Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam mengumumkan di Rantau Panjang, Kelantan yang kereta penumpang baharu akan diwajibkan mempunyai beg udara bermula tahun 2012. Pengumuman yang sangat dinantikan kerana banyak negara lain sudah mewajibkan peraturan ini. Memandangkan pembuat kereta bukan badan kebajikan yang akan suka-suka sedekah beg udara secara percuma maka regulasi terbaharu ini amat tepat, lagi pula jika kerajaan merasa keselamatan rakyat terjejas dek kerana penggunaan alat ganti terpakai maka keputusan ini membuktikan kerajaan prihatin terhadap keselamatan rakyat.
Selain dari itu, suka hendak saya tulis, penggunaan beg udara mestilah juga satu pakej dengan struktur badan yang kukuh. Beberapa tahun lepas ada kereta yang dilancarkan dengan dua beg udara tetapi struktur badannya nampak lemah, lucu. Macam pakai kasut terlupa pakai tali. Arahkan juga pembuat kereta menghantar model mereka ke Euro NCAP, J NCAP atau China NCAP dan siarkan kepada umum keputusan tersebut. Jika tidak mahu, laburkan sahaja untuk negara mempunyai makmal pelanggaran standard antarabangsa.
Rakyat didahulukan.
-Mak/d Uia-
14 comments
Skip to comment form
ish….patut dari dulu lg…ABS xwajid??
moto pon kne psang gak benda nih…
bior sdap sket bile jatuh..
rakyat dimiskinkan…
spatutnya dr dulu lg….
lepas ni mesti harga keta mahal2 blaka..
yelah…2 beg udara..
nyawa selamat ble bli kete mahal2 je.kte yg xmampu ni la tarung nyawa walaupn bwk slow.ibarat bwk kete sorong.xde abs ngan airbag pn.
lepas ni bas dgn lori pun mesti di wajibkan!!!
Sesungguhnya budak-budak zaman sekarang ni beg sekolah fancy fancy aje gua tengok. Sekian.
Lepas ni bag udara dah tak jadi poin penting pengeluar nk letak dalam iklan…
Mesti mahal. Harapnya ada diskaun utk keta yg “dilahirkan” tanpa beg udara utk pasang beg udara kat keta macam Innova E Spec aku mana ada ber udara & ABS.
pakai beg plastik je …
pengeluar yg tak mampu pakejkan airbag dalam kenderaan mereka walaupun pada umumnya benda ni asas adalah dinasihatkan agar letak dalam manual kereta tu ‘berikutan tiada beg udara disertakan dalam model ni maka sila bawa bantal sesedap rasa dan letakkan didada anda sepanjang pemanduan di dalam kenderaan ini’.
ayat sepat tak leh blah…hehehehe
gua ade tanya dlm FB GT.com
kenapa biler eksiden kete buatan mesia gua tak penah nampak pun airbag kuar?…sape terer tolong la jawap
RaKyAt DiMiSkInKaN…….
Kesenangan Pemimpin Politik Di Utamakan!