemua varian. Antara enjin yang ditawarkan ialah bersesaran 1198cc 12 injap tiga silinder. Enjin tersebut berkuasa 80ps pada 6,000 rpm dengan tork 110Nm pada 4,000 rpm. Enjin kedua ialah 1.2 liter DIG-S berkuasa 98ps pada 5,600 rpm dengan 142Nm pada 4,000 rpm. Pilihan ketiga ialah enjin 1.5 liter turbo diesel berkuasa 90ps yang baru dibangunkan hasil usahasama Renault-Nissan Alliance.

Benar kata orang, persaingan tidak semestinya melemahkan bahkan sesebuah organisasi akan mencari jalan keluar untuk tampil dengan lebih hebat. Apa yang berlaku di dalam dunia automotif sekarang benar-benar menguntungkan pengguna. Di dalam konteks ini, kereta menjadi lebih selamat dan lebih bernilai untuk dimiliki. Terima kasih Kia dan Hyundai.

Newspress

@muhd_gt

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • epi on 21/02/2013 at 8:43 PM
    • Reply

    kalau la model ni utk pasaran asia…hehehe

    • Smut_liar on 21/02/2013 at 9:57 PM
    • Reply

    apa akan jd dengan produk tempatan plak Mat woi…
    mcm mana nak bersaing…

    • awiekkk on 22/02/2013 at 4:01 PM
    • Reply

    produk tempatan kan jaguh kampung,konon jer nak keluar model global,tapi kualiti hampeh..juz my 2 cent

    • audi on 23/02/2013 at 11:41 AM
    • Reply

    Jgn mgharapkan apa2 dr pngeluar tempatan, kerana ia boleh menghampakan anda…
    True story

    • jabroni on 25/02/2013 at 12:27 PM
    • Reply

    Nissan dr kilang Tan Chong : Xnk aku beli… aksesori made in Taiwan/China.

    Proton : Banyak sngt politik sampai kereta bagus pun leh jd mcm cap ayam… ni budak2 pun dh marah; lama dh keje penat2 tapi layan mcm anjing… mangkuk ayun punye DRB-Hicom… mampoihh la hang!!

  1. gua hanya mampu samsung note.. itu pun versi pertama..

    • abd rashid on 06/03/2013 at 2:13 PM
    • Reply

    Awas kpd jazz…(proton kena belajar ngan hyundai la..tgk kete2 dia org…kat dalam mmg hebat…reka bentuk cair beb…

  2. Daripada beli citroen,baik beli hyundai ke,kia ke..sebabnya jenama korea ni sekarang dah tengah hot kat malaysia ni

    • cekgu on 14/05/2013 at 11:11 PM
    • Reply

    lawanyee keta note tu dok.? Brapa duit tu kalu masuk malaysia.. Kalu haga srupo jazz.. alamatnya tengok saja lagiii… Keta kecik haga besar wehh..

  3. Gua dah tengok semalam secara eksklusif..harga dia pun agak menarik..cuma gaji gua aja yang menolak

    • BDS59 on 24/06/2013 at 10:41 AM
    • Reply

    macam Chevrolet Aveo je

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.