Tema modifikasi memang tidak boleh lari daripada pembuat kereta nasional, jika entri semalam mengenai Perodua Infinite Concept hari ini adalah giliran Proton Jebat yang diasaskan daripada Inspira. Tidak tepat sebenarnya sebab kuasa Jebat berlipat kali ganda daripada Inspira, kereta ini asalnya daripada Mitsubishi Lancer Ralliart.
Jebat memang gorgeous, dengan tema modifikasi jalanan kereta ini berjaya menarik perhatian ramai. Dengan kit badan lebar dan bampar depan ala Audi R8, rim besar, dan kombinasi warna hitam-putih berjaya menaikkan aura Proton Inspira. Mengikut spesifikasi Lancer Ralliart, enjin 2.0 Mivec 4B11 aluminium ini berkuasa 237 hp pada 6,000 rpm dengan tork 253 lb-ft pada 3,000 rpm dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan berkembar SST. Pecutan 0-100 km/j ialah dalam masa 5.6 saat dengan kelajuan maksimum 232 km/j.
Disebabkan Jebat hanya konsep maknanya insan terpilih sahaja yang dapat memandu apatah lagi memilikinya.
-Mak Uia-
18 comments
Skip to comment form
Best…
terbaek dr ladang…
hebat
mass produce la lau berani… kami suka je… gerenti laku punyelah!
buang duit
yang belah kiri tu poyo gila time jadi fesi gua kat kolej. hishh..
handling by lotus?
Jebat terbaekkk..blkg cam supra veilside,a little bit tiptop!
tudiaaa berat keta ni dok tempek fiber
Tuah pon ok gak….
Buat Stock Auto Show je bole kot?????
habis tu sape yang boleh test drive.?
ok kita beli hafkat evo8 masuk kek inspira see how much have u spend compare buying the ori jebat hehe
terbaik joo
tapi yg malunye siap ada tulis proton design kat tepi…..
kesian engineer mitsu….sng2 je proton claim diaorg yg design…kenapa le malu nk ngaku convert skit2 dari mitsu??xpaham….
mcm haram!
kan proton dah ngaku dia cilok2 dari konsep kete lain,,,ala bro googling la kt situs tu,,kan byk dia mention jgn main kutuk jer
ape ni kutuk2 dah kira ok tu proton wat kua keta
yang bleh menjana 237hp…
bila keta x cun kutuk,keta dah cun pun kutuk….
keta enjin lembab kutuk,keta dah power pun kutuk lagi….
ko kumpul duit beli basikal pastu pelan2 kayuh eh…