Kia memulakan persaingan dengan model dalam sedan segmen C pasaran tempatan menerusi model Sephia. Ia kemudian diganti dengan model Spectra. Harga yang ditawarkannya ketika itu jauh lebih murah berbanding Honda Civic atau Toyota Corolla yang sudah sekian lama menguasai pasaran tersebut.
Bertahun-tahun berlalu, Sephia atau Spectra tidak memberi impak besar. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tidak mustahil ada yang tidak dapat membayangkan rupa model-model itu jika mereka ditanya mengenainya.
Kegagalan tersebut disumbang oleh banyak faktor. Antaranya termasuklah jenama Kia yang belum kukuh, reka bentuk kurang menarik, di samping teknologi automotif Korea masih dianggap ketinggalan jika dibandingkan dengan pengeluar dari Jepun dan Eropah.
>” />
Bagaimanapun, semua kelemahan itu cuba dibaiki dan dikenal pasti. Hasilnya, Kia tampil dengan lebih yakin dengan model yang dikenali sebagai Forte. Kempen Forte di pasaran Malaysia dimulakan pada November 2009. Sejak itu, pengguna sudah mula memberi perhatian kepada sedan Korea tersebut, biarpun rasa skeptikal masih belum mampu dihapuskan sepenuhnya.
Biarpun begitu, rekabentuk luaran dan dalaman Forte dilihat sedikit sebanyak berjaya menarik minat pengguna. Terutama golongan yang mahukan sebuah sedan bersaiz sederhana dan tidak dilekatkan dengan lencana Proton.
Pada Mac 2011, Forte menerima penambahbaikan. Paling ketara ialah aplikasi transmisi automatik enam kelajuan Shiftronic yang menggantikan transmisi empat kelajuan sebelum ini. Bukan itu sahaja, model facelift itu turut menerima beberapa naik taraf dari segi penampilan kosmetiknya.
Diedarkan oleh Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia), Forte ditawarkan dalam tiga varian. Bergantung kepada sesaran enjinnya sama ada 1.6 atau 2.0 liter. Di samping beberapa ciri-ciri lain yang membezakan antara varian tersebut.
Sebelum ini, saya pernah memandu uji model Forte dengan enjin 1.6 liter. Pengalaman memandunya dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagaimanapun tidak banyak meninggalkan kesan, kecuali rupa bentuknya yang menarik. Aspek lain, banyak yang sudah dilupakan. Tiada apa yang betul-betul ‘wow!’ mengenai kereta tersebut.
Setahun lebih berlalu. Saya menguji kembali Forte. Tetapi kali ini ialah varian yang lebih berkuasa, 2.0 liter. Harus diakui, Forte 2.0 SX yang sempat dipandu uji selama beberapa hari sememangnya mengejutkan saya.
Apa yang boleh ditawarkan oleh Forte sememangnya melepasi ekspektasi. Jika boleh memandu dengan menutup mata, sesiapa pun pasti tidak akan percaya bahawa itu ialah kereta Korea. Bukan niat saya untuk menuduh produk Korea sebelum ini tidak bagus. Tetapi transformasi kualiti dari semua segi telah berubah secara total.
Ada banyak benda yang akan membuatkan anda suka kepada model ini. Terutama apabila banyak ciri yang biasanya ada pada model lebih mewah dipasang dalam Forte 2.0 SX. Untuk masuk ke dalam kabin, anda hanya perlu menekan butang kecil berwarna hitam pada hendal pintu.
Kunci pintar pula tidak memerlukan pemandu untuk memutarkan kunci sebelum menghidupklan enjin. Tekan sahaja brek dan butang Start/Stop dan enjin akan terus hidup. Jika melalui terowong atau jalan yang gelap, lampu utama akan menyala secara automatik. Kalau hujan pula, penggilap cermin sudah tahu untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu pemandu mengarahkannya secara manual.
Tidak perlu lagi bimbang untuk mengundur kenderaan. Ini kerana gambaran sebenar bahagian belakang kereta akan dipaparkan pada cermin pandang belakang sebagai panduan anda. Dengan paparan berwarna dan garis sudut, memarkir kenderaan sudah menjadi begitu mudah. Itulah antara ciri-ciri mewah yang saya katakan tadi.
Di dalam kabin, paparan meter optitron itu menerima grafik dan cahaya latar yang baru. Tuil gear juga merupakan unit baru yang lebih elok rekaannya. Mahu menukar gear secara manual? Anda boleh berbuat demikian menerusi paddle shifter yang dipasang di bahagian belakang stereng.
Benar, penampilan luaran bersifat subjektif. Cantik di mata kita, mungkin tidak boleh diterima di mata orang lain. Tetapi Forte 2.0 mungkin satu kes berbeza. Sukar untuk menyatakan ia sebuah kereta yang buruk rekaannya.
Dengan rekaan gril signatur Kia, bahagian hadapannya nampak kemas menerusi penggunaan lampu utama yang nipis. Untuk pencahayaan lebih baik pada waktu malam, sepasang lampu kabus turut dipasang pada bahagian bawah bamparnya.
Pujian harus diberikan kepada rekaan bahagian belakang Forte. Ia cukup kemas serta sporty menerusi kombinasi lampu belakang nipis dan bahagian bawah bampar yang dihitamkan. Perumah cermin sisinya menempatkan lampu isyarat LED yang nipis. Ia juga boleh dilipat secara elektrik.
Tidak seperti varian 1.6 yang rasa sedikit berat, unit enjin DOHC CVVT lebih memuaskan. Jarang sekali anda akan berasa kehilangan kuasa terutama ketika mahu memotong kenderaan lain atau melalui laluan berbukit. Pertukaran gearnya lancar dan cepat, membuatkan anda malas untuk menggunakan paddle shifter. Tahap NVH Forte 2.0 SX juga harus dipuji. Bunyi angin atau bising dari luar kabin dapat didengar dalam tahap yang minimum.
Adakah semua perkara di atas menjadikan Forte sebuah sedan saiz sederhana yang sempurna? Ya, Forte sebenarnya hampir sempurna. Cuma ada beberapa perkara yang saya fikir boleh diperbaiki.
Pertama, karpet lantainya yang terasa begitu licin. Sewaktu mula-mula memandunya, timbul juga perasaan bimbang kalau kaki tergelincir dan tertekan pedal minyak pada waktu yang tidak sepatutnya.
Kedua, minuman dalam tin atau botol yang sejuk dan diletakkan di ruang meletak minuman di bahagian konsol tengah mungkin akan menjadi suam selepas memandu dalam beberapa ketika. Apatah lagi jika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Ya, ini mungkin terjadi kepada kebanyakan kereta, tetapi Forte telah membuatkan coklat yang dibeli mencair dengan agak ketara biarpun jarak antara pusat beli-belah Sunway Pyramid ke rumah saya tidaklah sejauh mana.
Akhir sekali, persoalan saya ialah sejauh mana nilai jualan semula Forte untuk lima atau sepuluh tahun akan datang. Jika harganya tidak jatuh ke tahap merepek, Honda dan Toyota mungkin sudah perlu risau mulai sekarang.
-Syuk-
Kredit: Garaj Kosmo
50 comments
Skip to comment form
KIA Forte (atau Cereto atau Cereto Forte)di studio rekebentuk mereka di California oleh Tom Kearns. Mengambil kira latar belakang si Tom ni, tak dinafikan, design KIA sekarang jauh lagi cantik berbanding yg dulu. Utk 2.0 ni, dgn harga RM85k to RM98k, kira spec dgn harga, boleh dikira berpatutan la.
I hate Kia…
macam best je kan? tapi biasalah, seperti org2 lain juga, aku masih risaukan 2nd valuenya…
Bagi yg minat, 2nd value rendah pun takde apa. Beli, pakai sampai jadi besi buruk….
Bapak sedare bini gua asyik racun gua je suh beli kete ni…hahaha…
berbaloi la beli forte ni…lebih best dari civic n altis..
tak perlu risau 2nd value..
apehalla ade kren belakangtu
foul btlla gambonye
kpd yg berminat
lek dlu
tgk dlu persona r
takut nnti ade yg menyesal
forte…. hemmm dari segi penampilan memng lawa.. sporty.. tapi dari segi handling n speed bob rase xblehh (dah penah follow skali dengan inspira) bnyak yg kita kna fikir kalau nk angkat ini punya barang.. kna tgk pada 2hd value + sparepart + pusat servis dll.. bukan ramai yg pakai forte ni xmacam proton,toyota n honda. bila xbnyak org pakai keta ni secara logikla kedai2 sparepart pun xnk simpan lama barang2 dia.. takut tak laku.. nk beli sparepart bleh kna tunggu oder dulu.. contoh dia bnyak mcam chevrolet optra harga baru kaw2 tpi bila 2nd..( 30-40k ) tnye owner asal jual.. susah nk baiki.. tak bnyak kedai jual alat ganti dia.. cam kia sebelum forte jgk (kia spectra) harga baru dulu dalam (70-80k) tapi bila mau jual kedai nk amik 14k je, keta bau taun 2004).. pada pendapat bob beli keta jgn tgk pada rupa tapi tengok pada poket kita.huhu selamt beramal
tak yakin ngan barang korea nie..dah kena kat naza ria dulu….nyesal tak sudah,2nd value drop giler..spare part lebih mahal dr w210 aku..mengarut betul…kalu bli forte ni..memang hulur tengkok tuk dipancung..hi..hi..hi..luar jer cantik bro…sendiri mau ingat..!!!
Kepala hotak kau babi
persona r bro….
DARI ANGKAT INI FORRRRTEEE….baik le aku angkat persona stended gaban….idak pon inspira…betul kata bob tu….pendek kata siapa nk mampus belilah kia forte…
sales manager kia pun pakai accord,merc, salesman kia lak pkii myvi,v6…apa kess???
byk komen2 menunjukkan mentaliti rakyat malaysia yg takkan mematangkan industri otomatif negara selamanya.. dan membuat tokey T dan H senyum je kalau bace, heheheh..
jumlah forte vs civic ats jalan tahun ni beza tak sampai 100 bijik pun.. so kalau trend ni maintain (aka ramai yg lebih celik minda), xde la wujud 2nd hand value jatuh / sparepart susah dpt.
Mentaliti apa zack. kalau beli 80k , tolak 15 K sahaja tahun 2005. Sapa nak tangung. Ni bukan soal mentaliti , sebabnya spare parts kia kebanyakan import. Bila import jadi mahal , tak ada vendor local berbanding dgn kereta T dan H. After sales service pun teruk.Kalau masuk SC lagi nangis. Itulah pandangan aku yg dah terkena .
Mentaliti apa zack. kalau beli 80k , tolak 15 K sahaja tahun 2005. Sapa nak tangung. Ni bukan soal mentaliti , sebabnya spare parts kia kebanyakan import.Parts kat kedai potong kurang. Bila import jadi mahal , tak ada vendor local berbanding dgn kereta T dan H. After sales service pun teruk.Kalau masuk SC lagi nangis. Itulah pandangan aku yg dah terkena .
Mentaliti msian driver, belum beli kereta dah pikir resale value… kalau anda x kisah harga dan nak pakai lama sambar aje sbb gua rasa ini adalah kereta yg baik kualiti luar dan dalam… Kita mesti memecahkan monopoli T dan H kat msian market ni… Kalau tak alamat dah berkarat pun org letak rega bukan2… Ikutilah gua sbb gua pun nak try benda baru walaupun 10 thn berkecimpung dgn vtec kehkehkeh
Kebanyakkan orang yang pakai Forte ni memang puji tinggi cecah langit..macam member kat ofis aku. Mcm2 dia cakap ‘Value for Money’ ada yang cakap x ramai org yang pakai nampak lebih ekslusif tak macam Honda dan Toyota yang dah berlambak atas jalan..SC dengan macam mahal je, kena ambil kira jugak sales after market, spareparts, resale value walaupun x nak jual..sbb kalau da 15thn pakai mesti da banyak yang nak kena maintain..cthnya mcm honda civic walaupun da 15thn tapi masih ada harga. Just my 2 cents…
aku dah tobat tak mau lagi apa barang dari buatan kia
saya baru nak order kia forte ex ,agak bebaloi tak beli kereta korea ni apa masaalah yang biasa dialami olih kereta forte ni
rileks la semua..
masing2 pemikiran masih di takuk lama..
kia forte keluar selepas pnjenamaan semual brand kia..
n 2nd value start dari produk kia yg forte ni adlh setaraf toyota n honda..(ingat,brand forte n selepasnye..yg before mmg drop.!!)..
so means skrg ni forte,koup,optiman strusnye mmpunyai market yg tnggi..dats y perubahan forte,koup spectra melamapu klu compare model2 sblm2 ni..so,jgn tkejut kalau korg boleh perhatikn skrg yg honda n toyota skrg tgh membawa harga2 kereta baru diorg supaya boleh compete dgn kia..koup=civic+crz..forte=city+vios..etc..
and lagi satu..,
before aku beli forte ni,ak dah usyar city n vios..
but,obviously ak tertarik dgn all the new thing yg ada dlm ni with one price value je..
ak rse kalau city nk sediakn all the gadget yg ada pda forte skg,aku rse harga city akn naek lg.
aku xnafikan pemikiran ak sebelum beli forte mmg takut..tp,alhamdulillah..aku berpuas hati..gile puas!!!
psl 2nd value korg xpyh takut,mcm aku citer tdi..kalau takut sgt,aku rse better korg pakai honda,toyota xpun proton..then,ddk diam2..xpyh pekik2 citer harga kia dropla..org yg berani pakai forte n next brand after forte je tau market kereta kitorg..ok,chill..:)
aku dah test drive civic2.0 + jazzhybrid + preve + inspira + vios + mazda1.6&2.0 + forte1.6&2.0 + kia sportage
resultnya aku rasa value for money is damm forte 2.0 xpn inspira 2.0…
paling mengecewakan aku rasa mazda1.6 yg harga nya mencecah 1++k tapi kualiti dah mcm keta yg 50 – 70k punya value… kalau xpercaya korg blh test drive sendiri..
Aku pun rncg nk tukr forte 1.6 ex… Ok x bro? Design mmg bleh kalahkn ngn batch model lain…
masing2 nak pertahankan brand kenderaan masing2. Stended la kan? Tolong terima hakikat yg forte 6 speed ni mmg outspec mana2 kereta dalam range HARGA yg forte dpt tawarkan.
Kalau nak kondem kia/naza sbb ko pernah guna Naza ria yg bermasalah wa rasa berbaloi la. Kia dah rebranding bermula forte ni, tgk sendiri resale value dkt mudah utk 4speed cukup la. Skrg 6 speed shiftronic, cvvt, and most interior digital. Ada yg nak compare dgn city yg panel aircond pun masih mcm kereta kancil. X nafi H bagus enjinnya, tp berapa kerap ko nak speeding 180-200kmj dkt malaysia ni?
Ada nak ckp persona lagi bagus ke apa, kalau mampu beli je bro. Tak mampu beli la keta murah. Aku percaya kalau ko mampu maybe ko akan beli kereta yg lebih bagus. Sbb x mampu la berani ckp persona lg bagus.
Kaji la dulu sblm berkata, tepuk dada tanya POKET.
sukati la nk pakai pepon kn…duit msg2.aku pon da jth ati ngn forte 2.0
memg berbaloi la..
psl 2nd value xde..e2 no hal punye.hbis loan bli kete lain lak.
slagi mampu penuhi impian dr sndri n jgn dgr kbr angin dr org lain.blom cuba blom taw..so bla da drive sndr br taw ok @ x…peace no war
muahahaha……
Assalam..aku nak dpt forte 1.6sx dekat2 raya ni…nanti bile aku dh pakai aku beritahu korg best ke tak…dr citer mbr aku yg dh pakai diaorg kata memg terbaik..jalan jauh pun minyak jimat…apepun, beli kete yg kita rasa minat…kalo nak dgr pendapt org, dgr pendapt org yg dh pakai satu2 kete tu..kalo yg tak pakai tu,msk telinga kanan and kuar telinga kiri jela…
gua tunggu lu punya review bro, ikhlas tau jgn tipu…
city baru smart x?
aku try buat comparision harga 2nd hand forte and altis,kat carlist.com.my,
ini anggaran kasar yek,,bukan detail
altis–
2009,baru rm120000,
2012,jadi 90000
so hilang 25%=30k
forte–
2009 baru 82000
2012,jadi 65000
so ilang 20%=17k
~hilang 17k compare dgn 30k ,kita ok aa,,tapiii, tu baru 3 tahun, jangka panjang? aku sendiri takleh predict.macam2 faktor boleh jadi….. masih lagi fikir mana satu nak angkat…
kalau tgk MAA sales data 2012 pun,,forte sales utk tiap2 bulan 2012 mmg lagi tinggi dari altis…dan 8th gen civic….malah paling tinggi bagi C-segment, tgh tunggu data lepas civic launch….next year,forte baru lak launch,mesti rega naik skit kann,,,sbb jenama KIA ni dah naik skit…
korg nak argue, bagi data
gua lau dapat ver7 pun dah kira best gila, ha ha… hiway cruiser oh hiway cruiser…
Alahai, ade yg kate kia bagus la, honda bagus la. Apekerbender la u ni. Takyah risau la nak jual balik ke, handling bagus ke, mahal murah ke, update downdate ke, sume tu mainan perasaan jer. Kete kalau bagus tahap gaban sekali pun tapi mentaliti dan sikap pengguna jalanraya yang masih down to date seperti kete jenama tata dr india tu so pakai la kete ape pun, korang tetap bawak cam sial, buat jalanraye mcm jalan bapak korang yg punye, potong dpuble line,parking tempat oku, potong Q tol, hon kalau nampak kete nak masuk simpang walaupun dah sejam dia bg signal,tak bagi can kat org nak kuar simpang, langgar lampu merah, marah kat jpj yg saman sebab kene speed trap dan lain2 lagi la. Selagi semua ni ade dlm sikap org malaysia, takyah la nak mimpi pakai kete sedap, tuhan baru duga sikittttttt je, itupun msih xmampu nak tempuh. Ubah sikap, baru leh complain pasal kereta. Tadi pun aku terserempak dgn kete yg pakai plat ahli kerabat diraja, tapi potong Q suka hati mak bapak kerabat dia je. Memalukan kaum kerabat jer. Mcm haram.
Semua orang ada cita rasa masing-masing.Pakailah kereta mengikut kemampuan kita.Ada kereta mahal dan ada yang murah.Ukur baju di badan sendiri.Apa pun semua maklumat yang ada di blog ini amat berguna sebagai perbandingan untuk membeli kereta.Sekian.t.kasih.
kia skarang bukan mcm kia dulu, start dari forte diaorg dah rebranding with naza…so, value bila jadi second tak macam spectra bagai tu..yang tu memang kereta FAIL yang kia pernah buat. tapi dgn penjenamaan baru forte, valuenya dah sama dgn civic and lancer. so, tak hairanlah kalau kita tengok 2012 ni dah ramai forte kat atas jalan 🙂
kia skarang bukan mcm kia dulu, start dari forte diaorg dah rebranding with naza…so, value bila jadi second tak macam spectra bagai tu..yang tu memang kereta FAIL yang kia pernah buat. tapi dgn penjenamaan baru forte, valuenya dah sama dgn civic and lancer. so, tak hairanlah kalau kita tengok 2012 ni dah ramai forte kat atas jalan 🙂
Makin banyak Forte di jalanraya Malaysia skrang…mentaliti rakyat kita sudah mula berubah walaupun perlahan…janganlah fikir nak beli keta lepas tu nak jual dah 2 tahun…logik la sket…lagipun, honda city service setiap 5K…forte ialah setiap 10K harap maklum…
forte mmg terbaik……akudh pki dkt 2 thn still superv…sudah minatape pun x kisah…rase puas hati ..ade skit2..kekurangan tu biasalah …dh nama pun keta…..tp kia mmg dh jauh kualiti dari kia duulu….welldone….i love my forte,,,skarg pun dh belambak di jalanan….2nd hand value pun klu yang 2010..pumyer masih maintain rm60k-rm68k….kita ok la tu…utk jenama korea….saleutk seluruh duniapun dh dkt 3 juta …kira hebat..kat amerikajer dh dkt 60k jualan forte jer…utk kseluruhan kia dh dekat 300k,,,,,tu baru amerika tgh dan utaara,,,x msuk ameerika selatan dan timur tengah…sampai org hamas kt palestin yg kena bom kt tv pun pakai forte….heheheeee
bab keta ni mmg subjektif….tepulang pd masing2 punyer pendirian dn poket heeeee
utk servis pun kia mmg paling murah berbanding keta inspira, lancer,civic,vios,city…persona…kia servis setiap 10k…mmg jimat,…mmg sparepart mhl ckit…tp dh ok la..berbanding dulu…naza dan kia dh ade kilang sendiri di luar korea…jd harga dh ok skit ..x mcm 5 thn dulu….adik aku pki honda civic FD…asyik tuka wheel bearing jer dh dua kali dlm tempah 2 thn…dia tanyer mekanic SC honda…mmg civic ni tu masalah..dia makan bearing..tu honda tu….pun dh byk poblm…tula..nk kata H good sgt pun x jgk….ape pun ikut luck jgk kot….
member aku ade pki vios…baru pki 3 thn torsion beam blkg…dh kong…kena rm3k…giler kan….yang ni toyota…lagi berpengalaman…pun meragam…..heehehee…ok lagi wira 1.6 manual aku hihihihi…..maintain wlupn dh 14 thn…
Apa-apa kereta pun sama aja. Cuma atas kemampuan kita. Kalau kita dengar orang kata jual balik forte tiada harga, alat ganti forte sukar didapati dan mahal harganya bergantung pada diri seseorang, jangan dengar cakap orang yang tidak tidak pernah memandu kereta Naza Forte. Bagi saya, Forte adalah kereta terbaik berbanding dengan model-model lain yang sama harganya dengannya. Dari segi dalamannya yang baik setanding dengan kereta yang berharga 100K ke atas. Reka bentuk luaran yang menarik. Jadi nak beli kereta jangan terpengaruh dengan cakap-cakap kosong. Kunjungilah dulu bilik pameran kereta forte dan berbincanglah dengan jurujual yang ada di bilik pameran berkenaan dan barulah anda buat penilaian sendiri. Apa-apa cerita pun forte adalah kereta terbaik.
saya salesman KIA..
terletak di ampang waterfront..
sesiapa yang berminat test drive any model KIA,bole dtg ke showroom.
buat masa sekarang,forte 1.6sx and 2.0 (2013) ade discount.
sila contact jika berminat tq..
azuwan 017 5593481
dgr crita forte versi ni dh x kluar btul ke, model baru akan ganti, kia forte k3
Azuwan,
Sorento dgn platform baru CRDi 2.2L tu bila nak masuk bilik pameran???
Nak upgrade nih….
Tq
ni aku nak tnye..jawab ats dasar ikhlas kay..?bantu sesama manusia..xde unsur2 nak banding2kan..aku nak beli kia forte 2.0 ni..tapi aku masih risau ngn sparepart..brol ke susah lagi nak carik..?
saya pengguna forte 1.6 SX. guna dh hampir 5 bulan. ambik masa sebulan utk buat keputusan beli. pendek kata saya kagum dan puas hati sangat. perbandingan dibuat antara forte, city baru, almera nissan dan vios. pakai forte ni macam pakai keta mewah sporty..sampai bos kata saya menang loteri ke… rupa tak macam harga. kalau tanya orang yg minat H atau T..mmg diorg kata forte x bagus… mereka patut kaji balik sebab teori korang cam dah lapuk.
alhamdulillah dah 4 tahun pakai kia forte 2.0sx 6speed..masih sayang hahah..milge pon dh 140k km…
apa tips penjagaan forte bro Memen …share la skit. hehee
Tengah nak beli Kia forte ..Mana bagus? Kata nya 2.0 minyak Ron Mahal je sesuai…Tak boleh terima minyak Ron murah ..betul ke??mmm
Yang mana dok agungkan H dan T ni semua baru nak up pakai kereta.Kalau dah berpengalaman dia takan cakap mcm baru nak pegang stereeng.Semua model saya dah pakai..Nissan,Toyota,Honda,Mitsubishi…value for money is Forte.Nak cakap part mahal,semua model sama jer…nak murah pakai kereta lembu la..lembu pun kena kasi makan.