VW XL1 Super Efficient Vehicle

VW XL1 Super Efficient Vehicle.05

VW tampil dengan kereta yang benar-benar gila. XL1 Super Efficient Vehicle [SEV] adalah kereta hibrid yang dikuasakan oleh enjin 800cc TDI 2 silinder common rail diesel berkuasa 48 ps. Motor elektriknya pula berkuasa 27 ps dengan jumlah kuasa keseluruhan SEV adalah 75 ps. Kuasanya kecil tetapi bahagi jumlah itu dengan berat kereta ini yang hanya 795kg. Ini adalah kereta yang menjimatkan bermula dari atas kertas lagi.

VW XL1 Super Efficient Vehicle.03

Enjin TDI dipadankan dengan dua jenis transmisi iaitu motor elektrik dan kotak gear 7 kelajuan DSG di mana motor elektrik boleh bergerak sendiri dan kemudian di ambil alih oleh gear DSG. Dalam mod elektrik sepenuhnya, XL1 boleh bergerak sejauh 35 km dan disambung oleh enjin diesel. Kelajuan maksimum yang dihadkan ialah 159 km/j dengan pecutan dari pegun ke 100 km/j dalam masa 11.9 saat.

VW XL1 Super Efficient Vehicle.04

Berat badan kereta yang boleh dikira anorexia ini dicapai melalui penggunaan bahan-bahan ringan seperti roda magnesium, brek seramik serta suspensi, sistem stereng dan angkup brek daripada aluminium. Enjin XL1 hanya seberat 227kg, transmisi 153kg, interior yang terdiri daripada kerusi bucket 80kg, sistem elektrikal 105kg dan hanya 184kg daripada kereta ini menggunakan besi dan keluli.

Satu perkara yang juga menakjubkan ialah pekali seretnya [CoD] hanya 0.186 yang mana kereta ini benar-benar menggunakan aerodinamik sebagai dietnya. Panjang keseluruhan XL1 ialah 3,97 meter dengan lebar 1.682 menjadikannya lebih kurang sama dengan VW Polo manakala tingginya pula lebih kurang Lambor Gallardo Spyder iaitu 1.18 meter.

Walaupun hebat tetapi kereta ini hanyalah konsep sahaja dan ianya menunjukkan keupayaan teknologi VW.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Muhammad

8 Comments

  1. kenapa rear arch macam tu? nak suruh gua potong (surpriseee) lepas beli ker? maybe rim lain keh keh keh

    anyway .. the dominance of electric car is around the corner hopefully we can see more type of green car in market..

  2. paper arini dah kluarkan brita yg kereta ni dah dlancarkan kat Doha,Qatar..dan reka bntuk dia lain skit,lebih realistik..blakang tu xde mcam tu, just 4 meter panjang..

  3. Hakikatnya, yang menjadi penyumbang tertiggi dalam menentukan jayanya XL1 SEV ini mempunyai daya seretan (CoD) yang rendah adalah kerana penutup hub tayar di belakangnya…(apsal ayat gua skema tatabahasa dewan pustaka nih..hahaha)

Kata Anda//