Skoda Octavia vRS kini menjadi ahli terbaru kelab 200 bsj (322km/j) lagenda Bonneville. Kereta berkuasa 500bhp itu dibina sempena ulangtahun kesepuluh model berprestasi ikonik vRS. Rekod 200 bsj yang dicatat vRS di permukaan bersalji di Bonneville adalah empat hari lebih awal daripada jadual sebenar dan kereta yang turut digelar vRS Bonneville Special kini menjadi kereta Skoda paling laju.
Pada hari pertama kelajuan Octavia vRS mencecah 195.69 bsj dan pada percubaan rasmi keenam barulah kereta tersebut mencatat rekod kelajuan 202.15 bsj. Kereta itu dipandu oleh Richard Meaden yang merupakan seorang jurnalis.
Skoda Octavia vRS yang digunakan pada cabaran ini adalah model standard dari kilang dengan beberapa modifikasi untuk aerodinamik dan prestasi. Perubahan yang dilakukan ialah dengan merendahkannya kepada 80mm rapat ke bumi dan sub frame yang memuatkan intercooler perlumbaan. Ianya masih menggunakan enjin petrol 2.0 liter TSI dengan turbo yang ditukar kepada jenama Garrett. Berkuasa 500bhp dan 30+ PSI tekanan boost, Skoda Octavia vRS ini menggunanakn minyak perlumbaan beroktana tinggi (dengan campuran water methanol) berbanding minyak tanpa plumbum (unleaded). Kereta itu juga dibina mengikut peraturan keselamatan Southen California Timing Association (SCTA) yang ketat iaitu wajib menggunakan rangka keselamatan yang diperkukuhkan, paracut, pemadam api dan sangkar tingkap.
Sejak dilancarkan pada tahun 2001, vRS berjaya menambat hati pemandu di UK yang sukakan pemanduan yang sporty. UK juga merupakan pasaran terbesar Skoda untuk model Octavia dan Fabia vRS dengan jualan sebanyak 12 ribu unit sejak pelancarannya.
Newspress
-Mak/d Uia-
8 comments
Skip to comment form
perghh…laju tu…skit lg boleh kalah Veyron Matpon
Matpon..
bila lu nak bukak ruangan ucapan selamat hari raya ni? gua nak hantar kat kampung nuu di philahdelphia utk tatapan awek dan gepren..bolehlaa wei
En Sepat
Tahun gua tak dpt pun kad raya drpd lu…kekekeh
aisey CZ
tahun ni takde kad raya lah kompeni gua dah miskin .. lu bagi email nnt gua antor e-kad kehkehkeh
nohorom laju nak mampuih
perhhgg..kalau balak laju macm ni..langgar tiang kompom…rumah mayat tu…
perghh lajunyer…
skoda kreta kgemaran jeremi klarksun…
hidup datsun!