Evolusi Subaru Impreza

Subaru Impreza 2011.02

Jenama Subaru adalah suatu yang asing di Malaysia, dulunya van Subaru E10banyak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad dan saya fikir itu sajalah yang boleh dikaitkan dengan jenama dari Jepun itu. Buat penggemar kereta berprestasi tinggi dan sukan rali pasti model Impreza selalu bermain di bibir mereka, walau bagaimanapun model itu tidak semayshur Mitsubishi Evolution. Berbeza dengan negara tetangga iaitu Singapura, jenama Subaru boleh dikatakan bersepah dan jika ada jolokan yang boleh diberi, Subaru Land adalah untuk Singapura manakala Mitsubishi Land pula adalah untuk Malaysia. Di kalangan penulis automotif pula mereka gemar ‘mengapi-apikan’ pengikut setia Evolution dan Impreza dengan membuat laporan perbandingan dan daripada apa yang saya perhatikan lebihnya terletak pada Evolution. Paling dahsyat ada jurnalis antarabangsa terkenal mengutuk habis-habisan rekaan Impreza generasi ketiga yang merupakan revolusi rekaan Subaru. Walaupun begitu, Impreza tetap mempunyai kelebihan tersendiri, bunyi enjin boxernya adalah ibarat nota muzik yang mengasyikkan!

Subaru Impreza 2011.01

Pada April lepas di New York, Subaru telah memperkenalkan kepada umum model Impreza 4 dan 5 pintu terbaru. Model itu juga merupakan produk di bawah slogan baru mereka iaitu Confidence in Motion. Model Impreza generasi keempat itu dibina mengikut konsep “Redefining Value, Redefining Class.” Keselesaan yang sinonim dengan model Impreza sejak 1992 diperhalusi lagi disamping mengekalkan ketahanan, pengendalian dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada teknologi Subaru iaitu Symmetrical AWD dan enjin Boxer. Impreza mahu ditonjolkan Subaru sebagai kereta globa yang berkualiti tinggi.

Subaru Impreza 2011.09

Semasa proses menghasilkan model ini, pasukan pembangunan menfokuskan kepada alam sekitar dan kehendak pelanggan. Impreza lama dirombak semula bagi menjadikan model baru lebih jimat bahan api, lebih seronok dipandu, ruang interior yang luas, selesa dan berkualiti. Menariknya semakan semula interior dibuat tanpa membesarkan saiz keseluruhan kereta. Pereka dan jurutera menganjak bahagian bawah tiang A sebanyak 200mm ke depan manakala jarak titik roda pula dibesarkan kepada 25mm. Struktur pintu yang direka semula pula menjadikan interior lebih luas dan meningkatkan ruang bahu dan siku. Ruang kaki juga turut dibesarkan. Dimensi pembukaan pintu juga dibesarkan supaya proses keluar-masuk kereta lebih senang dan mesra penumpang. Panel instrumen dan tingkap yang direndahkan serta cermin sukuan yang dianjak ke depan pula menjadikan penglihatan lebih jelas dan terasa lebih luas. Model 4 pintu mempunyai ruang bonet yang cukup untuk memuatkan 4 beg golf dan mampu diperbesarkan lagi dengan kerusi belakang jenis lipat 60:40. Model 5 pintu pula mampu memuatkan 3 beg gof dan kereta sorong bayi bersaiz besar. Bahagian hujung bumbung pula direka semula dan lantai direndahkan dan diratakan untuk menambah kapasiti penyimpanan barang selain daripada kerusi jenis lipat 60:40.

Subaru Impreza 2011.04

Dengan konsep rekaan ‘Smart & Classy’, Impreza direka supaya tampil dengan perincian dan rekaan yang ekspresif pula menampakkan kualiti yang tinggi. Rekaannya menonjolkan dominasi jalan raya, keluasan dan kebolehgunaan. Gril heksagon dengan sayap yang berkembang di tengah, lampu helang dan arca roda pula mencorakkan karakter dan keupayaan model AWD Subaru yang terkenal bahkan itulah identiti unik kenderaan Subaru.

Enjin Boxer generasi ketiga pula adalah enjin baru yang diperkenalkan tahun lepas . Enjin itu lebih cekap bahan api dengan prestasi ekzos yang lebih baik. Enjin bersesaran 1,995cc mempunyai kuasa 148hp pada 6,200 rpm dan dipadankan dengan transmisi baru Lineartronic CVT atau 5 kelajuan manual. Pelik sungguh apabila Impreza menggunakan transmisi CVT, walaupun dikatakan tidak agresif hakikatnya transmisi CVT lebih menjimatkan bahan api. Walau bagaimanapun, transmisi itu disertakan dengan pedal anjakan mode 6 kelajuan manual dengan respon tukaran gear yang cemerlang bagi melahirkan rasa sporty yang sudah sinonim pada Impreza.

Subaru Impreza 2011.07

Kesimpulannya apa yang dibuat oleh Subaru terhadap Impreza ini mungkin suatu yang tidak terjangkau fikiran pengikut setia Impreza. Sebuah model yang terkenal dengan imej buas di dalam perlumbaan rali dijinakkan menjadi kereta pemanduan harian. Mungkin ada peminat Impreza yang menangis! Ini mungkin ada kena mengena dengan rasionalisasi bisnes oleh pemegang saham Subaru iaitu Toyota. Perubahan itu juga adalah selari bagi memenuhi kehendak pasaran umum dan mungkin untuk memanjangkan hayat Subaru supaya tidak terus terkubur. Model-model Impreza sebelum ini dengan skup bonet depan yang ternganga dan spoiler tinggi di bonet belakang memang nampak gah, tetapi apa guna semua itu jika hanya dimiliki oleh segelintir orang. Dalam erti kata lain, a good product but not saleable!

Foto: Subaru Media

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

19 comments

Skip to comment form

  1. demi arus perdana, maka Impreza harus mengalah

    • B13 VVL on 22/06/2011 at 8:36 AM
    • Reply

    bilelah kete diorg nak murah kat cini (T_T)

    • jelapangPadi on 22/06/2011 at 10:12 AM
    • Reply

    demm…!..shilake punye bos toyota…

    • pok mat on 22/06/2011 at 11:52 AM
    • Reply

    nampak macam tak ada soul pada desain impreza.bak kata c27.,demi arus perdana.

    • lipat maniam on 22/06/2011 at 12:24 PM
    • Reply

    Sebuah model yang terkenal dengan imej buas di dalam perlumbaan rali dijinakkan menjadi kereta pemanduan harian. Steady.

  2. pok mat
    Gua syak hanya orang tua dan berciri tua [sepat] sahaja yang berminat dengan kereta macam ni..nak buat main rally pun gua ingat kena fikir berkali-kali. Tak resing

  3. Aku rasa macam ada nampak kete ni aritu dengan no plat singapore..tu pelik,sebab kat belakang tulis Impreza..rupenya betul Impreza baru..Jauh panggang dari api ni…

    • Alteja on 22/06/2011 at 2:40 PM
    • Reply

    Sesungguhnya, aku berkenan jugak dengan desain & spec lain dia. Walaupun dah tak resing, tapi, atas jalan raya biasa, nangis jugak maivi nak kejar keta nih. Apapun, En. C27, aku masih muda.

    • jabroni on 22/06/2011 at 3:22 PM
    • Reply

    kereta yang senonoh….

    • belalang_kontot on 22/06/2011 at 4:23 PM
    • Reply

    gambar 2nd tu bile gua buat scanning guna mata hati gua, ade cam iras2 civic plak…huhu

  4. gua minat myvi aje..impreza? spesis apa tu? keh keh keh

    • ex-Z2H2 on 22/06/2011 at 11:48 PM
    • Reply

    alah…Lancer pun ada versi jalanan (MX,GT) dan versi perlumbaan (GSR,Evo)…takde pun sesiapa komplen?

    mungkin Subaru nak lancarkan versi jalanan dulu…dah lama skit keluar la versi WRX plak…steady!

    • 6posen on 24/06/2011 at 6:10 PM
    • Reply

    …nnti lme2 jd design caldina…hoho

    • Han on 25/06/2011 at 10:10 PM
    • Reply

    hilang suda imej ralli subaru..

    • suncut21 on 26/06/2011 at 10:36 AM
    • Reply

    memang imej karporat subaru baru nih.. tapi xper… skang nie ramai kaki modified… kita bg nmpk racing dan buas balik..

  5. ex-Z2H2
    Betul dah lu cakap tu, tapi kat Malaysia orang lagi kenal Impreza turbo daripada model N/A.

  6. Tak hensem langsung …huh

    • bawang on 28/06/2011 at 12:09 AM
    • Reply

    desain depan macam chevrolet cruze jer

    • megat putra kuning on 29/06/2011 at 6:16 PM
    • Reply

    rindunyer…b22b……….gc8……..ver.6…..555………blablabla

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.