Mitsubishi Colt Juro Special Edition adalah varian tambahan kepada Colt CZ2. Menjadikan varian ini istimewa ialah sistem navigasi Garmin dengan Bluetooth dan kerusi yang dibalut kulit sebagai peralatan standard.
Dari segi keselamatan, struktur badan Colt dibina berasaskan standard Mitsubishi dengan nama glamor RISE atau Reinforced Impact Safety Evolution. Rekaan struktur ini membolehkan beban tenaga impak dari sisi dan belakang kereta dialihkan serta mengawal herotan [distortion] seterusnya melindungi penumpang dan sistem bahan api semasa impak dari belakang.
Sistem keselamatan kereta yang mendapat rating 4 bintang Euro NCAP ini dilengkapkan lagi dengan dua beg udara dihadapan, sisi dan tingkap serta kerusi ISO-FIX untuk kanak-kanak di belakang.
Colt Juro bersesaran 1.3 liter dan pembeli boleh memilih sama ada jenis badan 3 atau 5 pintu dengan harga permulaan GBP 10,499 dan ke atas.
-Mak/d Uia-
7 comments
Skip to comment form
mitsubishi…i like…..
aiseh, ada jugak muka evo.. hahahah..
baby evo…
i like….
compare ngan Myvi sape lagi luas?
new myvi design batter
http://www.arenakereta.com/eksklusif-foto-terbaru-spyshot-perodua-myvi-se-2011/
member gua kt perodua da gtau kt gue yg engine myvi bru ni ambik dr avanza.ptghan thun lpas ag kete ni da buat tp awal thun ni launch.sekian