Biasa dalam GT asyik bercerita pasal Porsche killer iaitu tidak lain tidak bukan Nissan GT-R. Sebelum raksasa dari Jepun tersebut dilahirkan Porsche adalah antara mainan orang berharta. Sekarang ini boleh kata di mana-mana sahaja ada GT-R, masakan tidak harga separuh daripada Porsch, memang fenomena sedunia. Walaupun kereta Jepun lebih popular tetapi kereta buatanĀ Eropah ada karakter tersendiri yang payah hendak disamakan dengan kereta buatan Jepun.
Sejak dilancarkan pada September 2005, Porcshe Cayman terkenal dengan casis yang dinamik serta enjin MR flat six yang responsif. Melalui model Cayman R baru, Porsch memperhebatkan lagi platform Cayman dengan mengurangkan berat badan, meningkatkan kuasa kuda serta pengendalian yang lebih baik. Model R merupakan varian ketiga selepas Cayman dan Cayman S.
Cayman R 55 kg lebih ringan daripada model S dan lebih berkuasa iaitu 330hp dan dibina untuk satu tujuan iaitu keseronokan dan keaslian pemanduan serta pengalaman pemanduan dinamik. Dengan suspensi yang ditala semula dan pengurangan berat badan Cayman R juga dikatakan lebih sedap dan ‘jitu’ untuk dipandu berbanding model S.
Enjin yang digunakan untuk model R bersesaran 3,400 cc, enam silinder flat Direct Fuel Injection [DFI] boxer sama seperti model S dengan penambahan 10 kuasa kuda. Dipadankan kotak gear enam kelajuan manual, Cayman R meluncur dari pegun hingga 60 bsj dalam masa lima saat, lebih pantas daripada Cayman S. Kalau itu belum memadai, pelanggan boleh memilih opsyen kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar PDK [Doppelkupplungsgetriebe] dan pakej Sport Chrono yang mampu ‘blah’ dalam masa 4.7 saat sahaja. Walau bagaimanapun kelajuan maksimum dengan kombinasi kotak gear PDK ialah 280 km/j, kurang 2 km/j daripada Cayman R dengan kotak gear manual.
Untuk pengetahuan sekutu, huruf R pada Porsche merujuk kepada Racing. Bukan setakat dijenamakan dan dilekatkan pelekat R tetapi kereta langsung tidak boleh pergi.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
mampu beli dlm mimpi jer…
“Untuk pengetahuan sekutu, huruf R pada Porsche merujuk kepada Racing. Bukan setakat dijenamakan dan dilekatkan pelekat R tetapi kereta langsung tidak boleh pergi.”
p/s:mak,statement ni utk sape?hehe
…. tapi design lebih kurang je… xde apa perubahan ketara
Kaler hijau dia ni cun sapa tau warna apa gua tak belanja ok.
PDK [Doppelkupplungsgetriebe]
apo bondo ni jang?tegeliat lidah den baco.
kenari RS tu masuk kategori ‘R’ jugak ke? haha
hebat sungguh keta ni…. boleh test drive tak..
aku hari2 drive kete ni dalam game need for speed…..
best wooo….
bila tengok keta porsche,teringat iklan rokok prelleys ujung thn 80an awal thn 90an,aku cadangkan proton beli syarikat yg diasaskan ferdinan porsche ni
aq skng lu wan buih…
kaler takleh tahan…
ijau sdp mata mmndang