Wazi Abdul Hamid – Khairul Idham Pawi Juara Tetapi Sebelum Itu Siapa Peduli Anak Muda Yang Lain?

Wazi 2016

Wazi Abdul Hamid merupakan jagoan lumba motor di Malaysia. Menggunakan nombor perlumbaan 21 beliau banyak membelasah litar jalanraya di Malaysia di dalam perlumbaan Cub Prix. Beliau kini sudah bersara dan banyak melakukan kerja di belakang tabir seperti pembangunan bakat dan konsultan program motosikal. Susulan kejayaan Khairul Idham Pawi beliau memuat naik status yang ‘deep’ dan boleh direnungkan bersama. Berikut merupakan tulisan beliau yang diterbitkan semula dengan izin.

_____________________________________________________

Pelik dan ajaib juga di Malaysia ini.

Apabila Khairul Idham Pawi (KIP) menang MotoGP, akhirnya ramai rakyat Malaysia daripada orang biasa hingga kepada Perdana Menteri mengucapkan tahniah dan mula buka mata tentang pencapaian seorang ahli sukan lumba motosikal di persada dunia.

Usaha beliau adalah rentetan dari bekas juara Asia yang lahir dari cub prix sebelum ini seperti Shahrun Nizam, Allahyarham Mega, Chia Tuck Cheong, Obert, Fuad dan ramai lagi.

Namun ramai masih lupa ada beribu pelumba muda seperti KIP yang masih bergelut dengan minat dan keseronokan berlumba di atas jalanraya, bila disarankan agar di bina trek seperti Litar Dato’ Sagor, jawapan yang biasa di dengar ialah:

1) Tidak ada tanah
2) Tidak ada peruntukan
3) Kos berpuluh juta (sedangkan tidak begitu)
4) Kerajaan perlu membina kemudahan sukan lain seperti golf (sedangkan berapa ramai yang main golf atau badminton meninggal dunia akibat sukan itu)
5) Kontraktor buat parit minta buat kos litar

Dan pelbagai lagi.

Sedangkan sampai saat ini, ramai di kalangan rakan-rakan juara memberi khidmat nasihat kepada anak-anak muda dari terus menghadap risiko di atas jalanraya.

SIAPA PEDULI?

NAK TUNGGU BERAPA RAMAI LAGI ADIK-ADIK YANG AKAN KECUNDANG?

_______________________________________________________

Harapan kami agar suara beliau dapat didengari pihak yang berwajib dan mereka yang mampu untuk membuat sesuatu terhadap sukan yang mendapat sambutan di kalangan rakyat biasa ini. Penting supaya mereka tidak terkorban begitu sahaja.

Terima kasih kepada Wazi kerana sudi berkongsi status ini dengan GearTinggi.com

Muhammad

Kata Anda//