Walaupun Pasaran Perlahan, Jualan Perodua Meningkat!

image

Perodua berjaya mendominasi 36.3% atau 47,200 dari 130,000 anggaran jumlah saiz industri (TIV) pada sukuan pertama 2016. Apakah model paling laris syarikat dari Rawang itu?

Perodua Axia.

Walaupun mencatat peningkatan namun jualan pada bulan Mac tahun lepas lebih tinggi iaitu sebanyak 22,400 unit berbanding 17,300 unit pada tahun ini yang bersamaan dengan 22.8% penurunan.

Menurut Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan CEO Perodua, perbezaan tersebut adalah kerana pelanggan membeli sebelum pelaksanaan CBP (GST) pada Mac tahun lepas. Melalui kajian dalaman, Perodua percaya penurunan TIV disebabkan ekonomi yang lebih perlahan, peningkatan harga kenderaan disebabkan nilai ringgit yang lebih rendah dan juga kesan susulan CBP.

Selain daripada itu, jualan alat ganti dan aksesori mencatat peningkatan kepada 4% iaitu RM65 juta pada sukuan pertama 2016 berbanding RM62.5 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah produksi pula ialah sebanyak 48,300 unit pada suku pertama 2016, lebih rendah berbanding 60,100 unit pada tempoh yang sama tahun lepas. Penurunan itu disebabkan faktor ekonomi dan stok lama yang dibawa ke hadapan.

Untuk segmen eksport, Perodua merancang untuk meningkatkan lagi jumlah dengan pengenalan Myvi dan Alza di Brunei. Pada sukuan pertama tahun ini, Perodua telah pun berjaya menghantar 1,600 unit kenderaan ke enam buah negara yang merupakan 55.8% lebih tinggi berbanding 1,030 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Walaupun Perodua berjaya meningkatkan penguasaan pasaran namun sejumlah besar produk laku keras ialah varian rendah yang juga dengan margin rendah dan mungkin akan menjejaskan keuntungan mereka.

Perodua mensasarkan untuk menjual sebanyak 216,000 unit kenderaan pada tahun ini dan mereka berhati-hati dengan sasaran itu.

Selain daripada itu, Perodua turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan mereka akan membalas kepercayaan itu dengan menambah baik khidmat mereka dari setiap aspek kerana di Perodua, Pelanggan Adalah Keutamaan!

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.