Sebelum dilancarkan secara rasmi pada 10hb November akan datang, Proton telah menjemput pihak media menguji pandu model Inspira dalam satu sesi khusus. Bertempat di Aman Rimba Janda Baik, Bentong, Pahang. Sesi ini telah memberi peluang kepada pihak media untuk mencuba sendiri model yang dijangka menggantikan Waja.
Sebenarnya, ia tidak menggantikan Waja. Proton mensasarkan sebagai segmen upper C dan Lower D. Bermaksud, pasarannya memenuhi pembeli Waja dan Perdana. Satu tindakan yang bijak memandangkan Proton belum ada perancangan menggantikan Perdana V6 yang sudahpun dihentikan pengeluarannya pada tahun ini. Begitu juga Waja yang kini hanya dikeluarkan pada kapasiti 150 buah untuk kegunaan kerajaan.
Sesi pandu uji ini melibatkan perjalanan dari resort Aman Rimba ke Lebuhraya Karak dan berpatah balik di persimpangan MRSM Bentong. Jarak keseluruhannya 66 kilmeter pergi balik. Walaupun singkat, permukaan jalan pelbagai, selekoh dan jalan tak elok, memang sesuai sangat.
Inspira 1.8 Manual
Merupakan Inspira paling murah. Menggunakan enjin 4B10 1.8 mitsubishi dengan transmisi manual. Untuk pengetahuan anda, ini adalah satu-satunya kereta dalam kategorinya yang ada transmisi manual. Selain Vios dan juga Hilux serta pikap lain. Memang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang pentingkan prestasi dan juga ekonomikal bahan api.
Memandu kereta ini mengingatkan saya kepada Proton Wira 1.8. enjin yang mempunyai revving tinggi, mampu memecut pada setiap gear dengan cekap. Saya juga agak kagum dengan konfigurasi enjin dan saya terpaksa akui bahawa walaupun saya tidak menggemari langsung transmisi manual (kecuali motosikal), Inspira manual ini memang best!
Susunan nisbah gearnya boleh dikatakan tepat memandangkan waktu ujian, kami bertiga dalam kenderaan (dan lebuhraya berbukit). Penukaran gear tinggi kepada rendah melonjakkan RPM dengan cepat dan meyakinkan untuk emndapat brek enjin ketika memasuki dan keluar selekoh. Torknya cepat sampai, pendek kata memang macam 4G93 punya penangan dengan ekzos dan camlift.
Inspira 1.8 CVT
model yang ini agak kurang kuasa dakiannya kerana mungkin rekaan nisbah gearnya dicipta untuk pemanduan bandar. Itu pendapat saya. Tak semestinya tidak bagus pada anda. Pentingnya, anda perlu cuba dahulu. Tapi kalau mengikut perbezaaan harga antara model ini dan 2.0, tanpa ragu-ragu lagi saya akan beli 2.0!
Inspira 2.0
Ini adalah salinan paling hampir dengan Lancer GT. Enjinnya sama sahaja dengan Lancer GT 4B11 yang sebenarnya lebih kurang sahaja prestasinya kalau dibandingkan dengan Civic 2.0, Altis 2.0 dual VVTi dan Mazda 3 Sport. Puncak kuasa agak linear, tetapi pengekalan kuasa dan torknya lebih baik dari kereta yang lebih besar seperti Accord atau Camry. Pelik? Badan kereta ini sepadan dengan enjin yang dibawa. Rasanya macam tak ada apa nak dihuraikan lagi bab enjin. Lebih penting ialah pengendalian.
Pengendalian.
Suspensi kereta ini telah ditala semula oleh pihak Proton. Sebab tu awal-awal lagi, ia mengikut spesifikasi Lancer GLS. Tayarnya bukan saiz 18 inci macam Lancer GT. Ia bersaiz 16 inci dengan tayar 205/60/16. Memang kelihatan sangat ‘belon’ dari luar. Tetapi itu juga yang menghasilkan keselesaan yang sukar ditandingi.
Proton juga menukar set up suspensi agar pengendalian kereta ini boleh dikompromi dengan jalanraya Malaysia. Dalam hal ini, kita dapat rasakan bahawa suspensi kereta ini agak lembut menyambut laluan berlubang dan jalan tidak rata. Tetapi olengan ketika selekoh cukup bagus bagi pemandu yang boleh menjadi agresif secara tiba-tiba. Ekornya belakang boleh dijangka tahap limitasinya, sterengnya tidak terlalu ketat untuk memaksa kereta keluar masuk selekoh. Kalau jalan lurus saya tak mahu komplen langsung. Sesungguhnya Proton memang bagus pada bab ini dan saya perlu katakan sekali lagi, kalau tiada bajet beli Inspira, belilah Persona, bukannya Vios yang pakai torsion beam itu.
Kesimpulan
Kalau ada duit saya tidak teragak-agak, manual 1.8 adalah pilihan paling best. Tak perlu over ride CVT nak dapatkan feel manual. Klac tidak keras mana berbanding generasi lama 4G93 1.8. minyak dah tentu jimat. Dah tentu macam-macam benda lagi boleh pasang kat enjin nanti. Harganya RM79,888 pun berpatutan sangat. Mahal? Mari sini saya bagitahu sikit. Pada tahun 1995 Proton jual 1.8 Wira 1.8 DOHC LE. Pada 1997 Putra 1.8 coupe dan pada 1999 Satria GTI 1.8. Kesemuanya rebadging Mitsubishi dan tak ada satupun pada harga bawah RM80K!
-Baii-
46 comments
Skip to comment form
apsal baii punya review macam skema sangat ni?? sopan santun..berbudi bahasa..
like! like!
Kena la sopan santun pasal dah dapat naik.cuba xdpt naik..
kalu x dapat naik pon…. sopan santun jugak kan… kan… kan…
baii, best sangat ka keta ni? adakah komen darimu ini seikhlas hati? jujur padaku bai.. pliss.. hahaha.. kalu best, minat gak ni..
bes r lu jo!
dpt try sme model, tp wa musykil
cne lu leh kne jmput,
wa syak lu d wt pe2 ni
hihu
wa trign gle bwk lju2 kt karak
isk3
proton memang bes, dan dah tentu baii lagi best!!!
hehe…
jangan risau, gua sangat yakin ngan baii nye review…
papepun gua setuju ngan baii pasal harga 1.8manual tu…
dulu mase GTi, putra n wira LE kua takde lak org komplen harga kan?
best pon best gak…
padan ngan hargenye…
oklah hrg tu.woit nk hrg mane murah lg?
eh, dulu putra, Gti sume harga berapa??
sori, dulu tak amek port sangat pasal proton..
mcm lazat jer yg 1.8 manual tu?nyum2..
Salam sejahtera saudara Baii dan krew GT..
Saya mempunyai sedikit kemusykilan, saudara Baii menyatakan bhwa jika tiada duit utk beli Inspira, lebih baik beli Persona berbanding Vios yg pakai torsion beam?
boleh saudara huraikan? bukannya apa, saya agak terkejut dgn kenyataan saudara tu. adakah R&D Toyota seburuk itu. Pendapat peribadi sy, Toyota ibarat langit, Proton ibarat bumi..
sekian.. semoga maju jaya!
Saya cube menyampuk..
R&D toyota bagus.. Tapi die letak torsion beam kt Vios..
Bukan cite R&D tapi rasanya Baii nak cite bawak sedap ke tidak..
Agaknya la..
Satu lagi.. “upper C dan Lower D”.. hehehe..
proton berpijak di bumi nyata.. maksud proton ibarat bumi.
megat
masih terasa harge nye mahal bebeno la…
smut_liar
sape yg jadik langit…sape yg jadik perot bumi…???
sebelum mat pon komen…baik aku komen dlu…:D…komen aku …inspira mmg best…next model kasi nama proton supir plak proton..kasi up itu market…mana itu mat pon…dah bnyk komen ni…apasal lu x mncul lg…pemalas tul la :P..baik skit mat kacau dr lu…hahaha…
@Muridia
Dari pemahaman gua lah. Gua mau g minum.
…dr dlu da minat…bjet lum ckup nih…
bape hakat ebo 10 eik? hehe
Salem,
Cuba lu tanya pakcik google ape itu independent suspension, ape itu torsion bean suspension…Pastu cuba pandu uji kereta yg guna independent satu, torsion beam satu…Compare rase die…Jangan bawak kat jalan str8 je…Nak rase beza die kne carik jalan yg cam kat Bukit Putus…Takpun jalan Lestari Perdana-Puncak Jalil-Bandar Kinrara…Sekian, terima kasih..
Dari gua yang cetek ilmu pasal kereta..
Gua da cakap gua kurang ilmu…So ade sesape leh tolong share pasal beza independent dengan macpherson…Tq…Torsian beam gua tau sebab gua pencinta Saga.. 🙂
apakah perasaan persatuan pemilik lancer GT malaysia apabila proton release model ni? keh khe keh .. mensarot pun ada yea tak abih value keter dorang jatuh huhuhu
apa pun gua lom try lagi so gua takleh komen lebih tp gua dah try drive GT sekali body roll mmg tak rasa sangat dan chassis mmg stiff.. kalau rebadging maknanya keaslian atau orignality mesti feeling dia sama mcm bawka Lancer GT..apa pun gua mampu myvi aje isk isk isk
sepat, semalam gua mimpi myvi pakai vtec…gle la…keter lu kot…
cam menarik jer inspira nih….. kene tes draib lu la gini….
i loikeeee baii punya review ..
selamat maju jaya proton.
kesimpulan Baii tu yg paling best!!! pebandingan harga Proton dulu dan sekarang..Bijak!!!
sapa nak beli alza gua..
“Mahal? Mari sini saya bagitahu sikit. Pada tahun 1995 Proton jual 1.8 Wira 1.8 DOHC LE. Pada 1997 Putra 1.8 coupe dan pada 1999 Satria GTI 1.8. Kesemuanya rebadging Mitsubishi dan tak ada satupun pada harga bawah RM80K!”
TERBAIK
ko highlight kt budak2 hingusan forum ci*e bebal tu
hangin je aku
nk klepet proton
pasal racist…
myvi z best en sepat tapi kancil best ekekekekekeke masuk sipot besor ckot
mcm yuri kata la…mane2 budak2 byk hingus tu…ko bwk diaorg ni mat khatam dulu psl proton.bru2 ni aku dgr ada la mamat ni komper ngan waja cps??hangin la aku…….
myvi & kancil the best.. inspira pun best gak kalau gua mampu milik laa he he he
dpt duit ptptn,wa booking satu……..
pokjik fofular la bulan ni…nama masuk majalah…huhu
yg x bestnyer x dpt merasa rim 17 & 18!!! terpaksa compromi ngan 16 inci….leh modified?
pendapat 10sen saya. Toyota ibarat langit, Proton ibarat bumi? torsion beam? aku pon xthu menatang apa nih tp byk kete2 baru gnakan benda nih.toyota hebat? jualan mgkin? sy penah kejar livina dr ulu yam- sg.tua-batu caves gnakan vios G jmpa selekoh jer mcm nk msk gaung. livina 2 selamber jer lipat mcm type-r. sesuailah ciri seakan mpv pemanduan ibarat sedan. nak bandingkan dgan lotus ride handling plak? klw nk tw perangai toyata nih pegilah ambik mana2 model pg meleper jln nih..
aku setuju dgn ko kancil ex660….aku pakai waja pekak thn 2005 pun blh kitai vios G baru kat highway karak (skrg waja aku dah x brp pekak la). cucuk angin x igt, last2 mkn asap… apa2 pun hidup PROTON.
aku pon slalu bwk vios,civic fd2 2.0,n jgk persona,.antara 3 keta nih,persona paling layan kalo corner,.laluan aku ialah perlis ke kota bharu,.so,.bukit grik adalah litar bg aku,.anda fahamkan maksud aku,.xpayah nk perlekeh proton kalo anda xde pengalaman,.kalo stakat geng2 vtec tu mmg slalu kena tapau ngan aku ats bukit grik tu,.melainkan kalo jln yg straight mmg hak depa la,..stakat ari ni persona wit lotus handling still da best,.mayb pasni inspira plk the best,.aku dh booking inspira 1.8 manual,.mayb bln 1 2011 ia akn jadik milik aku,.insyaallah,.
proton handling mmg bes.nk bnding ngn vios ngn persona huh juah.vios gah hnya pd brand.persona gah pd yg mengenalinya.xknl maka xcinta
alang2 baik beli yg 2.0 cvt punye….enjin mmg sebijik2 proton letak dalam inspira dari lancer…sedara aku punye kawan yg kerja kat proton yg ckp…yg pnting..proton mmg the best…
wan kelubi, saya pun selalu juga bawa pesona(auto) dan fd2..bg saya fd2 handling lg ok dr pesona.sebb saya kluarkan pendapat ini,saya selalu juga ulang alik terengganu-sg petani.pada kelajuan atas 100kmh,handling fd2 semasa ratah selekoh lg hebat dari psona sperti yg saudara kata kan itu..kat hgway,pesona pikap kuat antara 100 ke 150kmh..lpas itu pikap semakin kurang..kelebihan psona ni ialah enjin dia pandai kawal gear dan sedp kalau menyelit dlm bandar.maaf yea semua.ini pendapat saya sbg pemilik pesona dan fd2
assalamualaikum kawan2.. bercakap berkenaan inspira ni banyak yg boleh kita huraikan, tambah2 kalau dah penah cuba bawak inspira ni. bagi bob yg telah memiliki inspira ni (1.8 mt je) inspira adalah yg terbaik dalam kelasanya.. dia punya speed mantap sesuai dengan body.. (160kmj sebelah tangan je). dari segi handling bob rase ada kurang skit maafla sebab kalau nk vs civic fd2 bob cakap inspira menang (dan penah cucuk sekali huhu) tapi kalo vs honda city baru.. inspira kalah.. betul bob cakap (penah cucuk jgk) time pecut inspira bleh ikut rapat tapi time selekoh terpaksa slow skit jauh city tinggal.. (tu yg buat bob tukar adjustable + anti roll bar to huh).. bob pun pelik apasal honda city bleh laju time amik selekoh. waktu itu keta dalam standart lagi. 2 minggu seblm raya bob dah bnyak upgrade inspira bob, start dari rim sampai audio.. RM xyah cakaplah.. bleh bayar muka utk 2 bijik inspira pun bleh.. tapi selepas upgrade memng bob bleh angkat tangan.. dari segi speed + handling.. memng superb amik coner speed 140kmj tarak goyang maa..
Inspira manual 1.8 mmg best. gua dah angkat satu warna putih..
Asalamualaikum,
sy baru je 3bulan pkai Inspira (1.8MT), nak tnye sesuatu lah, ape effect baik & buruk klu masuk rim 18inch kt inspira ni?
Plan nak sarung rim lancer GT….
Advise pls…
Tq 🙂
berbaloikah gua kalo nak angkat Inspira ni?…bini gua suh angkat Ezora…alamak…nampak tak sukan langsung der….
Salam.. Hajat dihati berkenan gak inspira 1.8 manual ni, nk tanya ar sape2 yg pernah test brp laju inspira ni bole g? Skrng aku pakai neo 1.6 manual, bole ar atas hgway dlm 200km/j, tu pn lps tkr extractor 421, crank & camp pulley. Bab lyn corner mmg neo lyn (selalu travel mlk-kl-karak-merapoh-kuala krai) slps tkr adjustable dgn psg bar, inspira standard ok sgt ke lyn corner ni.. Saje nk dgr pndpt korang..